BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Friday, November 21, 2008

UPSR 2008

Keputusan UPSR 2008 SK. Parit Haji Taib.

Tahniah diucapkan kepada Intan Yusniza binti Mazlan yang telah memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR 2008.Beliau telah berjaya memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1,Bahasa Melayu Kertas 2,Bahasa Inggeris,Sains, dan Matematik.Tahniah diucapkan kepada semua guru SKPHT khasnya guru-guru yang mengajar Tahun 6.

Tahniah Intan Yusniza binti Mazlan

Baca seterusnya...

Tuesday, November 18, 2008

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2008

Hari Anugerah Kecemerlangan SKPHT 2008 telah diadakan pada hari Rabu 12 November 2008. Majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang.Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Sharudin bin Ahmad ( Pengerusi Majlis Belia Daerah Kerian )



Persembahan nasyid

Persembahan murid Pra Sekolah yang mengagumkan

Murid Pra Sekolah bersama Cikgu Rohani

Sebahagian daripada ibu bapa yang hadir

En. Sharudin sedang menyampaikan hadiah

YDP PIBG menyampaikan hadiah

Antara murid yang menerima hadiah

Penerima hadiah khas guru sukan-Cikgu Farizal Abidin

En. Sharudin bersama pembantunya sedang menjamu selera

Membantu menolak kereta penjaga murid yang terbenam

Baca seterusnya...

Thursday, November 13, 2008

PERKHEMAHAN HARI KOKURIKULUM 2008

Perkhemahan Hari Kokurikulum SK.Parit Haji Taib (SKPHT)2008 telah diadakan pada 7 dan 8 November 2008.Kem Komandan pada tahun ini ialah Cikgu Helmey bin Awang.Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang perkhemahan tersebut.Diantara akiviti yang dijalankan ialah aktiviti kembara,permainan dan memasak.Para peserta terdiri daripada pelajar tahun 4,5 dan 6.Semasa perkhemahan para peserta telah menunjukkan semangat bekerjasama dan motivasi yang tinggi walaupun terpaksa membuat aktiviti yang agak lasak.Tahniah kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum En.Mohd Kamal bin Hj Sabri dan semua yang terlibat menjayakan Perkhemahan Hari Kokurikulum pada tahun ini.



Sibuk memasang khemah


Jom pasang khemah ramai-ramai

Merempuh halangan

Nak ke mana tu ?

Khemah anak blogger

Solat tidak dilupakan
Perasmian oleh Tuan Guru Besar

Kem Komandan mendengar laporan peserta


Pendatang haram ke ni ?

Masak jangan tak masak...

Blogger SKPHJTAIB sedang tunjuk skil memasak

Hasil masakan Tun Perak

Long Jaafar dengan masakan mereka ala-ala nasi goreng Afrika

Guru Besar menghakimi pertandingan masakan

Kena hentam sebelum balik

Menikmati hasil masakan masing-masing

Baca seterusnya...

Monday, November 3, 2008

TOKOH NILAM PERAK 2008


Nur Diana Syuhada Abdul Ghafar (kanan) bersama para penerima Anugerah Nilam 2008 (dari kiri) Maryam Jamilah Samsuddin, Arni Mazlina Arof, G.Vikhnapriya (kiri belakang) dan Nur Fitri Ramli (kanan belakang) bersama hadiah masing-masing pada Majlis Anugerah Nilam Negeri Perak 2008 di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.


IPOH 31 Okt. - Nur Diana Syuhada Abdul Ghafar 11, yang sudah membaca sebanyak 1,180 buah buku fiksyen dan novel dipilih sebagai Tokoh Nilam Negeri Perak 2008.

Pelajar tahun lima, Sekolah Kebangsaan Kampung Kedah, Parit Buntar itu bukan sahaja membaca banyak buku tetapi boleh menghafal beberapa surah al-Quran.

''Jumlah 1,180 buku itu saya baca dari tahun satu dan ia tidak termasuk bahan bacaan ringan seperti akhbar dan majalah serta bahan bacaan untuk kanak-kanak.

''Saya yakin dapat membaca buku ke 1,200 sebelum hujung tahun tahun ini,'' katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Nilam Negeri Perak 2008 di sini hari ini.

Katanya, dari jumlah buku yang dibaca itu, 450 buah buku adalah dalam bahasa Inggeris dan selebihnya dalam bahasa Malaysia.

Hadiah Tokoh Nilam disampaikan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran, Mohd. Adenan Deraman.

Kemenangannya itu membolehkan Nur Diana Syuhada membawa pulang wang tunai RM500 bersama trofi dan sijil serta baucar buku bernilai RM400 untuk dihadiahkan kepada sekolahnya.

Dia juga merupakan peminat setia novel 'Daerah Lazani' yang ditulis oleh A Samad Said.

''Saya berminat novel-novel tempatan terutama yang bercirikan kemanusiaan, alam sekitar dan kesihatan," katanya.

Dia berkata, hobinya yang suka membaca itu banyak didorong oleh ibunya yang merupakan seorang setiausaha di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia, Trans Kerian, Parit Buntar.

''Emak saya banyak memberi dorongan kepada saya supaya membaca buku dan setiap hari saya memperuntukkan masa selama dua jam untuk membaca apa-apa jua jenis buku sama ada di sekolah atau di rumah," katanya.

Katanya, dia mampu menghabiskan membaca buku setebal 100 muka surat dalam sehari tetapi bagi yang melebihi 500 muka surat ia mengambil tempoh tiga hari.

''Emak dan ayah saya memperuntukkan sebanyak RM50 sebulan untuk membeli buku-buku dan kesemua yang telah dibaca itu disimpan di sebuah perpustakaan di rumah sendiri," katanya.

Dia berkata, melalui pembacaan yang banyak dia boleh bertutur dan menulis dengan fasih dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

''Melalui pembacaan juga saya boleh mengingat dan menghafal dengan baik dan membuatkan diri kita berpengetahuan," katanya.

Baca seterusnya...

LOKASI SEKOLAH SK. PARIT HAJI TAIB

Baca seterusnya...

SIMPOSIUM KECEMERLANGAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH NEGERI PERAK 2008

Simposium Kecemerlangan Pengurusan Pusat Sumber Negeri Perak 2008 telah diadakan pada 28,29,30 dan 31 Oktober di Hotel Seri Malaysia Ipoh.Simposium tersebut telah disertai oleh lebih daripada 270 orang peserta dari seluruh negeri Perak.Banyak imput dan maklumat yang diperolehi oleh para peserta simposium.Terima kasih BTP negeri Perak dan JPN Perak.









Baca seterusnya...

KEM KERIS EMAS PENGAKAP KANAK-KANAK

Tahniah diucapkan kepada ahli pengakap SK. Parit Haji Taib yang telah menyertai Kem Keris Emas Pengakap Kanak-kanak Kerian pada 24,25 dan 26 Oktober yang lalu di SK Jalan Baharu,Parit Buntar.Sepuluh orang ahli pengakap tersebut telah lulus ujian yang diadakan dan berjaya mendapat Lencana Keris Emas.
Dalam ujian Lencana Keris Emas tersebut para peserta menjalani ujian kesihatan dan keselamatan seperti mengikat anduh menggunakan simpulan buku sila. Dalam ujian kecekapan pula, peserta dikehendaki membuat ikatan buku sila,ikatan bunga geti dan simpul sentak. Banyak lagi ujian yang telah dijalani oleh para peserta sebelum mereka layak diberi Lencana Keris Emas.



Baca seterusnya...

Friday, October 17, 2008

SENARAI BARANGAN MENGANDUNGI MELAMINE

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 16 Oktober. - Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam memaklumkan kepada orang ramai mengenai senarai terkini beberapa produk susu dan tenusu keluaran Negara China yang didapati dicemari dengan 'Melamine' sebagaimana yang diterima daripada Rangkaian Antarabangsa Keselamatan Makanan (International Food Safety Authorities Network (INFOSAN, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 13 Oktober 2008.Berikut adalah senarai barangan yang mengandungi melamine;

Mr. Brown 3 in 1 Coffee Products Keluaran Taiwan, Negara China,
Mr. Brown Coffee Mandheling Flavours, 15g X 12 packets, tarikh mansuh 19/05/2010 Keluaran Taiwan, Negara China.
Kaiser dressing Pretzel(Strawberry & Choco Flavours)
Four Seas Cake (Strawberry Flavours), tarikh mansuh 10/05/2009 keluaran Negara China.
Four Seas Cake ( Chocolate Flavours, tarikh mansuh 02/04/2009 keluaran Negara China.
Sherwood Brands Pirate's Fold Milk Chocolate.
Bairong Taro Biscuits.
Cadbury Chocolairs Coffee Flavours.
Cadbury Chocolairs Blueberry Flavours.
Frozen Chocolate Croissants (58g) Keluaran Negara China.
Frozen Croissants Rolled with red bean (58g) Keluaran Negara China.
Frozen Plain aux raisins (50g) Keluaran Negara China.
Frozen Chocolate Croissants (55g) Keluaran Negara China.
White Rabbit Creamy Candies (Strawberry) Keluaran Negara China.
Lotte Koala biscuits (chocolate) tarikh mansuh 22/08/2009 Keluaran Negara China.
Lotte Koala biscuits (chocolate filled) tarikh mansuh 09/01/2010 Keluaran Negara China.
Frozen Takoyaki, tarikh mansuh Julai 2009, Disember 2009 dan Januari 2010 Keluaran Negara China.
Yili Yoghurt Drink (Strawberry Flavour)250ml, tarikh mansuh 28/02/2009 Keluaran Negara China.
Mengnlu Breakfast Milk (Walnut Flavor) tarikh mansuh 16/11/2008 keluaran Negara China.
Mengnlu Pure Milk, 250ml keluaran Negara China.

SUMBER : http://www.pelitabrunei.gov.bn

Baca seterusnya...

SEJARAH SEKOLAH SK. PARIT HAJI TAIB

Sebelum tahun 1955, belum ada lagi sekolah di Kampung Parit haji Taib.Pada masa itu kanak-kanak di kampung ini mendapat pendidikan di sekolah-sekolah berdekatan yang purata jauhnya lima kilometer dari kampung ini. Mereka terpaksa bersekolah di Bagan Serai, Alor Pongsu dan Teluk Medan.

Oleh kerana kesukaran perhubungan, ramai kanak-kanak di kampung ini tidak bersekolah. Memandangkan kesedaran ini, maka pada tahun 1954 penduduk kampung ini telah melantik Tuan Haji Masjuni Bin Haji Ahmad sebagai wakil mereka bagi menemui pihak RISDA untuk memohon agar didirikan sebuah sekolah di kampung Parit Haji Taib. Usaha tersebut telah gagal kerana pihak Rida tidak berkemampuan untuk mendirikan sekolah di kampung ini.

Pada tahun 1955,penduduk kampung ini sekali lagi menghantar seorang wakil iaitu Tuan Haji Tariff Bin Epot untuk menemui Tuan Pengelola Sekolah-Sekolah Perak Utara di Taiping bagi tujuan yang sama iaitu memohon bangunan sekolah tetapi ianya juga menemui kegagalan. Dengan azam yang kuat, penduduk kampung ini telah mengambil keputusan untuk membangunkan sebuah sekolah rakyat tanpa bantuan pihak kerajaan pada masa itu. Akhirnya sebuah bangunan sekolah berbumbungkan atap rumbia berjaya didirikan. Lebih kurang 100 orang murid telah diajar dan dibimbing oleh 3 orang tenaga pelajar dari kalangan anak tempatan iaitu Tuan Haji Tariff Bin Epot, Encik Saidin Bin Osman dan Haji Mustafa Bin Haji Azhari.

Bilangan murid yang belajar di sekolah pada masa itu telah bertamba dan meningkat dari tahun ke tahun. Dengan kemajuan yang ditunjukkan, pada tahun 1961, pihak kerajaan telah bersetuju mendirikan bangunan sekolah di kampung ini. Pihak kerajaan telah membeli tanah tapak sekolah rakyat hakmilik Tuan Haji Tarif. Dua blok bangunan sekolah yang terdiri daripada bagunan kayu dan dan berdinding simen. Ianya memuat enam bilik darjah serta sebuah rumah guru juga didirikan. Pada awal bulan Januari 1962 atas keputusan Jawantankuasa Sekolah yang diketuai oleh tuan Haji Tarif Bin Epot dengan persetujuan Pengelola Sekolah-sekolah Perak Utara, maka sekolah tersebut dirasmikan atas nama SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI TAIB.

Guru Besar pertama yang berkhidmat di sekolah ini iaitu En Manaf Bin Mahat dan enam orang tenaga pengajar Jumlah murid pada waktu itu ialah 130 orang. Kelas yang dibuka hanya setakat tahun lima sahaja. Murid-murid yang hendak melanjutkan pelajaran ke tahun enam, terpaksalah menyambung pelajaran ke sekolah lain yang berhampiran seperti di Sek Keb. Bagan Serai, Sek Keb. Alor Pongsu dan Sek. Keb Teluk Medan. Setelah tahun 1978 barulah kelas untuk tahun enam diadakan. Pada masa itu pentadbiran kewangan telah diuruskan oleh Sek. Keb. Bagan Serai.

Pada tahun 1963 Tuan Haji Shafiei Bin Osman telah menggantikan En. Manaf Bin Mahat sebagai Guru Besar di sekolah ini. Pada tahun 1979 hingga 1981 jumlah murid di sekolah ini telah meningkat sehingga ke tahap 220 orang murid. Oleh kerana bilangan murid yang semakin meningkat, kerajaan telah mendirikan bangunan baru dua tingkat pada tahun 1982. Bangunan baru itu mengandungi enam buah bilik darjah, satu ruangan perpustakaan, bilik radio/tv, bilik guru, pejabat, bilik guru besar, dua buah tandas murid, dua buah tandas guru/kakitangan dan sebuah kantin. Di samping itu, sebuah padan juga turut diadakan. Hasil kemudahan yang diwujudkan menjadikan sekolah ini bertambah maju lagi.Bangunan baru ini mula digunakan pada awal tahun1984. Walau bagaimanapun, bangunan lama tidak dirobohkan dan ia digunakan sebagai bilik seni lukis, kelas pemulihan, kelas agama, surau dan tadika.

Pada tahun 1985, jumlah murid sekolah ini telah merosot. Kemerosotan ini adalah disebabkan perpindahan penduduk kampung ke Tanah Rancangan Persekutuan (FELDA). Sehingga tahun 1994, bilangan murid sekolah ini berjumlah 163 orang.
Dari sudut kejayaan, sekolah ini telah pernah menjadi johan keputusan Penilaian Darjah Lima Terbaik bagi kumpulan Bagan Serai selama tiga kali berturut-turut dan dapat mengekalkan piala pusingan. Sekitar tahun 1992 dan tahun1994 sekolah ini telah mencapai peratusan terbaik bagi seluruh Daerah Kerian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) UPSR

Baca seterusnya...

Saturday, October 11, 2008

MAJLIS MESRA RAYA AIDIL FITRI
TARIKH : 10 OKTOBER 2008



Unit Ko Kurikulum SK.Parit Haji Taib ( SKPHT ) telah menganjurkan Majlis Mesra Raya Aidil Fitri pada 10 Oktober 2008. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKPHT.Majlis ini telah dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu raya dan sketsa oleh murid-murid SKPHT.Pada penghujung majlis murid-murid dan guru-guru menjamu selera dengan makanan dan biskut raya yang telah disediakan.



Ucapan perasmian oleh Guru Besar SKPHT Pn. Hjh Hayati bt Samsudin


khusyuk mendengar ucapan Guru Besar


sebahagian guru bersama Guru Besar SKPHT

Persembahan anak dara SKPHT

Cikgu Shahrim menggayakan baju batik raya..

Barisan orang kuat SKPHT ( depan dari kiri ) GPK HEM,GPK Pentadbiran,GPK Koku,Guru Disiplin, dan Blogger Skphjtaib.

Persembahan murid Tahun 2

Persembahan murid Pra sekolah

(dari kanan) Blogger skphjtaib,blogger skphtpss,blogger meyskpht

Guru Disiplin yang sentiasa bergaya

Persembahan murid-murid Tahun 6

Masa untuk makan...

Makan jangan tak makan

Murid-murid sedang menjamu selera

Makan... jangan malu-malu..

Guru Besar ( kanan ) sedang menjamu selera

Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA