BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Saturday, May 30, 2009

Saya orang pertama tuntut bela

PULAU PINANG 29 Mei - "Kalau Chin Peng masuk ke Malaysia, sayalah orang pertama mencarinya untuk menuntut bela atas kekejaman yang dilakukan," luah pesara tentera, Yahya Shafie, 76 tahun.


Menurutnya, kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) tidak mungkin dilupakan oleh bekas Pegawai Waran 1 Pasukan Pertama Meriam Diraja British itu.


Katanya, walaupun sudah dimamah usia, peristiwa yang terjadi sepanjang Chin Peng dan pengikutnya mengganas di Tanah Melayu masih segar dalam ingatan dan menghantui hidupnya sehingga kini.

''Ketika di bangku sekolah saya melihat sendiri kekejaman Chin Peng terhadap orang kampung di Junjong, Kulim termasuk bapa saudara saya dibakar hidup-hidup dengan tangan terikat di stereng lorinya.


''Seluruh anggotanya rentung dan tidak dapat dikenali. Bayangkan hati saya ketika itu," katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seronok, Bayan Lepas di sini.


Menurut Yahya, mereka yang bersetuju Chin Peng dibenarkan pulang adalah orang yang 'buta' mata dan hati serta tidak tahu penderitaan yang dilalui penduduk ketika itu.


''Nama dia pun sepatutnya tidak boleh kita sebut, inikan pula membenarkannya masuk ke negara kita. Adakah patut orang yang membuat kita sengsara dan derita puluhan tahun lamanya, senang-senang kita terima?


''Kekejamannya tidak boleh diterima akal, saya pernah berkhidmat di Indonesia, Brunei dan Hong Kong yang ada komunis, namun kekejaman yang dilakukan Chin Peng pada rakyat Tanah Melayu tidak dapat dibayangkan," katanya yang cedera ditembak di telinga dan perut semasa berjuang menentang komunis.


Menurut beliau, soal membawa pulang Chin Peng tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana perbuatan itu jelas tidak bertanggungjawab dan hanya akan membuat keluarga veteran perang yang terkorban dan cedera bangkit memberontak.


''Masih terdengar di telinga saya kata-kata Chin Peng kepada pengikutnya bahawa satu hari nanti mereka akan menakluki dunia," katanya.

Baca seterusnya...

Sunday, May 24, 2009

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KERIAN 2009


Sambutan Hari Guru daerah Kerian telah diadakan pada 23 Mei 2009.
Pada sebelah pagi,telah diadakan pertandingan bola sepak,bola jaring dan sepak raga bulat.Tahun ini SKPHT ditugaskan sebagai urusetia program derma darah.Alhamdulllah ramai juga guru yang menderma darah pada hari tersebut.Tokoh Guru daerah Kerian tahun ini ialah Encik Sulaiman bin Samson.


kejor yeop kejor


Permainan cikgu pompuan...bola jaring


Pertandingan sepak raga bulat


Sebahagian daripada penderma darah yang budiman


Mendaftar untuk menderma darah


Penolong Kanan Pentadbiran SKPHT tidak mahu ketinggalan untuk menderma darah


Urusan terakhir sebelum menderma darah


Blogger menderma darah untuk kali ke-3 selepas 15 tahun


Cikgu Khairudin dan Cikgu Farizal bersama Guru Besar SKPHT


Urusetia derma darah sedang menikmati makan tengah hari


Pentas untuk majlis perayaan Hari Guru Daerah Kerian 2009

Baca seterusnya...

Tuesday, May 19, 2009

Sambutan Hari Guru 2009

Alhamdulillah, selesai sudah sambutan Hari Guru peringkat sekolah untuk tahun ini.Walaupun diadakan dalam suasana yang sederhana, kami tetap
bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk menyambutnya.Harapan semua guru, pada tahun hadapan berilah kami peluang untuk menyambut Hari Guru seperti tahun-tahun sebelum ini.Masa selama lebih kurang dua jam setengah yang dibenarkan untuk menyambut Hari Guru sebenarnya tidak cukup untuk menyambut "hari keramat" ini.Kalau aktiviti lain boleh dilaksanakan sepanjang hari mengapa tidak untuk hari istimewa ini.Apakah guru kini sudah tidak penting seperti dahulu ?


Pn Hajah Asmah sedang membaca teks ucapan Menteri Pelajaran


Kami guru Malaysia


Cikgu Helmey bersama hadiah cabutan bertuah


Cikgu Mus sedang menerima hadiah


Gambar kenangan blogger pada Hari Guru tahun ini


Blogger bersama rakan setugas


Cikgu Nasir sedang memotong kek Hari Guru

Baca seterusnya...

Wednesday, May 13, 2009

SELAMATKAN BUKIT LARUT

PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) memberi amaran bahawa Bukit Larut di Taiping kini sedang diceroboh dan berlaku kemusnahan berikutan aktiviti komersial.

Kajian Fomca antara Februari dan Mac di bukit berkeaan mendapati, sampah dibuang sewenang-wenangnya, di tambah dengan aktiviti pembalakan haram, pembinaan banglo dan hostel di lereng bukit, sehingga mengotori sungai dan menyebabkan berlaku tanah runtuh

Presiden Fomca, Datuk N. Marimuthu, berkata sekiranya kerajaan negeri tidak mengambil langkah segera menangani keadaan tersebut, bukit tersebut dalam jangka panjang akan pupus selama-lamanya dan tidak meninggalkan warisan kepada generasi akan datang."Apa yang membimbangkan saya ialah mengenai kawasan tadahan airnya yang menjadi sumber utama air mentah kepada penduduk Taiping dan kawasan sekitarnya, yang kini dicemari beg-beg plastik dan pelbagai jenis sampah-sarap," katanya.

Bukit Larut atau dahulunya dikenali sebagai Bukit Maxwell adalah kawasan rekreasi tanah tinggi di Perak.Ia adalah kawasan paling lembap di negara ini.
Marimuthu berkata hakisan pasir berlaku di sepanjang lereng bukit ekoran aktiviti pembalakan haram.

"Hakisan menyebabkan pasir memenuhi sungai, menyebabkan banjir kilat setiap kali hujan lebat turun," katanya.Marimuthu berkata Fomca turut bimbang dengan pembinaan hostel 40 bilik di lereng bukit."Struktur bangunan adalah dari konkrit yang terlalu berat untuk ditampung oleh tanah bukit," katanya.

Beliau turut bimbang dengan sikap penghuni hostel yang turut mencemari kawasan sekitar hasil pembungan sampah ke dalam sungai.

Fomca turut prihatin dengan rancangan untuk membina perkhidmatan kereta api sehingga ke atas bukit kerana ia boleh mendatangkan bahya kepada pengguna perkhidmatan berkenaan. - Bernama

Baca seterusnya...

Awas ejen insurans guna nama NUTP

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)
mengingatkan 150,000 ahlinya supaya berhati-hati apabila membeli skim perlindungan
insurans berikutan ada kes ejen insurans tertentu sengaja menggunakan nama kesatuan itu
semata-mata mahu menjual produk masing-masing.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata ahli NUTP seharusnya mengelakkan diri daripada
terpedaya dengan pujukan 'ejen terdesak' yang mahu menjual produk skim perlindungan
insurans.

Katanya, pihaknya mengenal pasti tiga negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor
sebagai kawasan yang menjadi sasaran ejen insurans tidak bertanggungjawab
menggunakan NUTP sebagai pelaris produk.

"Sebelum membeli sebarang skim insurans, guru (ahli NUTP) perlu memastikan produk
yang mahu diberi itu adalah skim di bawah NUTP dan ejennya berdaftar dengan syarikat
berkenaan.

"Kita berharap ahli membeli skim insurans yang dilantik NUTP kerana premium yang
rendah dan pulangannya pula lumayan," katanya ketika dihubungi Berita Harian,
semalam.

Hashim meminta ahli NUTP memeriksa terlebih dulu latar belakang ejen insurans yang
mendakwa mereka mewakili syarikat insurans dilantik kesatuan itu sebelum mengambil
sebarang polisi bagi mengelakkan daripada tertipu.

"Mungkin ada segelintir ejen insurans yang 'terdesak' menjual produk mereka sehingga
menggunakan pelbagai strategi, termasuk mengeksploitasi nama NUTP untuk
mendapatkan pelanggan.

"Malah, ada ejen yang sebelum ini bekerja di syarikat insurans pilihan NUTP
kemudiannya berhenti kerja dan menjual produk syarikat sendiri. Keadaan ini pastinya
mengelirukan apabila guru yang ingin membeli insurans masih menganggapnya sebagai
ejen di bawah NUTP," katanya.

Selain itu, Hashim menasihatkan ahli yang berasa tertipu dengan ejen insurans tertentu
segera membuat laporan kepada NUTP bagi membolehkan siasatan dilakukan.
Katanya, adalah lebih baik guru yang berasakan dirinya tertipu dengan skim perlindungan
insurans bukan di bawah NUTP menamatkan polisi berkenaan dan segera beralih kepada
skim pilihan kesatuan berkenaan berikutan faedah diterima lebih baik.

Baca seterusnya...

Tuesday, May 12, 2009

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER

Blogger berasa bertuah kerana dapat menyertai guru media dari kelompok PKG Gunung Semanggol dan PKG Telok Medan ke Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu Taiping baru-baru ini.Lawatan tersebut telah diadakan pada 8 Mei yang lalu.PSS SKKJ merupakan pusat sumber terbaik peringkat negeri Perak dan merupakan wakil negeri Perak ke peringkat kebangsaan.






Baca seterusnya...

Friday, May 8, 2009

KURSUS PENGURUSAN PUSAT SUMBER

Pada 6 dan 7 Mei yang lalu PKG Telok Medan dan PKG Gunung Semanggol telah menganjurkan kursus pengurusan pusat sumber bertempat di PKG Gunung Semanggol.Dalam kursus ini guru media telah didedahkan tentang cara-cara mengisi borang Nilam secara online.Selain itu, kami juga telah menerima info yang berguna tentang aktiviti-aktiviti Nilam yang boleh dilaksanakan di sekolah.Tidak ketinggalan juga,guru media telah diberi penerangan tentang pertandingan Tokoh Nilam.


Penceramah dari PKG Simpang Taiping



Antara peserta kursus yang hadir


Cikgu Zubir dan Haji Shafie sedang bincang masalah negara agaknya


En. Ibrahim Mat Yaman, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gunung Semanggol




WAJAH BARU PKG GUNUNG SEMANGGOL

Baca seterusnya...

Wednesday, May 6, 2009

PANDUAN BAHASA MELAYU UPSR (TEKS UCAPAN)

KARANGAN UCAPAN & SYARAHAN
1. Karangan ucapan atau syarahan biasanya disampaikan dalam sesuatu majlis atau
pertandingan.

2. Kedua-dua jenis karangan ini haruslah memberikan penerangan , penjelasan dan
fakta tentang sesuatu perkara.

3. Bahasa yang digunakan haruslah mudah difahami, padat, tegas, berkesan dan
meyakinkan pembaca.

4. Anda boleh menggunakan ayat Tanya , kiasan, peribahasa, pantun dan sebagainya.
Format Ucapan & Syarahan

a. Pengenalan:
Pembukaan kata yang berupa kata-kata aluan
Contoh: Yang Mulia Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif,Guru Besar,
Guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.

b. Isi-isi :
Tujuan ucapan dan isi ucapan yang seterusnya.

c. Kata-kata Penghadapan:
Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian
Contoh: Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian

d. Penutup:
Kata-kata yang diberikan bagi menandakan ucapan/syaarahan akan ditamatkan
Contoh: Akhir sekali saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Contoh teks ucapan yang ada hubungan dengan aktiviti yang terdapat di sekolah:
-teks ucapan guru besar semasa hari anugerah cemerlang
-teks ucapan guru besar semasa hari sukan
-teks ucapan mesyuarat Agong PIBG
-teks ucapan majlis perpisahan guru
-teks ucapan Hari Guru

Baca seterusnya...

KOLEKSI SOALAN PENDIDIKAN ISLAM

Koleksi soalan Pendidikan Islam yang anda boleh download di sini ialah:

-Koleksi soalan Pendidikan Islam Tahun 1
-Koleksi soalan Pendidikan Islam Tahun 2
-Koleksi soalan Pendidikan Islam Tahun 3
-Koleksi soalan Pendidikan Islam Tahun 4
-Koleksi soalan Pendidikan Islam Tahun 5
-Koleksi soalan Pendidikan Islam Tahun 6

Baca seterusnya...

KOLEKSI SOALAN/BANK SOALAN /CONTOH SOALAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

Terdapat banyak web atau blog yang anda boleh kunjungi untuk mendapatkan koleksi soalan,bank soalan atau contoh soalan untuk Pendidikan Islam,J-Qaf atau Jawi

Antara soalan-soalan yang terdapat di sini ialah:
Soalan-soalan Pendidikan Islam Tahun 1
Soalan-soalan Pendidikan Islam Tahun 2
Soalan-soalan Pendidikan Islam Tahun 3
Soalan-soalan Pendidikan Islam Tahun 4
Soalan-soalan Pendidikan Islam Tahun 5
Soalan-soalan Pendidikan Islam Tahun 6
Soalan-soalan Jawi Tahun 1
Soalan-soalan Jawi Tahun 2
Soalan-soalan Jawi Tahun 3
Soalan-soalan Jawi Tahun 4
Soalan-soalan Jawi Tahun 5
Soalan-soalan Jawi Tahun 6
Soalan-soalan J-Qaf Tahun 1
Soalan-soalan J-Qaf Tahun 2
Soalan-soalan J-Qaf Tahun 3
Soalan-soalan J-Qaf Tahun 4
Soalan-soalan J-Qaf Tahun 5
Soalan-soalan J-Qaf Tahun 6

Sekiranya anda berminat sila klik pada alamat-alamat di bawah :

SKSV

myjqaf

Baca seterusnya...

Friday, May 1, 2009

SELAMAT HARI GURU

16 Mei semakin hampir...seperti biasa hari keramat buat semua guru di Malaysia akan disambut pada hari tersebut.Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa.Sila download lagu tema hari guru 2009 dan lirik lagu tema di sini.
-lirik lagu tema
-lagu tema 'Guru Pembina Negara Bangsa'
-Guru Pembina Negara Bangsa (minus)



Tak lupa juga jom kita meriahkan Festival Hari Guru 2009 di Terengganu Trade Centre,Terengganu.

Baca seterusnya...

SELESEMA BABI

gambar hiasan

Tanda-tanda (simpton) selesema babi pada manusia

-demam
-keletihan
-kurang selera makan
-batuk
-hidung berair
-sakit tekak
-loya,muntah-muntah,cirit-birit


Cara elak selesema babi


-menutup hidung dan mulut ketika batuk dengan tisu
-tisu yang tercemar perlu dibuang ke dalam bekas yang dikhaskan
-tangan perlu dibasuh dengan air dan sabun terutamanya selepas batuk dan bersin
-jangan berkongsi makanan dn minuman dengan orang yang telah dijangkiti
-jauhi individu yang mengalami batuk-batuk,bersin atau selesema
-penggunaaan topeng membantu mengurangkan risiko jangkitan
-digalakkan supaya tidak menyentuh mata,hidung dan mulut kerana kuman virus merebak melaluinya
-perlu menjaga kesihatan,memastikan mendapat rehat dan tidur yang secukupnya,menguruskan
tekanan,meminum air yang banyak serta memakan makanan yang berkhasiat

Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA