BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Sunday, February 21, 2010

Cara Mengenali Kasut Daripada Kulit Babi


Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana sebenarnya termasuklah di kompleks beli-belah.

Antara cara untuk kenal pasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :




1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli je. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas.

2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.




4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Haa anda bagaimana? Ada ke yang pernah terbeli barangan (kasut, handbag dll) yang diperbuat daripada kulit babi? Semoga kita dilindungi oleh Allah Taala. Saya harap kita semua akan lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan.

Baca seterusnya...

Tuesday, February 16, 2010

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Sekolah Menengah

1. Sekolah Tun Fatimah,Johor Bahru,Johor
2. Sekolah Dato' Abdul Razak,Seremban,Negeri Sembilan
3. Kolej Tunku Kursshiah,Seremban,Negeri Sembilan
4. Kolej Islam Sultan Alam Shah,Klang
5. Sekolah Seri Puteri,Cyberjaya,Selangor
6. Sekolah Sulatan Alam Shah,Putrajaya
7. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka
8. Kolej Melayu Kuala Kangsar,Perak
9. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra,Perlis
10. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra,Kedah
11. SMK(P) Sri Aman,Petaling Jaya,Selangor
12. SMK Aminuddin Baki,Kuala Lumpur
13. SMK Sultanah Asma,Alor Star,Kedah
14. SMK (P) St. George,PulauPinang


Sekolah Rendah

1. SK Seri Bintang Utara,Kuala Lumpur
2. SK Zainab (2) Kota Bharu,Kelantan
3. SK Bandar Baru Uda 2,Johor Bahru,Johor
4. SK Bukit Damansara,Kuala Lumpur
5. SK Convent,Taiping,Perak
6. SK Taman Tun Dr. Ismail 1,Kuala Lumpur

Baca seterusnya...

Monday, February 15, 2010

Udang Galah Sungai Kerian

Rezeki mewah udang galah


UDANG galah telah menjadi salah satu tarikan yang mempopularkan Bandar Baharu, Perak.


SUNGAI Kerian yang memisahkan Bandar Baharu dengan Kerian di Perak merupakan lubuk rezeki bagi kebanyakan penduduk Bandar Baharu tinggal di pinggir sungai itu.

Sungai yang kaya dengan spesies udang galah itu sehingga kini menjadi sumber pendapatan untuk lebih 200 orang yang memancing dan menahan bubu di situ.

Ikan kelisa emas (arowana) juga banyak terdapat di dalam Sungai Kerian yang memberi rezeki tambahan kepada nelayan.

"Sepanjang tahun lepas puratanya kami menangkap lebih 100 kilogram udang galah setiap bulan yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM40 satu kilogram," kata Abdul Aziz Mat, pakar penangkap udang galah di Sungai Kerian sejak sedekad lalu.

Kata lelaki berusia 65 tahun itu lagi, beliau biasa mendapat tiga hingga lima kilogram udang galah setiap kali keluar memancing dari malam hingga awal pagi.


AZIZAN (kanan) sedang menimbang udang galah yang dijual oleh penangkap udang di Kampung Asam Kumbang.


Ketika ditemui di pangkalan nelayan sungai di Kampung Parit Teropong atau juga dikenali sebagai Kampung Kubu, Abdul Aziz yang terkenal di kalangan rakan-rakannya sebagai pakar pemancing udang galah, turut menggunakan bubu untuk menangkap lebih banyak udang.

"Selain udang galah, saya menggunakan bubu untuk menangkap ikan ketutu ang mendapat permintaan tinggi dan agak mahal di pasaran," katanya.

Selain itu, bubunya turut dimasuki ikan seperti tapah dan teroboi.

Menurut Abdul Aziz, masa yang sesuai untuk memancing atau memasang bubu udang galah adalah pada waktu air surut dan air sungai jernih.

Udang galah sungai katanya, lebih sedap rasanya daripada udang laut kerana itu permintaannya lebih tinggi.

Pangkalan udang


PENANGKAP udang galah di Sungai Kerian boleh mendapat hasil tangkapan sehingga lima kilogram sehari.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Berjaya, Bandar Baharu, Borhan Jaafar, 37, berkata terdapat sembilan pangkalan penangkap udang galah di pinggir Sungai Kerian.

Pangkalan itu terletak di Kampung Besar, Kampung Raja Atas, Kampung Raja Bawah, Kampung Baru Bagan Samak, Kampung Parit Nibong, Kampung Asam Kumbang, Kampung Lubuk Buntar, Kampung Selama dan Kampung Inchong.

Menurut peraih udang galah di situ, Yong Boon Woo, 37, setiap hari sepanjang bulan Disember tahun lepas hasil tangkapan udang galah agak mewah sehinggakan adakalanya pemancing boleh menjual antara 40 hingga 50 kilogram sehari kepadanya.

"Harganya bergantung kepada saiz udang galah. Bagi saiz 400 gram ke atas untuk seekor, harga borong mencecah RM40 hingga RM60 sekilogram," katanya.

Menurut Yong, udang galah yang dibelinya kebanyakannya dihantar ke Ipoh kerana terdapat banyak restoran makanan laut di sana.

Seorang lagi peraih udang galah, Azizan Hassan, 58, menjadikan rumahnya di Kampung Asam Kumbang sebagai lokasi tetap untuk membeli udang galah daripada penangkap udang di sekitar kawasan itu.

"Saya membeli antara 80 hingga 100 kilogram setiap hari daripada penangkap udang galah di Sungai Kerian," kata Azizan yang bergantung kepada rezeki udang galah untuk membesarkan 11 orang anaknya. - Bernama

Baca seterusnya...

Saturday, February 13, 2010

Sukan Tahunan SKPHT Kali ke-16 2010

Alhamdulillah, selesai sudah sukan tahunan SKPHT kali ke-16 pada tahun ini.Kejohanan tahun ini telah diadakan pada 11 Februari yang lalu.Walaupun hujan turun sebelum sukan dirasmikan,namun reda sebaik sahaja pertandingan hendak bermula.Tahun ini Rumah Hijau menjadi johan keseluruhan.Rumah Kuning pula berjaya merebut gelaran Olahragawan dan Olahragawati 2010.
Tahniah kepada semua yang telah menjayakan sukan pada tahun ini.Tahniah juga kepada PK Kokurikulum yang baru kerana buat julung kalinya telah berjaya memastikan sukan tahun ini berjalan lancar.
Terima kasih kepada Dato zaili bin Cha diatas sumbangan T-shirt kepada pegawai kejohanan tahun ini.Tidak lupa,terima kasih kepada guru besar sekolah Kelompok 2 yang sudi hadir.Kami bukan tidak mahu menjemput pasukan dari sekolah jiran,sebaliknya risau jika pasukan jemputan kalah, padang SKPHT pula yang dijadikan alasan kekalahan.
Apapun tahniah kepada semua...jumpa lagi tahun 2011














Baca seterusnya...

Thursday, February 4, 2010

Koleksi Latihan Tatabahasa UPSR

Untuk semua pengunjung yang budiman,di sini skphtpss blogspot menyediakan contoh-contoh latihan tatabahasa yang sesuai untuk anda.Antara latihan yang boleh anda download adalah :

- sinonim
- peribahasa
-penjodoh bilangan
-pengimbuhan
-penggandaan
-penanda wacana
-kata tepat
-kata seru
-kata sendi
-kata penguat
-kata pemeri
-kata nama
-kata kerja
-kata hubung
-kata banyak makna
-kata bilangan
-kata bantu
-kata adjektif
-ayat sama maksud
-antonim
-struktur ayat

sila download dalam box di bawah :

Untuk koleksi soalan yang lain sila klik SINI

Baca seterusnya...

Tuesday, February 2, 2010

Bahan Panitia Bahasa Melayu

-Buku Panduan Bahasa Melayu
-Senarai Fail Panitia Bahasa Melayu

Sila download di bawah :


Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA