BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Showing posts with label berita sekolah. Show all posts
Showing posts with label berita sekolah. Show all posts

Monday, October 26, 2015

Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Didik hibur merupakan salah satu elemen penting yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia KSSR. Salah satu bahan yang dapat digunakan dalam didik hibur adalah tayangan video. Tayangan video merupakan salah satu bahan yang sentiasa menarik minat murid terutamanya murid sekolah rendah. Membuat video yang sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebenarnya bukanlah terlalu sukar.
Guru tidak perlu menggunakan software yang canggih untuk membuat sesebuah video. Sebaliknya, hanya software yang asas sahaja sudah cukup untuk membuat sesebuah video.

Di sini admin ingin berkongsi sebuah video lagu kanak-kanak yang bertajuk ' Bapaku Pulang dari Kota' yang dibuat sendiri oleh admin dengan menggunakan software dan pengetahuan yang asas tentang komputer.
Diharapkan lebih banyak lagi video sebegini yang dapat dihasilkan oleh guru-guru dan dapat dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Sila tonton video di bawah.
Tonton di Youtube klik di sini






Baca seterusnya...

Wednesday, July 29, 2015

TEKNIK MEMBACA AL QURAN SATU JUZUK SEHARI



Tarikh : 29 Julai 2015

Masa : 2.00 - 4.00 petang

Tempat : Dewan SKPHT


Program perkongsian ilmu, Teknik Membaca Al Quran Satu Juzuk Sehari ini telah disampaikan oleh Dr Noordin bin Othman. Dr Nordin merupakan pensyarah Universiti Taiban Madinah.
Beliau banyak berkongsi pengalamannya sebagai pensyarah di Universiti Madinah
dan berkongsi pengalaman beliau melihat bagaimana orang Arab Madinah menggunakan masa mereka untuk membaca Al Quran.









Baca seterusnya...

Wednesday, March 11, 2015

LINUS saringan 1 2015

Ujian LINUS saringan 1 untuk tahun 2015 sedang berlangsung bermula dari 1 sehingga 30 Mac ini. Pengisian data untuk saringan 1 ini pula adalah pada 20 sehingga 30 April 2015.Saringan 1 ini melibatkan semua murid Tahun 1 sehingga Tahun 3 untuk semua pelajar di seluruh negara.




Baca seterusnya...

Thursday, March 5, 2015

Program Asean Komuniti Sk Parit Haji Taib


Pelancaran  program Asean Komuniti peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis, 5 Mac 2015 di dataran perhimpunan sekolah. Perasmian telah disempurnakan oleh PK Pentadbiran SKPHT En. Jamaludin bin Yusuf.Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk dilaksanakan semasa program ini dijalankan sehingga bulan November nanti.












Baca seterusnya...

Tuesday, October 28, 2014

PROGRAM SELEPAS UPSR

Program Mari Belajar Memasak merupakan salah satu program yang diadakan untuk murid-murid tahun 6 sekolah ini selepas mereka selesai menduduki peperiksaan UPSR.

Dalam program kali ini, murid-murid tahun 6 telah diajar cara memasak mi goreng oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu iaitu Tuan Haji Nasir bin Samsuri.

l








Baca seterusnya...

Sunday, October 19, 2014

KEM HARI KOKURIKULUM 2014


Tarikh : 18 dan 19 Oktober 2014
Tempat : SKPHT                            
Kem Komandan : Encik Khairudin bin Ibrahim



















Baca seterusnya...

Wednesday, September 24, 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PERAK 2014




Sila rujuk dalam makluman di bawah.



Baca seterusnya...

Tuesday, September 23, 2014

JADUAL PEPERIKSAAN ULANGAN UPSR 2014





jadual-upsr-2014


Jadual UPSR 2014 Peperiksaan Ulangan 30 September 2014 (Selasa)
  • Sains: Kertas subjek Sains kod 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT)
  • Bahasa Inggeris: kod subjek 014/1 dan 014/2 Bagi Sekolah Kebangsaan sahaja. Sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tidak terlibat dalam peperiksaan ulangan subjek Bahasa Inggeris kerana soalan tidak bocor.
Jadual Lengkap UPSR 2014 Peperiksaan Ulangan 30 September 2014 (Selasa)
Jadual Waktu UPSR 2014 Ulangan BI Dan Sains

Muat turun jadual : KLIK SINI

Baca seterusnya...

Thursday, September 11, 2014

SOALAN PEPERIKSAAN UPSR BOCOR

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan mengumumkan kertas Sains 018, 028 dan 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di sini hari ini memberitahu, peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan ke 30 September ini.
Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).

Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

"Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," kata kenyataan itu.
Sebanyak 473,175 calon menduduki UPSR bermula semalam sehingga esok.

Berdasarkan jadual peperiksaan UPSR, kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik Kertas 2 dijalankan semalam manakala hari ini Matematik Kertas 1, Bahasa Tamil Pemahaman, Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan.

Esok, peperiksaan bagi subjek Sains sebelum penangguhan, sepatutnya dijalankan dari pukul 8.15 pagi hingga 9.30 pagi. Berjalan mengikut jadual esok ialah peperiksaan bagi kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 dan Bahasa Inggeris Kertas 2 serta Aptitud Tahun Enam.

Baca seterusnya...

Friday, August 22, 2014

Sambutan Aidil Fitri 2014






Sambutan  Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini telah diadakan pada hari Jumaat 15 Ogos yang lalu.Pada  hari tersebut juga semua guru bergotong -royong memasak untuk hidangan makanan murid-murid.  Antara  menu yang dimasak oleh guru ialah bihun sup dan ketupat.                     




Baca seterusnya...

Wednesday, August 20, 2014

Sumbangan Persekolahan PPB Group Berhad

Sumbangan persekolahan oleh syarikat PPB Group Berhad iaitu sepasang kasut sekolah kepada 61 orang murid sekolah ini telah diadakan pada 20 Ogos bertempat di dewan sekolah.
Tiga orang wakil syarikat tersebut telah datang untuk majlis tersebut. Turut serta ialah En. Zulkifli sebagai wakil PPD Kerian.
Terima kasih diucapkan kepada PPB Group Berhad.
















Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA