BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Saturday, November 28, 2015

Bahan Bantu Mengajar Bahasa Malaysia

Bahan bantu mengajar (BBM) sangat penting kepada guru untuk mengajar murid-murid semasa sesi P&P.
BBM yang sesuai akan memberikan impak yang lebih berkesan terhadap murid.Salah satu BBM yang sesuai digunakan semasa sesi P&P ialah video.

Penggunaan video akan dapat menarik minat dan perhatian murid terhadap pelajaran yang diajar oleh guru.
Untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, video berbentuk cerita dapat membantu guru menyampaikan isi
pelajaran dengan mudah dan menarik.

Terdapat banyak video berbentuk cerita yang dapat dimuat turun dari Youtube untuk digunakan oleh guru
di dalam kelas.

Contoh video dari Youtube:




Baca seterusnya...

Wednesday, October 28, 2015

LATIHAN TATABAHASA ANTONIM




   Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah ini.

  Soalan 1                         

1 Abang kawan saya  itu mempunyai otot-otot yang tegap.
     
      A   lemah               C lembut
      B    kendur             D      halus

2    Pilihlah kawan yang baik pekertinya.
      A   handai                 C    jiran
      B    teman                  D   musuh

3    Puan Siti menambah air pada santan yang pekat itu.
      A   kental                  C    pejal
      B    cair                     D   likat

4    Air sungai itu agak tohor.
      A   jernih                  C    dalam
      B    cetek                   D   deras

5    Pertandingan itu diyakini dapat menarik minat ribuan pendengar dan penggemar muzik tanah air.
      A   ditakuti                     C          diragui
      B    dibimbangi          D   dikehendaki

6    Janganlah meremeh-remehkan setiap dakwaan yang disampaikan oleh kakitangan bawahan kita.
      A   meleceh-lecehkan
      B    membesar-besarkan
      C    bermegah-megah
      D   bersuka-suka

7    Rumah abang saya terletak di suatu kawasan yang berbukit.
      A   berpaya                     C          berlekuk-lekak
      B    rata                     D   berteres

8    Pasukan tentera negara itu sukar dikalahkan kerana mereka dilengkapi senjata moden.
      A   kuno                   C    ketinggalan
      B    baru                    D   buruk

9    Setiap pemaju perumahan dikehendaki membina rumah kos rendah di kawasan yang dimajukan mereka.
      A   menegakkan       C    menjatuhkan
      B    mendirikan         D   meruntuhkan


Soalan 10 

                      

10  Harimau ialah  sejenis binatang liar yang digeruni.
      A   jinak                C buas          
      B    manja               D      ternakan

11  Majlis itu disudahi dengan bacaan doa oleh pengerusi majlis.
      A   diawali                C    dimulai
      B    dibuka                D   dirasmi

12  Puan Faridah mengejutkan semua anaknya pada pukul 6.00 pagi.
      A   melenakan          C    menjagakan
      B    menidurkan        D   mendodoikan

13  Latifah panik apabila bas yang dinaikinya terbabas.
      A   tenteram              C    tenang
      B    menggelabah       D   sabar

14  Mereka melakukan penyeludupan itu secara sembunyi-sembunyi.
      A   senyap-senyap    C    terang-terang
      B    jelas-jelas            D   hendap-hendap

15  Alina mengembangkan payungnya sebaik saja hujan turun.
      A   mengecilkan       C    mengibarkan
      B    mengucupkan     D   meniruskan



Baca seterusnya...

Monday, October 26, 2015

Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Didik hibur merupakan salah satu elemen penting yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia KSSR. Salah satu bahan yang dapat digunakan dalam didik hibur adalah tayangan video. Tayangan video merupakan salah satu bahan yang sentiasa menarik minat murid terutamanya murid sekolah rendah. Membuat video yang sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebenarnya bukanlah terlalu sukar.
Guru tidak perlu menggunakan software yang canggih untuk membuat sesebuah video. Sebaliknya, hanya software yang asas sahaja sudah cukup untuk membuat sesebuah video.

Di sini admin ingin berkongsi sebuah video lagu kanak-kanak yang bertajuk ' Bapaku Pulang dari Kota' yang dibuat sendiri oleh admin dengan menggunakan software dan pengetahuan yang asas tentang komputer.
Diharapkan lebih banyak lagi video sebegini yang dapat dihasilkan oleh guru-guru dan dapat dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Sila tonton video di bawah.
Tonton di Youtube klik di sini






Baca seterusnya...

Friday, October 23, 2015

Panduan mengisi borang permohonan kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM 2016




Permohonan kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 MRSM untuk tahun 2016 telah pun dibuka. Murid-murid atau ibu bapa yang berminat bolehlah melayari laman web berkenaan atau klik di sini.

Panduan mengisi borang kemasukan boleh dimuat turun di link di bawah.

Semoga anda berjaya dalam permohonan anda.

Panduan mengisi borang tingkatan 1
Panduan mengisi borang  tingkatan 4



Baca seterusnya...

Wednesday, October 21, 2015

SEKOLAH DITUTUP PADA 22 OKTOBER KERANA JEREBU




Keadaan jerebu semakin merimaskan.Mengikut maklumat terkini yang diperolehi,
Kementerian Pendidikan telah mengarahkan semua sekolah di beberapa negeri ditutup pada Khamis, 22 Oktober ekoran situasi jerebu yang kian merosot. Sekolah-sekolah terbabit adalah di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur; Perak; Pulau Pinang; Kedah; Perlis; daerah Bentong di negeri Pahang serta Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Betong di negeri Sarawak

Baca seterusnya...

JEREBU OH JEREBU




Jerebu yang melanda negara seperti tiada penghujungnya. Jerebu yang bertambah buruk di seluruh negara menyebabkan semakin banyak sekolah yang terpaksa ditutup.Namun begitu tidak ramai yang tahu tentang kesan terhadap kesihatan jika terdedah kepada
jerebu.

Kesan Jerebu

Dalam jangka pendek, jerebu boleh menyebabkan mata berair, hidung berair dan sakit tekak pada individu yang sihat. Jantung dan paru-paru terjejas terutamanya oleh partikel dalam jerebu dan sekaligus meningkatkan risiko untuk individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru. Ia mungkin mengambil masa antara satu hingga tiga hari untuk kesan atau tanda-tanda jerebu dirasai.

 Kesan buruk jangka pendek bagi pendedahan kepada jerebu:
 Sakit mata, mata berair atau konjunktivitis (radang selaput mata). Hidung berair, hidung tersumbat dan bersin Tekak kering, sakit tekak dan/atau batuk, kahak. Sakit kepala, pening, keletihan dan/atau tekanan. Fungsi paru-paru merosot, menyekat saluran pernafasan, sakit dada, sesak nafas dan radang paru-paru

Baca seterusnya...

Thursday, September 17, 2015

Imbuhan Pinjaman Tahun 5

Imbuhan Pinjaman
Imbuhan pinjaman atau imbuhan asing ialah imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris. Imbuhan ini diguna dan diterima pakai dalam bahasa Melayu baku.
Yang berikut ialah imbuhan pinjaman yang digunakan dalam bahasa Melayu baku:-

Bentuk
Imbuhan Sanskrit
Imbuhan Inggeris
Imbuhan Arab
Awalan
dasa-
dwi-
eka-
juru-
maha-
panca-
pra-
tata-
tri-
anti-
auto-
mano-
poli-
pro-
sub-
bi-
Akhiran
-ita
-man
-wan
-wati

-ah
-at
-iah
-in
-wi/-i


Perhatikan penerangan di bawah ini.

Imbuhan Inggeris

Imbuhan
Makna
Contoh
anti-
menentang/benci
antisosial, antikerajaan, antidadah, antisorok, antirokok, antibodi, antirasuah, antikomunis, antiperang, antipenjajah, antikeganasan
auto-
dengan sendirinya
automobil, autogear, automatik, autograf, autonomi
poli-
banyak
poligami, poligon, poliklinik, politeknik, poligram, poliglot
pro-
menyokong/menyebelahi
prokomunis, prokerajaan, prososialis, proaktif, prodemokratik
sub-
sebahagian/bahagian-bahagian yang kecil atau di bawah
subtajuk, subbidang, subkelas, substandard, subsistem, subgolongan, subtopik


Contoh penggunaan dalam ayat:
Kempen antidadah itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan.
Negara itu mengamalkan dasar antikomunis.
Tibet mendapat kuasa autonomi daripada negara China.
Proses pemasangan kereta dilakukan secara automatik oleh robot. 
Dasar poligami itu ditentang oleh kaum wanita.
Perarakan itu dianjurkan oleh pihak yang prokerajaan.
Jambatan yang runtuh itu didapati menggunakan bahan yang substandard.
Dalam bab kelima, terdapat lapan subtopik yang berlainan.

Imbuhan Sanskrit

Imbuhan
Makna
Contoh
dasa-
sepuluh
dasawarsa, dasalumba
dwi-
dua
dwibahasa, dwihala, dwibulanan, dwicembung, dwijantina, dwicekung, dwitahunan, dwisuku, dwiwarna, dwikata, dwimusim
eka-
satu
ekahala, ekabahasa, ekawarna, ekafungsi, ekasuku, ekatujuan, ekapaksi
juru-
orang yang mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan
jurubahasa, juruhebah, jururawat, jurucakap, jurumudi, juruulas, jurujual, jurusolek, juruterbang, jurutera, juruteknik, juruselam
maha-
agung/besar
mahasiswa, mahasiswi, maharaja, maharani, mahaguru, maharesi, maha Esa, maha mulia
panca-
lima
pancaragam, pancasila, panca delima, pancaroda, pancalogam, pancawarna, pancapersada, pancaindera, pancalumba
pra-
sebelum
prakata, prasangka, prasejarah, prasekolah, praujian, prauniversiti, prasarana
tata-
sesudah/peraturan
tatabahasa, tatacara, tatatertib, tatanegara, tatarakyat, tatausaha, tatasusila
tri-
tiga
tricabang, triwarna, tricara, trisuku, triwulan, tribahasa, trijudul, tripenggal, trimakna, trihala
-ita
wanita/perempuan
biduanita, posnita, pranita
-man
orang yang memilik sifat/orang yang mahir dalam sesuatu bidang
seniman, budiman
-wan
Pemilik sesuatu benda
Pemilik sesuatu sifat
Orang yang mahir dalam
sesuatu bidang
Orang yang melakukan  
sesuatu perbuatan
karyawan, jutawan, wartawan, negarawan, sasterawan, sukarelawan, olahragawan, biarawan, cendekiawan, dermawan, bangsawan, angkasawan
-wati
Perempuan yang mahir/pakar
dalam sesuatu bidang
seniwati, peragawati, olahragawati, sukarelawati


Contoh penggunaan dalam ayat:
Jalan dwihala itu akan ditukar menjadi jalan ekahala sahaja.
Tatatertib di jalan raya mestilah dipatuhi agar kemalangan dapat dielakkan.
Sudah hampir triwulan ibunya menghidapi penyakit barah perut itu.
Anak jutawan itu telah diculik pada awal pagi kelmarin.
Peragawati itu sedang memperagakan pakaian fesyen baru keluaran Butik Faizal.
Seniman terkenal Jins Shamsuddin dilahirkan di Perak.
Jurujual itu pandai memperdayakan pelanggannya.
Prakata buku sejarah itu ditulis oleh pengarangnya sendiri.

Imbuhan Arab

Imbuhan
Makna
Contoh
bi-
tidak
biadab, bilazim
-ah
wanita/perempuan
qariah, ustazah
-at
orang perempuan/wanita
hadirat, muslimat
-iah
perkara/hal yang berkaitan
dengan sifat
jahiliah, hurufiah, ilmiah, jasmaniah, rohaniah, alamiah, batiniah
-in
orang lelaki
hadirin, muslimin, musyrikin


Contoh penggunaan dalam ayat:
Murid yang biadab itu telah diberi kaunseling.
Ustazah Zubaidah mengajar kami cara-cara melakukan ibadah solat.
Pada zaman jahiliah, kaum wanita sering ditindas oleh kaum lelaki.
Hadirin berdiri sewaktu tetamu kehormat itu masuk ke dalam dewan.
Kaum muslimat diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat.

INFO BAHASA
Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing maha- mesti ditulis serangkai dengan kata dasar sekiranya kata dasar tersebut terdiri daripada kata nama.
Contoh:
1.  maha + guru        =  mahaguru
2.   maha + siswa     =   mahasiswa
3.   maha + rani         =   maharani

Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing maha- mestilah ditjarakkan daripada kata dasar sekiranya kata dasar tersebut terdiri daripada kata adjektif.
Contoh:
1.   Maha + Esa        =  Maha Esa
2.   Maha + Mulia   =  Maha Mulia
3.   Maha + Besar    =  Maha Besar

Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing anti- dan pro- yang diikuti oleh kata nama khas mestilah dijarakkan daripada kata itu dan diletakkan tanda sempang (-) di antaranya.
Contoh:
anti + Amerika  =  anti-Amerika
2.   anti + Jepun       =  anti-Jepun
pro + Malaysia  =  pro-Ma


Sumber : internet

Baca seterusnya...

Tuesday, September 15, 2015

LATIHAN TATABAHASA

Latihan Imbuhan Apitan



A.      Letakkan imbuhan pada perkataan di bawah.
1.       Kita harus ______________ orang yang lebih tua daripada kita. ( hormat )
2.       Salmi ___________akan tingkah laku pemuda itu. (curiga )
3.       Ayah ___________seekor lembu pada Hari Raya Aidiladha. (korban)
4.       Hanif ___________kasutnya sebelum masuk ke dalam rumah. (tanggal)
5.       Rosnah sering menghabiskan masa lapangnya di __________.(pustaka)

B.      Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
Keberanian       bertanyakan      menghadiahi      menanggalkan                           permohonan             penggunaan                    membincangkan      
        kesunyian                  kesultanan                   membaiki

1.      ____________ komputer dapat mempercepat segala urusan khususnya dalam penyimpanan data.
2.      Asmat berusaha ____________ basikalnya  yang rosak.
3.      Mesyuarat yang diadakan akan ____________masalah pencemaran.
4.      ___________Zaini untuk melanjutkan pelajaran telah diluluskan oleh majikannya.
5.      Adik __________ kasut sebelum masuk kedalam rumah.
6.      Ayah ___________ saya sebuah buku cerita.
7.  Pihak polis telah memberikan pingat ___________kepada Amar kerana telah membantu mereka menangkap perompak itu tempoh hari.
8.      Seorang pemuda __________ arah ke rumah Encik Zahari.
9.      Sejak anak-anaknya berpindah ke bandar, Makcik Ani hidup dalam ____________.
10.  Salah seorang sultan pada zaman _______________Melayu Melaka ialah Sultan Mahmud Syah.

Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA