BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Thursday, July 29, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Daerah Kerian 2009

Majlis Anugerah Perkhimatan Cemerlang daerah Kerian 2009 telah diadakan pada 26 Julai yang lalu bertempat di dewan SMK Abu Bakar Al Baqir(SABAR).Pengarah Pelajaran Perak, Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar telah menyampaikan sijil-sijil kepada semua penerima anugerah dalam majlis tersebut.

Dua orang guru SKPHT telah terpilih untuk menerima APC untuk tahun 2009.Mereka ialah En.Nordin bin Jaafar dan En. Shahrim bin Shuib.Walaupun hanya dua orang sahaja, tetapi ini bukanlah bermakna guru-guru yang lain tidak cemerlang.Mungkin rezeki belum menyebelahi guru-guru yang lain.

Oleh sebab itu,guru-guru yang belum menerima anugerah diharapkan dapat bersabar.Manakala, guru yang menerima anugerah pula diharapkan dapat meneruskan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi.

Tahniah...tahniah...tahniah



0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA