BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Showing posts with label PUSAT SUMBER. Show all posts
Showing posts with label PUSAT SUMBER. Show all posts

Friday, June 20, 2014

Jadual Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Kerian 2014

Baca seterusnya...

Sunday, January 12, 2014

PAKAIAN SERAGAM BAHARU PENGAWAS PUSAT SUMBER

Pada tahun 2014 ini ,pengawas pusat sumber SKPHT telah menggunakan pakaian seragam yang baharu. Pakaian seragam ini bagi menggantikan pakaian seragam lama yang agak kurang menarik.Pada tahun ini pengawas lelaki memakai baju berwarna kuning, seluar warna coklat , vest berwarna coklat serta tali leher berwarna coklat.



Manakala pengawas perempuan pula memakai kemeja dan tudung berwarna kuning, kain berwarna coklat,vest berwarna coklat dan tali leher berwarna coklat.

Baca seterusnya...

Saturday, February 11, 2012

Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber 2012

Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber,Pengawas Sekolah,
Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas 2012

Tarikh : 8 Februari 2012
Masa : 2.30 petang
Tempat : Makmal Komputer









Baca seterusnya...

Wednesday, November 2, 2011

Kem Membaca 1 Malaysia 2011

Kem Membaca 1 Malaysia SKPHT sedang berlangsung mulai 1 November sehingga 4 November 2011. Salah satu aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan Spell It Right yang disertai oleh murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.


Baca seterusnya...

Tuesday, April 5, 2011

Panduan Menonton Rancangan Rakaman Astro Kampus

Panduan Menonton Rancangan Kampus Astro
Yang Telah Dirakam

Untuk menonton program yang sudah dirakam,
tekan butang [menu], dan pilih [library] dan
tekan butang [OK]






Dengan menggunakan butang arah kanan, pilih
[recorded],tekan butang arah bawah dan pilih
program yang telah dirakam dan seterusnya tekan
butang [OK]



Tekan butang [OK] sekali lagi apabila di skrin TV
menunjukkan mesej "watch"

Baca seterusnya...

Monday, October 26, 2009

Senarai Pusat Sumber Malaysia di Luar Negara


UNIVERSITI OHIO

Pusat Sumber Malaysia di Perpustakaan Universiti Ohio ditubuhkan bagi meyokong Kerusi Tun Razak yang diwujudkan di Universiti berkenaan. Pusat Sumber bertujuan untuk menyediakan maklumat dan bahan rujukan bagi kegunaan penyelidik-penyelidik, penuntut-penuntut, syarikat-syarikat dan orang awam di Universiti berkenaan mahupun dari Amerika Syarikat yang ingin membuat kajian mengenai Malaysia.

Pendedahan pada maklumat mengenai Malaysia ini akan memberi kesempatan yang baik kepada masyarakat di Amerika Syarikat untuk mengenali Malaysia secara lebih dekat lagi. Ianya juga dapat membantu membetulkan segala pandangan berat sebelah dan anggapan salah mengenai Malaysia yang sering ditimbulkan dalam media massa asing.

Dalam pelaksanaan program ini Perpustakaan Negara Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan peruntukan bagi perolehan bahan perpustakaan khususnya bahan-bahan buku Pusat Sumber Malaysia di Ohio.


KITLV / PUSAT SUMBER MALAYSIA DI UNIVERSITI LEIDEN

Pusat Sumber Malaysia di Koninklijk Instituut voor de Taal-Lan-en Volkenkunde (KITLV) atau lebih dikenali sebagai Institut DiRaja Linguistik dan Antropologi Hindia Timur Belanda telah ditubuhkan dengan hasrat untuk mempromosikan Malaysia dan pendidikan Bahasa Melayu di Eropah. Ia juga bertujuan untuk menyokong aktiviti penyelidikan para siswa-siswa di Eropah dengan menyediakan maklumat-maklumat khusus, bahan bacaan dan pengetahuan serta lain-lain sumber rujukan am tentang Malaysia dan bahasa Melayu. Pusat ini juga ditubuhkan untuk menyokong pengajian Bahasa Melayu di Universiti Leiden.


UNIVERSITI VICTORIA

Pusat Sumber Malaysia di Wellington telah ditubuhkan di Universiti Victoria, Wellington, New Zealand pada tahun 1999. Pusat Sumber ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada fungsi Kerusi Pengajian Melayu di Universiti Victoria yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada Mac 1996. Perpustakaan Negara Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk membekalkan bahan rujukan bersesuaian yang diterbitkan di Malaysia untuk rujukan para penyelidik dan juga mereka yang berminat dalam membuat kajian mengenai Malaysia. Ini akan dapat membantu mereka mendapatkan ilmu dan maklumat dari sumber rujukan berdasarkan perspektif orang Malaysia dan tidak hanya bergantung kepada sumber rujukan yang disediakan oleh orang asing.

Baca seterusnya...

Friday, August 14, 2009

PENUTUP PROGRAM BULAN MEMBACA 2009

TARIKH : 10 OGOS 2009
TEMPAT : DATARAN SKPHT
PERASMI PENUTUP : EN. MOHD KAMAL BIN SABRI (PK HEM)

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG PERTANDINGAN YANG TELAH DIADAKAN SEPANJANG BULAN MEMBACA 2009










Kenangan Bulan Membaca 2009






Baca seterusnya...

Friday, July 24, 2009

SELAMAT DATANG BLOGGER BARU

Pada 20 Julai hingga 23 Julai yang lalu pihak PKG Telok Medan telah mengadakan kursus membina blog untuk guru-guru media kelompok PKG Telok Medan.Kursus ini disertai oleh 21 orang guru media sekolah yang terlibat.Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru media tentang cara-cara membina sebuah blog.Disamping itu pihak PKG juga akan dapat menyalurkan maklumat kepada pihak sekolah melalui blog yang telah diwujudkan.

Blogger skphtpss blogspot dan blogger skphjtaib blogspot telah diberi penghormatan untuk mengendalikan kursus ini.Peluang yang diberi ini telah digunakan sebaik mungkin oleh kami berdua..Segala pengetahuan dan pengalaman telah kami curahkan untuk membantu guru-guru media yang terlibat.Adalah diharapkan selepas ini guru-guru media yang terlibat akan menggunakan ilmu yang telah diterima untuk meningkatkan lagi mutu blog masing-masing.



Namun begitu, kepada peserta yang mungkin tertinggal diharapkan dapat mencuba sendiri di rumah masing-masing.

Kepada semua yang yang menyertai kursus tersebut…SELAMAT DATANG KE DUNIA BLOG








Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA