BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Thursday, September 24, 2009

TIPS URUS BELANJA SELEPAS RAYA

Barangkali selepas cuti Aidilfitri, ada antara kita tidak berani melihat baki wang simpanan dalam akaun bank. Kenyataan yang perlu dihadapi mungkin tidak akan menenangkan hati – sama ada baki wang tidak mencukupi untuk bertahan hingga akhir bulan atau lebih menakutkan, tiada langsung baki simpanan.

Begitulah impak Aidilfitri yang hadirnya setahun sekali. Ramai pada mulanya sakan menyambut Hari Raya penuh bergaya. Sejak bulan puasa lagi hingga berlarutan kepada beberapa minggu pertama Syawal, wang tidak putus-putus keluar dari dalam dompet. Pengguna lazimnya tidak begitu memikirkan soal perancangan kewangan pada musim perayaan. Disebabkan itulah perbelanjaan menjadi tidak terkawal atau berlebihan pada musim begini.

Oleh kerana wang simpanan makin menipis, ramai mula risau nasib diri serta memikirkan bagaimana hendak menjalani kehidupan dengan baki simpanan yang tidak seberapa itu.

Tidak hairanlah timbulnya jenaka sinis menyindir segelintir orang yang dikatakan terpaksa berpuasa semula selepas Aidilfitri kerana sudah ‘berhabisan’ ketika beraya.

Tidak dinafikan, ramai memilih untuk berpuasa seawal minggu kedua Syawal iaitu selepas kembali bekerja. Golongan ini bukan saja ingin menunaikan puasa sunat tetapi juga kerana keadaan kewangan yang memaksa mereka berbuat demikian. Bagi mereka, baiklah berpuasa sementara menanti gaji seterusnya.

Jika tidak berpuasa pun, anda sebenarnya boleh berjimat dengan membawa bekalan makanan dari rumah ataupun mengurangkan belanja membeli makanan ketika bekerja. Rasanya, tidak terlalu sukar untuk anda melakukannya kerana kita baru saja selesai menunaikan ibadat berpuasa.

Minggu ini, XY – Ikon Lelaki berkongsi tip ‘diet perbelanjaan’ bagi mereka mengalami sindrom ‘kering’ selepas raya. Jika berdisiplin dalam mengamalkan diet ini, tidak mustahil kedudukan kewangan anda akan kembali stabil selepas musim perayaan.

Pertama sekali, mulakan diari kewangan anda sendiri. Keluarkan semua penyata bank, resit pembelian dan bil berkaitan serta semak perjalanan keluar masuk wang anda setiap bulan. Apabila anda mempunyai rekod penggunaan wang, lebih mudah bagi anda mengesan jumlah wang yang sering dibazirkan. Melihat jumlah wang yang dapat dijimatkan dalam setahun juga dapat mendorong anda meneruskan diet perbelanjaan ini.

Walaupun agak ‘sesak’ sekarang, tanggungan hutang tidak boleh diambil ringan. Hadapi hutang anda dengan memberi tumpuan kepada bahagian tertentu dalam perbelanjaan yang boleh anda baiki. Ini termasuk hutang kad kredit yang lama tertunggak hingga kadar faedah terkumpul. Lebih lama anda menangguhnya, lebih banyak kadar faedah yang dikenakan. Ini tentunya menambah masalah kewangan anda kelak.

Jika anda pemegang insurans, pastikan bayaran bulanan anda didahulukan berbanding perbelanjaan lain. Ini kerana, sesetengah syarikat insurans akan menamatkan perlindungan insurans jika terdapat tunggakan. Ini agak berisiko kerana anda mungkin tidak memiliki sumber kewangan lain jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Penting juga untuk anda mengurangkan penggunaan telefon atau internet yang dicaj mengikut kadar guna. Anda harus tentukan penggunaan yang perlu serta yang tidak penting. Sebab itulah ada baiknya anda melanggan perkhidmatan yang membolehkan anda berjimat

Selain itu, amalkan jimat-cermat dalam menggunakan kuasa elektrik dan air di rumah. Sekurang-kurangnya, jumlah tanggungan bil anda dapat diringankan.

Mungkin pada waktu kesempitan wang begini, anda boleh menangguhkan sementara perbelanjaan aktiviti riadah seperti bayaran gimnasium, yuran bulanan kelab rekreasi dan sebagainya. Anda boleh menyambungnya semula apabila keadaan sudah mengizinkan.

Seperkara lagi, jangan lupa, biarpun keadaan kewangan anda agak tidak stabil selepas hari raya, anda masih perlu menyimpan sedikit daripada pendapatan yang diterima. Ia memang berguna pada saat kecemasan nanti.

Apapun, anda wajar berfikir setiap kali hendak membelanjakan wang untuk sesuatu perkara. Elak membeli barang tidak perlu atau bermewah-mewahan tanpa sebab.

Tetapkan juga tahap mana atau secepat mana anda mahukan kedudukan kewangan anda kembali pulih. Juga tentukan jumlah wang harus ada dalam akaun simpanan anda dalam sesuatu tempoh. Bila berbuat demikian, anda akan lebih disiplin dalam mengikut perancangan atau ‘diet perbelanjaan’ yang sudah disenaraikan.

Tip diet perbelanjaan

  • Rekodkan penggunaan wang membabitkan pengaliran wang masuk dan keluar.
  • Utamakan pembayaran hutang walaupun dalam keadaan terdesak. Hutang bertampuk menambah kekusutan ekonomi anda.
  • Kurangkan penggunaan telefon bimbit dan internet jika anda mampu lakukan.
  • Kurangkan aktiviti riadah bersama teman seperti mengunjungi pusat hiburan karaoke atau melepak tanpa tujuan.
  • Jimatkan penggunaan tenaga elektrik dan air.
  • Simpan sedikit gaji bulanan untuk waktu memerlukan.
  • Tentukan jumlah wang perlu ada setiap bulan sebagai simpanan waktu sesak.
  • Oleh Diyanah Anuar, Berita Harian

    Baca seterusnya...

    Wednesday, September 16, 2009

    DI MANA KAMI BERAYA

    MASJID TANAH, MELAKA


    PASIR PUTIH, KELANTAN


    NOGORI 9


    ALOR STAR, KEDAH


    PENANG


    KUALA...

    Baca seterusnya...

    Monday, September 14, 2009

    AL-FATIHAH BUAT PN. FATIMAH BT MD TAHIR

    Skphtpss blogspot mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Guru Besar sekolah ini iaitu Pn Fatimah bt Md Tahir yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 September 2009.Allahyarham bersama suami telah telibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sungai Bogak Bagan Serai Perak.Diharapkan suami,anak-anak dan kaum keluarga allahyarham tabah menghadapi segala dugaan ini.
    Sepanjang perkhidmatan allahyarham di SKPHT, allahyarham merupakan seorang Guru Besar yang berdedikasi dan mengambil berat tentang kebajikan semua staff.
    Marilah kita memaafkan segala kesalahan allahyarham jika ada serta menghalalkan segala yang termakan dan terminum.
    Semoga perjalanan terakhir allahyarham akan lancar dan direstuiNYa
    Semoga juga roh allahyarham ditempatkan dikalangan muslimat yang soleh dan beriman.
    AL-FATIHAH

    Baca seterusnya...

    Sunday, September 6, 2009

    DAH BAYAR ZAKAT FITRAH ?

    Zakat fitrah

    Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).


    Kadar Fitrah

    Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).

    Bagi tahun berakhir 2007 Masihi/1428 Hijrah dan 2008 Masihi/1429 Hijrah di seluruh negeri Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah semasa telah ditentukan sebanyak RM5.20 bersamaan 2.70kg beras mentah.

    Syarat Zakat Fitrah

    1. Islam
    2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
    3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

    Kewajipan zakat fitrah

    1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
    2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

    Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

    Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

    Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

    Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

    Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

    Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

    Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

    Niat Zakat Fitrah

    Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala.

    Baca seterusnya...

    NUZUL AL-QURAN

    Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

    Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

    Baca seterusnya...

    Friday, September 4, 2009

    SELAMAT BERJUANG PUTERA PUTERI SKPHT


    Skphtpss blogspot mengucapkan selamat menghadapi UPSR kepada putera puteri sekolah ini yang akan menduduki peperiksaan tersebut pada 8 - 10 September ini.Berjuanglah seperti pahlawan yang tidak pernah gentar berhadapan dengan musuhnya.Gunakanlah segala ilmu yang dipelajari selama ini.Berfikirlah dengan fikiran yang tenang dan sabar.Semoga anda semua berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang...Amin

    Baca seterusnya...

    Tuesday, September 1, 2009

    SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE- 52

    SEDERHANA TAPI CUKUP BERMAKNA
    SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-52


    Baca seterusnya...

    RENUNGAN

    RENUNGAN

    Blog Archive

    MACAM-MACAM ADA