BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Monday, November 30, 2009

KHATAN...sudah ke belum ?


Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh.

Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib.




Sejarah

Rekod terawal mengenai berkhatan terdapat dalam batu bersurat Mesir Purba dari Saqqara (c 2200 S.M (BC).

Dikatakan Nabi Ibrahim a.s dikhatan ketika berusia 80 tahun dan mengkhatan putera-putera beliau, Nabi Ismail dan Nabi ishak pada usia masing-masing 13 dan 8 tahun. Perbuatan ini kemudian berlarutan sehingga ke nabi seterusnya termasuk Nabi Isa a.s. Untuk kes Nabi Muhammad s.a.w. ada mengatakan baginda dilahirkan sudah berkhatan. Ada juga menyatakan bahawa baginda dikhatankan oleh Malaikat Jibrail atau datuk beliau, Abdul Mutalib.

Di Malaysia, kebanyakan ibu bapa dan penjaga memilih hari cuti penggal, iaitu sekitar pertengahan tahun mahupun hujung tahun untuk mengkhatankan anak-anak mereka. Kanak-kanak ini kebiasaannya dikhatankan ketika berusia dalam lingkungan 10-12 tahun.

Khatan di kalangan masyarakat Arab berbeza dengan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat Arab memilih untuk mengkhatankan anak mereka ketika baru lahir atau pada peringkat 7 tahun.


Hadis

Fitrah itu lima:

1. khatan;
2. memotong bulu kemaluan;
3. menggunting misai;
4. memotong kuku; dan
5. mencabut bulu ketiak. (Bukhari-Muslim)

"Bersihkanlah dirimu dari rambut kufur dan berkhatanlah." (Ahmad dan Abu Daud)



HIKMAH

1. asas kebersihan dalam Islam
2. untuk perbezaan agama ( namun pada hari ini, khatan juga dilakukan oleh bukan Muslim )
3. mencantikkan bentuk kemaluan
4. memelihara tenaga batin
5. sunah Nabi Ibrahim a.s dan Rasulullah
6. mengelakkan zakar terkurung di dalam kulup ketika sedang ereksi atau menegang
7. menghindarkan dari penyakit
8. mengurangkan keinginan onani ketika anak-anak baru baligh

Berkhatan juga dikatakan dapat menghindarkan diri dari terkena sebarang penyakit berbahaya seperti HIV. Hasil kajian pengkaji Eropah dan Afrika di empat buah bandar Afrika mendapati berkhatan menghindarkan tiga kali ganda dari dijangkiti HIV/AIDS. Circumcision 'reduces HIV risk'

PENDAPAT PAKAR

Di antara kumpulan yang banyak mengeluarkan kenyataan menentang khatan pada hari ini ialah kumpulan NOCIRC (National Organization of Circumcision Information Resource Centers), NOHARMM (National Organization to Halt the Abuse and Routine Mutilation of Males), NORM (National Organization of Restoring Males), RECAP (Re-cover A Penis) dan BUFF (Brothers United for Future Foreskins).

Ramai pakar kanak-kanak menyokong dan memandang baik amalan khatan di kalangan kanak-kanak lelaki, di antaranya Dr. Edgar J. Schoen. Beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Berhubung Khatan di Amerika (Task Force on Circumcision of the American Academy of Paediatrics) pada tahun 1993 dan sekarang merupakan seorang profesor Perubatan Kanak-Kanak di Universiti California di San Francisco. Beliau juga pernah menjadi Ketua Bahagian Perubatan Kanak-Kanak di Kaiser Permanente, Oakland selama 24 tahun. WebMD Medical News bertarikh 6 Mac 2000 melaporkan tentang satu kajian yang telah beliau lakukan bersama-sama dengan rakan-rakannya dan mereka mendapati dari "89 kes barah zakar, 87 daripadanya adalah dari kalangan lelaki yang tidak berkhatan". Justeru, mereka merumuskan, khatan mencegah lelaki dari menghidap barah zakar dan penemuan ini telah dimuatkan di dalam majalah Pediatrics. (Neil Osterweil, Experts Disagree on Whether Procedure Should Be Routine, WebMD Medical News, Lycos Health, March 6 2000)

Dalam satu keputusan dari kajian yang dilakukan di Afrika Selatan membuktikan berkhatan mengurangkan kadar jangkitan HIV di kalangan lelaki hektroseksual sebanyak 60%. Kajian itu yang dilapurkan dalam Public Library of Science Medicine, mendapati hasil tersebut dalam kajian yang membabitkan 3,280 pemuda. [1]

Di samping itu, terdapat banyak kajian yang telah dilakukan yang menunjukkan khatan mencegah dari pelbagai jenis penyakit.

Risiko seseorang wanita menghidap barah pangkal rahim (cervix) adalah tinggi jika pasangannya tidak berkhatan. Satu kajian yang dilakukan di Lembah Kashmir pada tahun 1993 menunjukkan, amalan berkhatan di tempat ini menyebabkan peratus barah pangkal rahim menjadi rendah jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain di India. Mengikut Dr. Edgar J. Shoen, seorang pakar kanak-kanak yang terkenal, luka yang sering berlaku di kulup ketika melakukan persetubuhan memudahkan seseorang lelaki yang tidak berkhatan dijangkiti kuman penyakit jangkitan seksual, terutamanya siplis, kankroid dan herpes genitalis. (Dr. Edgar J. Shoen, Circumcision A Lifetime of Medical Benefits, Medicirc, 2000)

Dr. Gerald Weiss, seorang pakar bedah, menegaskan tanpa khatan, bahagian di bawah kulit yang menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman dan ini meningkatkan risiko mendapat limbah kumbahan jangkitan. Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan. Pada tahun 1982 dilaporkan, 95% kes radang saluran kencing yang menjangkiti bayi berumur 5 hari 8 bulan berlaku ke atas mereka yang tidak berkhatan. Penyakit ini boleh menyebabkan demam, sakit ketika kencing serta muntah dan di antara komplikasi yang boleh menimpa ialah kerosakan buah pinggang. Kajian Dr. Tom Wiswell dari Amerika mengukuhkan lagi penemuan ini. Kesan yang sama juga boleh berlaku ke atas lelaki dewasa yang tidak berkhatan dan penemuan ini telah dilaporkan di dalam Journal of American Medical Association (JAMA) pada tahun 1992.

Khatan wanita telah menjadi satu isu antarabangsa yang hangat diperdebatkan pada hari ini. Ramai dari kalangan di Barat yang menentangnya dan menganggapnya sebagai pencacatan anggota kelamin selepas berlaku beberapa peristiwa kematian dan kecederaan ke atas kanak-kanak perempuan yang dikhatan. Walau bagaimanapun, sebelum ini, terdapat ramai tokoh-tokoh perubatan di Amerika yang menyokong amalan khatan wanita, sebagai contoh, Dr. W.G. Rathmann (M.D.) dari Hospital Centinella di Inglewood, California. Beliau pernah menulis tentang kebaikan khatan wanita pada tahun 1959 dan tulisan beliau telah dimuatkan di dalam majalah GP, terbitan September, 1959.(W.G. Rathmann, M.D., Female Circumcision: Indications and a New Technique, GP, vol. XX, no. 3, pp 115-120, September, 1959)

Ulama Islam berbeza pendapat berhubung dengan amalan ini, ada yang menggalakkannya dan ada yang menentangnya. Yang paling ketara ialah, nas berhubung dengannya adalah tidak sahih, justeru, ia bukanlah satu amalan yang penting. Perkara yang lebih penting dan perlu diutamakan ialah penjagaan hak-hak wanita, pendidikan dan pemeliharaan kehormatan mereka. Alhamdulillah, penegasan seperti ini telah disebutkan oleh Dr. Yusuf Qardawi di dalam Fatwa-Fatwa Mutakhirnya. (Dr. Yusuf Qardawi, Fatwa-Fatwa Mutakhir, Yayasan al-Hamidy, 1996, hal. 554-555)

Dr. Yusuf Qardawi dalam Fatwa-Fatwa Mutakhir juga berpendapat, semuanya bergantung kepada ibu bapa kepada kanak-kanak itu. Jika mereka hendak mengkhatankan anak mereka, ia diharuskan, dan sebaliknya jika mereka enggan melakukannya, ia tidaklah menjadi suatu kesalahan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang cenderung untuk mengkhatan anak-anak perempuan mereka, beliau menasihatkan agar dikhatankan sedikit sahaja daripada kulit, berdasarkan sebuah hadis Nabi s.a.w.:

"Potonglah sedikit sahaja dan jangan sampai ke akarnya kerana ia mengelokkan wajah dan menyenangkan hati suami." (Hadis Daif)

Dengan itu pendekatan terbaik bagi menangani masalah kemudaratan ke atas wanita atau dilakukan oleh mereka yang tidak berkuasa, perkhidmatan perubatan perlu dipertingkatkan agar mereka yang berkhatan boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan terbaik.

NEGARA KHATAN

Negara-negara berikut mempunyai lelaki yang ramai melakukan khatan ke atas kulup mereka.

Afghanistan, Albania, Algeria, Amerika Syarikat, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia, Brunei,Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Eritrea, Ethiopia, Gabon, Gambia, Ghana, Guinea, Indonesia, Iran, Iraq, Israel, Kazakhstan, Kenya, Kuwait, Lubnan, Libya, Madagascar, Malaysia, Maldives, Mali, Mauritania, Maghribi, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Sierra Leone, Somalia, "Somaliland", Sudan, Syria, Tajikistan, Tunisia, Turki, Turkmenistan, UAE, Uzbekistan, Yaman.

Baca seterusnya...

Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDIL ADHA


Skphtpss.blogspot mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung blog ini.Selamat menunaikan ibadah korban...maaf zahir dan batin

Baca seterusnya...

Sunday, November 22, 2009

Posmen dan Surat


Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum “
” Walaikumsalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
” Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?”

Baca seterusnya...

Saturday, November 21, 2009

3 KISAH UPSR

'Permata hati' Baharudin


JOHOR BAHRU 20 Nov. - Gayanya mengalahkan seorang selebriti kerana ke mana sahaja Baharudin Abd. Wahid, 56, pergi pasti ada yang ingin bersalaman dengannya.

Meskipun sibuk dengan tugasan hakiki, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram itu tidak pernah menghampakan permintaan anak muridnya yang pelbagai kaum itu untuk bersalaman dengannya.



Baharudin berkata, budaya bersalaman dengan guru mula dipraktikkan di sekolah berkenaan menerusi program Salam Sayang sejak 2006, ketika dia mula bertugas di sekolah tersebut.

''Kalau murid disogok dengan ilmu tanpa menitik beratkan soal modal insan tidak guna juga. Biar kedua-duanya berjalan serentak," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis Permata Gemilang meraikan kejayaan murid dalam Ujian Pencapaian sekolah rendah (UPSR) yang diumumkan semalam.

Beliau yang lebih 32 tahun berkecimpung dalam bidang pendidikan turut menerapkan program Bijak Sifir, Penulisan Bijak, Satu Hari Satu Karangan dan Perbendaharaan Bergerak demi kejayaan murid-murid sekolah berkenaan.

Katanya, untuk Bijak Sifir, setiap murid dari tahun satu hingga enam harus menghafal sifir dalam bahasa Inggeris dan membacanya di hadapan 33 orang guru.

''Setiap murid ada kad sifir sendiri untuk ditandatangani oleh guru yang dipertanggungjawabkan.

''Murid boleh hafal dan baca di hadapan guru pada bila-bila masa sebelum guru berkenaan menurunkan tandatangan," katanya.

Menurut Baharudin, kesan daripada program tersebut kebanyakan murid lancar sifir kerana masing-masing berlumba untuk memenuhi kad sifir berkenaan.

Untuk program Perbendaharaan Bergerak pula katanya, setiap murid diberi satu perbendaharaan dalam bahasa Inggeris untuk diterjemahkan ke bahasa Melayu.

''Murid tahun satu hingga tiga perlu cari lima perbendaharaan setiap hari dan 10 perbendaharaan sehari untuk murid tahun empat hingga enam.

''Setiap murid kemudiannya bertukar-tukar perbendaharaan dengan rakan-rakan bagi menambahkan bilangan perbendaharaan kata masing-masing," jelasnya.

Beliau berkata, hasil daripada penerapan program berkenaan dan dedikasi para guru, keputusan peperiksaan UPSR tahun ini meningkat lima peratus.

Pada tahun ini seramai 220 murid menduduki UPSR dengan 25 orang memperoleh 5A dan 14 murid mendapat 4A 1B.

Beliau yang sentiasa mengingatkan guru agar mengajar murid ibarat ibu bapa mendidik anak itu sanggup mengeluarkan wang saku sendiri bagi memastikan 'permata hatinya' bersemangat belajar.

''Budak-budak ini perlu motivasi. Kalau kita hargai usaha atau kejayaan mereka, pasti masing-masing bersemangat untuk membuat lebih baik," katanya.

Justeru, walaupun sudah penghujung sesi persekolahan, kehadiran murid-murid di sekolah berkenaan sentiasa penuh kerana masing-masing bersemangat untuk belajar mata pelajaran baru.

Katanya, tiga minggu sebelum cuti sekolah, murid-murid akan diajar dengan mata pelajaran tahun akan datang.



Siti Amynur terima keputusan UPSR depan jenazah ibu



SEREMBAN 20 Nov. - Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pada April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu patah kaki dalam kemalangan. Ekoran itu, keluarganya terpaksa hidup dengan bantuan kewangan kerajaan RM400 sebulan.

Setiap hari sejak berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik ke rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.

Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk sampaikan sendiri keputusan ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata, suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang". Noreha yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya. - BERNAMA.



Keputusan UPSR 4 sekolah Sabah disemak semula, umum Isnin


KUALA LUMPUR: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di empat buah sekolah di Sabah ditahan kerana disemak semula dan hanya akan diumumkan Isnin ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian terpaksa menahan keputusan itu bagi membolehkan Lembaga Peperiksaan menilai semula jawapan pelajar kerana timbul unsur keraguan.

"Ia membabitkan tiga sekolah di Tawau dan satu di Keningau membabitkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.


"Disebabkan adanya ketidakpastian dan keraguan terhadap jawapan bagi tiga mata pelajaran itu, kementerian menahan keputusan UPSR bagi membolehkan jawapan itu dinilai semula.

"Penilaian telah siap dan pelajar-pelajar boleh mendapatkan keputusan masing-masing Isnin ini," katanya di sini, hari ini.

Keputusan UPSR seluruh negara diumumkan pada Khamis lalu.

Ditanya adakah penahanan keputusan itu disebabkan kebocoran kertas soalan, Alimuddin berkata: "Perkara itu tidak berlaku."

"Kes seumpama itu pernah berlaku sebelum ini. Tahun lalu pun ada. Tidak ada kebocoran kertas soalan. Apa yang berlaku ialah Lembaga Peperiksaan mendapati ada keraguan terhadap jawapan dan mereka menangguhkan keputusan untuk dikaji semula," katanya.

Beliau tidak memberi nama sekolah terbabit.

Mengenai kesan penahanan keputusan itu terhadap pelajar dan kebimbangan ibu bapa mengenai kemasukan anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh, Alimuddin berkata perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana urusan kemasukan ke asrama penuh dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran.

Beliau berkata kementerian mempunyai senarai nama pelajar yang layak dan keputusan siapa yang terpilih juga ditentukan pihaknya.

"Sebenarnya masalah ini tidak timbul. Urusan kemasukan ke sekolah berasrama penuh dikendalikan oleh kementerian. Penahanan keputusan itu tidak mengganggu peluang mereka kerana kementerian mempunyai senarai nama mereka yang layak. Jadi ibu bapa tidak perlu risau mengenainya," katanya.

Pencapaian keseluruhan calon-calon tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas dengan pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak satu peratus berbanding 2008. - Bernama


Baca seterusnya...

Friday, November 20, 2009

PELAJAR CEMERLANG UPSR 2009 SKPHT

Alhamdulillah, keputusan UPSR untuk tahun ini adalah lebih baik daripada tahun 2008.Tahun ini SKPHT berjaya mengekalkan pencapaian 5A seperti tahun 2008 iaitu seorang pelajar.Dalam masa yang sama tiga orang pelajar lagi berjaya mendapat 4A 1B.Bagi sekolah kecil dan agak jauh dari bandar seperti SKPHT, keputusan ini bolehlah dibanggakan.Tahniah kepada guru-guru Tahun 6 yang telah mencurahkan khidmat bakti tanpa bosan dan jemu...juga kepada seluruh warga pendidik di SKPHT...Syabas...


5A
Nursyahirah bt Shahrim


4A 1B
Nur Hidayah bt Md Din
Zarifah Shahirah bt Suhaili


4A 1B
Muhammad Mirza bin Korniane

Baca seterusnya...

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH...Cikgu Nora



Skphtpss blogspot mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nora binti Mohd Arshad diatas kejayaan beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) dengan kepujian dalam majlis konvokesyen ke-7 OUM baru-baru ini.Beliau mula mengikuti kursus tersebut pada Januari 2005 dan tamat pada Januari 2009 yang lalu.Kejayaan Cikgu Nora patut menjadi inspirasi bukan sahaja kepada para pelajar di SKPHT malah kepada guru-guru lain yang masih belum menyambung pelajaran mereka ke peringkat ijazah.Cikgu Nora telah membuktikan, dengan semangat,usaha gigih dan kesungguhan, tidak mustahil untuk sesiapa sahaja untuk mengecap kejayaan.
Tahniah...semoga menjadi guru yang lebih cemerlang selepas ini...
( husband you bila lagi...)


Inilah hasil pengorbanan selama 4 tahun...Tahniah Cikgu Nora...



Bersama suami yang banyak berkorban dan memberi dorongan serta semangat



Bersama keluarga dan ibu

Baca seterusnya...

Mana Lebih Hebat? Ayam vs Kambing



Satu hari berlakulah bertengkaran
yang hebat disebuah reban kambing dan sebuah reban ayam.. pertelingkahan tu menyebabkan satu kampong heboh… beginilah kisahnya.
Kambing : Apalah kau ni ayam… Baju ada tapi berkaki ayam tak
malu ke… . kah kah kah
Ayam : Kau tu dah baju jarang nampak kemaluan … lagi malu
pa. kah kah kah
Ayam : Daging aku lazat.. enak sehingga menjilat jari..
Kambing : Lazat pun bukan boleh buat korban…
Kambing : Apalah kau ni bertelur sebiji riuh sekampong
Ayam : Aku bertelur setiap hari… kau tu beranak setahun
sekali.. hebat apakebendanya.
Kambing : Aku hebat… .. yahoooo
Ayam : Aku hebat … . yahoooo
Perbualan mereka yang riuh menyebabkan tuan rumah terjaga lalu keluar melihat apa pasal yang riuh… tuan rumah lalu keluar dan mengambil pisau terus menyembelih kedua dua binatang tu sambil berkata… .. Ha… . sekarang sapa yang hebat..!!!

Baca seterusnya...

Wednesday, November 18, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2009

Tarikh : 17 November 2009
Perasmian Oleh : En. Zainoddin bin Nopiah








Baca seterusnya...

Sunday, November 15, 2009

Pengakap Kanak-Kanak Kerian -Kem Keris Emas 2009


Pada tahun ini Kem Keris Emas telah diadakan di SK Titi Serong, Parit Buntar.SKPHT telah menghantar 11 orang wakil dalam perkhemahan tersebut.Alahamdulillah, semuanya lulus dengan jayanya.Disamping itu SKPHT juga telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan persembahan.Tahniah semua..terutamanya kepada pemimpin pengakap SKPHT yang berkaliber dan mantap.

Baca seterusnya...

Saturday, November 14, 2009

Adab

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
(Hamka).

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
(Aristotle)

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.
(Aristotle).

Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.
(Budiman).

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
(Hamka).

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.
(Hamka).

Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.
(Hamka).

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati.
( Imam Al-Ghazali).

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir.
(Hamka).

Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi.
(Hamka).

Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan.
(Hamka).

Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.
(Hamka)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu.
(Hamka).

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya.
(Maksud hadis).


Baca seterusnya...

PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

Baca seterusnya...

Thursday, November 12, 2009

Kisah Nasi Lemak

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..

"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!"

lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Baca seterusnya...

Tuesday, November 10, 2009

SENARAI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH MANJUNG


BIL

KODSEK

SEKOLAH

POSKOD

BANDAR

GRED

NOTELEFON

NOFAX

1

ABA1001

SK DENDANG

32700

BERUAS

B

056748898

056748898

2

ABA1002

SK BERUAS

32700

BERUAS

A

056740696

056740696

3

ABA1003

SK KAMPUNG KOTA

32700

BERUAS

B

056748048

TIADA

4

ABA1004

SK GELONG GAJAH

32700

BERUAS

A

056721145

056721145

5

ABA1005

SK CHANGKAT CHERMIN

32400

AYER TAWAR

B

053765253

053765253

6

ABA1006

SK AYER TAWAR

32400

AYER TAWAR

A

056724248

056724248

7

ABA1007

SK PANCHOR

34900

PANTAI REMIS

A

056775795

056773528

8

ABA1008

SK PENGKALAN BAHARU

34900

PANTAI REMIS

A

056775595

056775595

9

ABA1009

SK SUNGAI BATU

34900

PANTAI REMIS

A

056774660

056777529

10

ABA1010

SK LADANG HUNTLY

32500

CHANGKAT KRUING

B

056752404

TIADA

11

ABA1011

SK SEGARI

32200

LUMUT

B

056774473

TIADA

12

ABA1012

SK NAKHODA MUHAMMAD TAIB

32200

LUMUT

B

056777151

056777151

13

ABA1013

SK SUNGAI RAMAI

32400

AYER TAWAR

B

056721259

056721259

14

ABA1014

SK SUNGAI WANGI

32400

AYER TAWAR

A

056924192

056924192

15

ABA1015

SK SERI SELAMAT

32000

SITIAWAN

A

056922495

056926143

16

ABA1016

SK SITIAWAN

32000

SITIAWAN

A

056923754

056923754

17

ABA1017

SK LEKIR

32020

SITIAWAN

A

056792764

056792764

18

ABA1018

SK MUHAMMAD SAMAN

32040

SERI MANJUNG

A

056923043

056923043

19

ABA1019

SK BATU SEPULUH

32020

SITIAWAN

A

056791206

056791915

20

ABA1020

SK SUNGAI TIRAM

32020

SITIAWAN

B

056792669

056792669

21

ABA1021

SK DATO' ISHAK

32200

LUMUT

A

056835440

056834332

22

ABA1022

SK LUMUT

32200

LUMUT

B

056835322

056835322

23

ABA1023

SK SERI PANGKOR

32300

PANGKOR

A

056851193

056855911

24

ABA1024

SK TELAGA NENAS

32400

AYER TAWAR

B

056751634

056751634

25

ABA1025

SK KAMPUNG BAHARU

32400

AYER TAWAR

B

056915975

TIADA

26

ABA1026

SK KAYAN

32030

SITIAWAN

B

056792712

6792712

27

ABA1027

SK PANGKALAN TLDM

32100

LUMUT

A

056835890

056838527

28

ABA1028

SK SERI MANJUNG

32040

SERI MANJUNG

A

056881014

056889855

29

ABA1029

SK PANTAI REMIS

34900

PANTAI REMIS

A

056774375

056777586

30

ABA1030

SK GUGUSAN LEKIR

32000

SITIAWAN

A

056923687

056926126

31

ABA1031

SK PANGKALAN TLDM II

32100

LUMUT

A

056834914

056838079

32

ABA1032

SK KPG. DATO' SERI KAMARUDDIN

32040

SERI MANJUNG

B

056886616

056886616

33

ABA1033

SK SERI SITIAWAN

32040

SERI MANJUNG

B

056882087

056882326

34

ABA1034

SK SERI BAYU

32O40

SERI MANJUNG

B

056888950

056883866

35

ABB1039

SK METHODIST (ACS)

32000

SITIAWAN

A

056911160

056928979

36

ABB1040

SK METHODIST (ACS)

32200

LUMUT

B

05-6835389

056835389

37

ABB1041

SK METHODIST

32400

AYER TAWAR

A

056722142

056722142

38

ABB1042

SK CONVENT

32000

SITIAWAN

B

056911570

056911570

39

ABB1043

SK SIMPANG EMPAT

32000

SITIAWAN

A

056911246

056917789

40

ABB1044

SK ST. FRANCIS

32000

SITIAWAN

B

056911101

056911101

41

ABB1045

SK GANGGA

32700

BERUAS

A

056748872

056748872

Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA