Untuk Paparan Terbaik, Sila Gunakan Pelayar Mozilla Fire Fox...

HARI KEBANGSAAN KE-52

MERDEKA 2009

CERITA TERKINI KAMI

Thursday, December 31, 2009

Sekolah diminta terus laksana pencegahan H1N1

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengingatkan pelajar sekolah supaya mengamalkan langkah pencegahan Influenza A (H1N1) apabila sesi baru persekolahan dibuka semula, tahun depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, dalam satu kenyataannya berkata guru dan ibubapa pelajar sekolah harus memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa dalam keadaan sihat dari masa ke semasa.

Beliau berkata, ibubapa dan guru perlu memantau tahap kesihatan pelajar baik di rumah atau sekolah dan segera mendapatkan rawatan sekiranya pelajar didapati mengalami tanda gejala serupa influenza (ILI) atau H1N1.

"Antara langkah pencegahan H1N1 yang boleh diambil ialah merujuk pelajar mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya pelajar mengalami demam, batuk dan sakit tekak dan elakkan pergaulan rapat di kalangan pelajar yang menghidap H1N1 dan ILI," katanya.

Pelajar sekolah dinasihati membasuh tangan dengan kerap dengan air dan sanitizer terutamanya selepas batuk dan bersin, pakai penutup hidung dan mulut sekiranya demam selesema, batuk dan sakit tekak dan disarankan agar tidak mengunjungi tempat awam untuk mencegah penyebaran virus berkenaan kepada orang lain.

Langkah pencegahan lain yang perlu diamalkan pelajar ialah menggunakan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin dan buang tisu yang telah digunakan ke tong sampah dan tidak berkongsi sapu tangan.

Beliau juga menyarankan penuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) turut mengamalkan langkah pencegahan itu untuk mengelak daripada penularan wabak itu di IPT.

Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata dalam tempoh seminggu dari 20 Disember hingga 26 Disember lepas seramai 348 pesakit baru dikesan dengan simptom ILI telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

"Bagi kes ILI, sebanyak 277 kes dilaporkan di 48 buah hospital kerajaan termasuk enam hospital swasta dan daripada jumlah tersebut hanya 14 pesakit atau 5.2 peratus disahkan menghidap H1N1 menerusi ujian makmal," katanya.

Katanya, setakat ini terdapat dua kes H1N1 yang kini masih mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), kedua-dua kes berkenaan membabitkan kanak-kanak berusia di bawah lima tahun.

Beliau berkata, sehingga kini tiada kes kematian akibat H1N1 dan jumlah kes kekal dengan 77 kes bagi tahun 2009. - Bernama

Baca seterusnya...

Tuesday, December 22, 2009

WEBSITE PALING POPULAR DI MALAYSIA

Berikut adalah website Malaysia yang berada dalam senarai 100 website paling popular di Malaysia :-

12. thestar.com.my
14. malaysiakini.com
15. maybank2u.com.my
20. utusan.com.my
22. mudah.com.my
23. cari.com.my
26. jobstreet.com
27. lowyat.net
30. bharian.com.my
32. airasia.com
34. hmetro.com.my
44. lelong.com.my
47. m2day.org
53. harakahdaily.net
73. cimbclicks.com.my
75. kosmo.com.my
77. pbebank.com
78. malaysiaairlines.com
82. tm.net.my
85. nst.com.my
89. maxis.com.my
93. tranungkite.net
94. themalaysianinsider.com

Sumber : Alexa.com

Baca seterusnya...

Sunday, December 20, 2009

Uji Anti Virus Anda

Kalau nak tau anti-virus anda bagus @ berfungsi dengan baik atau pun, tidak sila ikut langkah-langkah seperti yang tertera di bawah ni :-

Copy dan paste code kat bawah ni ke dalam notepad

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!SH+H*

Lepas tue save file tersebut dengan nama "Raja Virus.exe" ( nama apa2 pun boleh sebenar nya :D )

Tunggu reaksi anti-virus anda.

Kalau anti-virus yang bagus dia akan dapat kesan virus tu serta merta

Kalau x dapat kesan langsung adalah lebih baik anda update anti-virus atau pun guna anti-virus yang lain

Selamat mencuba.

p/s - skphtpss.blogspot tidak bertanggungjawab kalau jadi apa-apa pada pc anda.

Baca seterusnya...

Saturday, December 19, 2009

Sejarah Wang Kertas Malaysia



Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis $1,000 dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali. Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri

Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama. Contohnya perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada "SE-PULUH" pada muka depan wang kertas jenis nilai $10. Pada tahun 1976, langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam (latent image) telah digunakan dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut.

Pada awal tahun 1982, wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru Tan Sri Aziz Bin Hj Taha. Pada 1 September 1982, BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500. Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia. Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama. Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota. Saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu.

Pada Februari 1996, BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM). Justeru mata wang jenis nilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru. Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998, RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.

Baca seterusnya...

Friday, December 18, 2009

Di mana Pramugari dan Pramugara Tidur

Anda tahu tak kat mana ruang tempat tidur pramugari dan pramugara semasa berada dalam kapal terbang? Tak tahu? Jom kita kaji selidik.

Pesawat Boeing 747-400

image001

Pesawat KLM

image002

image003

Pesawat Airbus A340

image004

Pesawat Boeing 777

image005

Singapore Airline

image006

… dan dilengkapi sistem inflight-TV dan sistem telekomunikasi

image007

tapi, jom kita ushar Pesawat dari Malaysia pulak…

Air Asia

image008

Ssshhhh… rilek-rilek.. Jangan ketawa kuat sangat beb. Nanti terjaga pulak dia.. :)


Baca seterusnya...

Tuesday, December 15, 2009

KESALAHAN BAHASA MELAYU YANG LAZIM


Kesalahan bahasa dalam penulisan sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa disedari. Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hukum tatabahasa. Oleh itu, dalam bahagian ini disenaraikan beberapa kesalahan bahasa yang biasa dilakukan sebagai panduan dan hukum tatabahasa sebagai rujukan bagi meminimumkan kesalahan bahasa yang berlaku semasa menulis.

3.1 Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan

Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan ialah kesalahan menggunakan kata atau frasa atau imbuhan di tempat yang tidak sepatutnya. Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan paling kerap kita lakukan dalam penulisan. Terdapat banyak kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan yang dapat saya kesan dalam bahan terbitan. Yang berikut merupakan kesalahan kata, frasa dan imbuhan yang lazim berlaku.

3.1.1 Kata, frasa dan imbuhan kata nama

i. Penggunaan kata nama khas di tempat kata nama am

a. Bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris
Ejaan b huruf besar bagi ejaan Bahasa Inggeris digunakan apabila merujuk kepada subjek atau mata pelajaran. Jika tidak, b bagi ejaan bahasa Inggeris perlu dieja dengan huruf kecil. Begitu juga bagi bahasa Melayu.


ii. Penggunaan kata dan frasa nama yang tidak tepat

a. Teladan ATAU Tauladan
Penggunaan kata teladan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata tauladan adalah salah mengikut tatabahasa.

b. Pusat beli-belah ATAU Pusat membeli-belah
Penggunaan kata yang betul ialah pusat beli-belah. Hal ini demikian kerana pusat membeli-belah membawa maksud kompleks tersebut berjalan untuk melaksanakan urusan jual beli.

c. Kata alu-aluan ATAU Kata-kata aluan
Penggunaan kata yang betul ialah kata alu-aluan. Hal ini demikian kerana dalam kamus tidak terdapat perkataan aluan.


iii. Penggunaan imbuhan Pe-...-an di tempat imbuhan PeR-...-an

a. Persaraan ATAU Pesaraan
Kata pesaraan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata persaraan adalah betul.

b. Perdamaian ATAU Pedamaian
Kata pedamaian tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata perdamaian adalah betul.


iv. Penggunaan imbuhan PeR-...-an di tempat imbuhan Pe-...-an

a. Pelantikan ATAU Perlantikan
Kata perlantikan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata pelantikan adalah betul.

b. Peletakan ATAU Perletakan
Kata perletakan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata peletakan adalah betul.

NOTA:

Bagi menentukan sama ada satu-satu perkataan itu menerima Pe-...-an atau PeR-...-an, perkataan itu boleh diuji dengan imbuhan beR-.... Jika perkataan tersebut boleh menerima beR-... dan meN-..., hal ini bermakna perkataan tersebut juga boleh menerima imbuhan PeR-....-an. Jika perkataan tersebut dapat menerima imbuhan meN-..., hal ini bermakna perkataan tersebut boleh menerima imbuhan Pe-...-an.


v. Kesalahan penggunaan imbuhan kata nama

a. Penstrukturan ATAU Pengstrukturan
Penstrukturan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata pinjaman yang bermula dengan huruf s dan t menerima imbuhan pen- dan bukannya peng-.

b. Pergolakan ATAU Pergolakkan
Kata pergolakan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata nama hanya menerima imbuhan apitan peR-...-an dan bukannya peR-...-kan.

c. Pengklasifikasi ATAU Penklasifikasi
Pengklasifikasi adalah betul. Hal ini demikian kerana kata pinjaman yang bermula dengan huruf k akan bergabung dengan imbuhan peng- dan bukannya pen-.


vi. Hukum D-M

a. Hal-hal lain ATAU Lain-lain hal
Penggunaan yang betul ialah hal-hal lain. Hal ini demikian kerana kata hal-hal merupakan unsur yang diterang manakala kata lain pula merupakan unsur yang menerang. Begitu juga bagi frasa lain-lain perkara dan lain-lain agenda. Frasa yang betul ialah perkara-perkara lain dan agenda-agenda lain.

b. Janji temu ATAU Temu janji
Penggunaan yang betul ialah janji temu. Hal ini demikian kerana kata janji merupakan unsur yang diterang manakala kata temu pula merupakan unsur yang menerang. Sesungguhnya, kita membuat janji untuk bertemu dan bukannya bertemu untuk berjanji.

c. Pendingin hawa ATAU Penghawa dingin
Penggunaan yang betul ialah pendingin hawa. Hal ini demikian kerana kata pendingin merupakan unsur yang diterang manakala kata hawa pula merupakan unsur yang menerang.

NOTA:

D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan itu, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur penerang pula hadir pada kedudukan kedua.

Contohnya:

Diterangkan (D) Menerangkan (M)
sos cili
restoran Aminah
lampu suluh
dapur gas
perpustakaan mini

Baca seterusnya...

Friday, December 11, 2009

Pengunjung ke-10000 skphtpss.blogspot

Pengunjung skphtpss.blogspot kini melebihi 10000 orang.Angka ini tidak terbayang ketika mula-mula skphtpss.blogspot dilancarkan.Kini skphtpss.blogspot boleh berbangga dengan angka tersebut.Skphtpss.blogspot bertekad untuk terus menyiarkan berita-berita mengenai sekolah disamping berita-berita semasa juga rencana-rencana yang menarik untuk tatapan semua pengunjung.Terima kasih kepada semua pengunjung kami yang telah banyak memberi sokongan dan inspirasi kepada kami selama ini.
Siapakah pengunjung ke-10000 tersebut ?

Baca seterusnya...

KO KURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

Utusan Online

RENUNGAN

RENUNGAN

PUSAT SUMBER KELOMPOK PKG TELOK MEDAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA