BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Thursday, July 29, 2010

Lagu Rasmi / Kebesaran Negeri-negeri di Malaysia


Lagu rasmi negeri-negeri di Malaysia boleh anda download dalam box di bawah . Semua lagu adalah dalam format MP3.

Antara lagu yang boleh anda download adalah:
-lagu rasmi/kebesaran negeri Perlis
-lagu rasmi/kebesaran negeri Kedah
-lagu rasmi/kebesaran negeri Pulau Pinang
-lagu rasmi/kebesaran negeri Perak
-lagu rasmi/kebesaran negeri Selangor
-lagu rasmi/kebesaran negeri Negeri Sembilan
-lagu rasmi/kebesaran negeri Melaka
-lagu rasmi/kebesaran negeri Johor
-lagu rasmi/kebesaran negeri Pahang
-lagu rasmi/kebesaran negeri Terengganu
-lagu rasmi/kebesaran negeri Kelantan
-lagu rasmi/kebesaran negeri Wilayah Persekutuan
-lagu rasmi/kebesaran negeri Sarawak
-lagu rasmi/kebesaran negeri Sabah
-lagu rasmi/kebesaran negeri Perlis
-lagu rasmi/kebesaran negeri Perlis


Baca seterusnya...

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Daerah Kerian 2009

Majlis Anugerah Perkhimatan Cemerlang daerah Kerian 2009 telah diadakan pada 26 Julai yang lalu bertempat di dewan SMK Abu Bakar Al Baqir(SABAR).Pengarah Pelajaran Perak, Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar telah menyampaikan sijil-sijil kepada semua penerima anugerah dalam majlis tersebut.

Dua orang guru SKPHT telah terpilih untuk menerima APC untuk tahun 2009.Mereka ialah En.Nordin bin Jaafar dan En. Shahrim bin Shuib.Walaupun hanya dua orang sahaja, tetapi ini bukanlah bermakna guru-guru yang lain tidak cemerlang.Mungkin rezeki belum menyebelahi guru-guru yang lain.

Oleh sebab itu,guru-guru yang belum menerima anugerah diharapkan dapat bersabar.Manakala, guru yang menerima anugerah pula diharapkan dapat meneruskan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi.

Tahniah...tahniah...tahniah



Baca seterusnya...

Monday, July 26, 2010

Bahan Pengajaran Pendidikan Islam (BBM) - Azan


Guru-guru Pendidikan Islam yang hendak mengajar tentang azan bolehlah mendapatkan bahan untuk P&P azan dalam box di bawah.

Antara yang terdapat dalam bahan yang boleh didownload adalah :
-Pengenalan azan
-Lafaz azan
-Hukum melaungkan azan
-Doa selepas azan
-Soalan interaktif

Baca seterusnya...

Wednesday, July 21, 2010

KEMBARA TEKNOPEN 2010

Pada 19 Julai yang lalu SKPHT telah dikunjungi oleh rombongan Kembara Teknopen dari Ipoh, Perak.Rombongan Kembara Teknopen ini diketuai oleh Ketua Timbalan Pengarah BTP Perak iaitu Tuan Haji Mohamad Razali bin Haji Bakar sendiri.Selain itu rombongan ini juga disertai oleh Tuan Haji Razak bin Hassan (Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan),En. Zainori bin Abdul Rahman ( Penolong Pengarah Unit Media),pegawai-pegawai BTP,Pegawai Teknonogi Pendidikan seluruh Kerian serta kru PKG yang lain.

Rombongan Kembara Teknopen serami 27 orang tiba di SKPHT kira-kira pukul 10.00 pagi.Taklimat ringkas diberikan oleh Tuan Haji Razak di dalam makmal komputer sebelum kumpulan Kembara Teknopen ini dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama berada di makmal komputer, manakala kumpulan kedua pula mengunjungi pusat sumber sekolah.Kumpulan pusat sumber sekolah diketuai oleh Tuan Haji Daud.

Rombongan Kembara Teknopen telah menyumbangkan WIFI kepada pihak sekolah yang dipasang oleh kru PKG Kerian.Selain itu,pusat sumber pula menerima sumbangan buku selain daripada bekas brosur yang dibuat sendiri oleh Tuan Haji Daud.

Terima kasih kepada rombongan Kembara Teknopen.Kalau sudi lain kali datanglah lagi....








Baca seterusnya...

Saturday, July 17, 2010

TEMA HARI KEBANGSAAN / KEMERDEKAAN KE-53 2010


" 1 Malaysia Menjana Transformasi "

Baca seterusnya...

Wednesday, July 7, 2010

LENCANA BARU PENGAKAP MALAYSIA / KANAK-KANAK 2010

Baca seterusnya...

KEM KERIS PERAK PENGAKAP KANAK-KANAK KERIAN 2010

Kem Keris Perak pada tahun ini telah diadakan pada 12 hingga 14 Julai yang lalu.Tuan rumah pada kali ini ialah SK. Gunung Semanggol, Semanggol.Seramai lebih daripada 200 orang peserta terlibat dalam perkhemahan kali ini.SKPHT telah menghantar 8 orang wakil
pada kali ini yang terdiri daripada ahli pengakap tahun 5 dan tahun 4.Walau bagaimanapun, seorang terpaksa dihantar pulang kerana masalah kesihatan.


















Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA