BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Wednesday, April 22, 2009

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur diAdakan Di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC Kuala Lumpur Pada 17 - 26 April 2009. Jadi Kepada Mereka Yang Ingin Membeli Atau Mencari Buku, Pergilah Ke Pesta Buku Tersebut. Buku-Lakaran Masa Depan


Baca seterusnya...

Tuesday, April 21, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP)-EDUWEB TV

SK Parit Haji Taib telah mengadakan kursus eduweb tv peringkat sekolah pada 18 April lalu bertempat di PKG Telok Medan.Kursus ini dikendalikan oleh blogger SKPHTPSS selaku Guru Media sekolah yang telah menghadiri kursus eduweb tv ini di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu pada bulan Mac yang lalu.Kursus ini turut dihadiri oleh Tuan Guru Besar,Puan Hajah Hayati bt Samsudin.Dalam kursus ini peserta kursus yang terdiri daripada guru SKPHT diterangkan cara mendaftar di eduweb tv,cara menggunakan playlist dan cara menggunakan Cam Studio.Diharapkan ilmu yang telah diperolehi akan dapat digunakan sebaik yang mungkin dalam P&P kelak.Terima diucapkan kepada Penyelaras PKG Telok Medan,Tuan Haji Hamid bin Idris kerana sudi membenarkan kami menggunakan kemudahan yang ada di PKG beliau.




En. Nordin sedang menerangkan sesuatu kepada Cikgu Shahrim


Ustazah Wahida dan Ustazah Noor Hasimah tidak ketinggalan mengikuti kursus ini


Guru Besar tekun menggunakan eduweb tv


Sebahagian daripada peserta kursus


Tentu ada sesuatu yang melucukan Cikgu Mus,Ustaz Supi dan Cikgu Salji

Baca seterusnya...

Monday, April 13, 2009

PROGRAM NILAM ( NADI ILMU AMALAN MEMBACA )

PENGENALAN

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

MATLAMAT

Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.


OBJEKTIF

  • - Menjadikan murid banyak membaca.
  • - Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

TIGA ELEMEN NILAM

  • 1. Rekod Membaca
    Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
  • 2. Pengesahan Pembacaan
    Guru Kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
  • 3. Pengiktirafan
    Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

MODEL

NILAM

PENCAPAIAN TAHAP NILAM
1. Tahap Jauhari
2. Tahap Rakan Pembaca

PENGIKTIRAFAN

Tahunan

  • Buku Rekod Kemajuan
  • Kad Kumulatif

Keseluruhan

  • Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Surat Akuan Sekolah

Murid yang berjaya menamatkan program NILAM berkeistimewaan untuk pemilihan ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspres, Penajaan Biasiswa dan Institut Pengajian Tinggi.

CADANGAN AKTIVITI NILAM

  • 1. Program Iqra'
  • 2. Membaca Bersama
  • 3. Ceramah Buku
  • 4. Pertandingan Bercerita
  • 5. Khemah Membaca
  • 6. Pameran Buku
  • 7. Teater Membaca

Masa yang disarankan untuk Program NILAM

  • 1. Dimasukkan dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
  • 2. Masa Khas - contoh 10 minit sebelum waktu sekolah bermula dan waktu rehat.
  • 3. Waktu untuk aktiviti perpustakaan.
  • 4. Menggunakan waktu senggang untuk membaca.

SUMBER BAHAN BACAAN

  • 1. Perpustakaan Sekolah
  • 2. Perpustakaan Awam
  • 3. Perpustakaan Keluarga
  • 4. Sudut Bacaan di Masjid
  • 5. Perpustakaan FELDA
  • 6. Perpustakaan KEMAS

Baca seterusnya...

Sunday, April 12, 2009

DOWNLOAD

BAHAN-BAHAN YANG DISEDIAKAN ADALAH SUMBANGAN BTP DAN PKG DARI SELURUH MALAYSIA SERTA BAHAN DARIPADA INTERNET

SILA GUNAKAN USERNAME DAN PASSWORD DI BAWAH
JIKA DIPERLUKAN :

USERNAME :SKPHTPSS
PASSWORD : SKPHTPSS




FIREFPOX 3
download percuma di sini

LAGU NILAM
download percuma di sini

LAGU NILAM MINUS
download percuma di sini

Lagu_SKPHT Minus One

PANDUAN PELAKSANAAN PUSAT AKSES
download percuma di sini

BIDANG TUGAS GURU PENYELARAS BESTARI
download percuma di sini



SOALAN BAHASA INGGERIS UPSR

SOALAN RAMALAN BAHASA INGGERIS UPSR
download percuma di sini


SOALAN BAHASA INGGERIS KERTAS 1 SET 1 UPSR 2005 ( JPN PERAK )
download percuma di sini

SOALAN BAHASA INGGERIS KERTAS I UPSR 2008
download percuma di sini

SOALAN BAHASA INGGERIS KERTAS 1 SET 3 UPSR 2006 ( JPN PERAK )
download percuma di sini



SOALAN BAHASA MELAYU UPSR

SOALAN RAMALAN BAHASA MELAYU UPSR
download percuma di sini

SOALAN BAHASA MELAYU UPSR KERTAS 1 UPSR 2005 (JPN PERAK)
download percma di sini

LATIHAN KERTAS 1 UPSR
download percuma di sini

CONTOH SOALAN PEMAHAMAN UPSR
download percuma di sini


SOALAN MATEMATIK UPSR

SOALAN MATEMATIK KERTAS 2 UPSR 2008
download percuma di sini



SOALAN SAINS UPSR

SOALAN SAINS MURID GALUS UPSR
download percuma di sini

UPSR SAINS SK SET 3
download percuma di sini





KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR 2009



KOLEKSI LATIH BIMBING BAHASA MELAYU K 012 2009 (JPN PERAK)






LATIHAN BAHAGIAN A BAHASA MELAYU UPSR




KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN / PRA UPSR 2009









SUKATAN / HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU (1-6)




TEKNIK DAN PANDUAN BAHASA MELAYU UPSR




KOLEKSI SOALAN UPSR SEBENAR 2005 - 2007 (BAHASA MELAYU)

Baca seterusnya...

Friday, April 10, 2009

Selamat Bersara Cikgu Rohani

Pada 10 April 2009 telah diadakan majlis persaraan PK HEM Sk Parit Haji Taib iaitu Cikgu Rohani bt Yahaya.Beliau telah berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia selama 31 tahun 4 bulan ( 1978-2009 )
Selamat Bersara...









Baca seterusnya...

Warga Pendidik Dapat Menteri Baru

Tan Sri Muhyiddin Yasin telah dilantik menggantikan Datuk Seri Hishamuddin sebagai Menteri Pelajaran yang baru.Pertukaran tersebut diumumkan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan senarai menteri kabinet beliau yang baru pada 9 April.



Tahniah Tan Sri..Tahniah semua warga pendidik.

Baca seterusnya...

Gerhana Cincin Matahari

Pada 8 April yang lalu,warga SKPHT berkesempatan melihat kejadian gerhana matahari berbentuk cincin.Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 1.00 tengah hari.Ketika kejadian bentuk seperti cincin mengelilingi matahari.Sebahagian murid pula mendakwa mereka melihat awan yang membentuk huruf Alif Lam Lam Ha (Allah) ketika kejadian gerhana tersebut. Wallahhualam...


Baca seterusnya...

KEM KERIS GANGSA KALI 1 2009

Kem Keris Gangsa 1 daerah Kerian telah diadakan pada 27 -29 Mac 2009.Kem tersebut telah diadakan di SK Tebuk Pancur,Gunung Semanggol.Seramai 108 orang ahli pengakap menyertai perkhemahan tersebut.Buat julung kalinya kem tersebut turut disertai oleh ahli pengakap tahun 3.Peserta tunggal tersebut ialah Muhammad Aiman bin Nordin dari SK Parit Haji Taib.Kem Komandan kali ini ialah En. Badiulzaman dari SK Gunung Semanggol.





Mendengar taklimat daripada jurulatih pengakap daerah Kerian

Berkumpul sebelum memulakan aktiviti


Khemah peserta kem


Kami berjaya...gambar kenangan bersama guru pengiring, Cikgu Shahrim dan Ustaz Sufi

Baca seterusnya...

Wednesday, April 8, 2009

Kursus Keselamatan Jalanraya


Kursus Keselamatan Jalanraya
untuk guru-guru Bahasa Melayu Tahun 4 telah diadakan pada 30 dan 31 Mac 2009.Kursus yang dihadiri oleh guru-guru daerah Kerian dan Kuala Kangsar ini telah diadakan di Hotel Hill City,Ipoh.Dalam kursus ini semua guru telah diberi penerangan cara mengajar mata pelajaran Keselamatan Jalanraya yang akan diajar bersama dengan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4.


Pembentangan rancangan mengajar



Praktikal cara melintas jalanraya


Tauke muffin dari Alor Pongsu pun ada...


JU sedang menyampaikan ceramah

Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA