BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Friday, October 17, 2008

SENARAI BARANGAN MENGANDUNGI MELAMINE

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 16 Oktober. - Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam memaklumkan kepada orang ramai mengenai senarai terkini beberapa produk susu dan tenusu keluaran Negara China yang didapati dicemari dengan 'Melamine' sebagaimana yang diterima daripada Rangkaian Antarabangsa Keselamatan Makanan (International Food Safety Authorities Network (INFOSAN, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 13 Oktober 2008.Berikut adalah senarai barangan yang mengandungi melamine;

Mr. Brown 3 in 1 Coffee Products Keluaran Taiwan, Negara China,
Mr. Brown Coffee Mandheling Flavours, 15g X 12 packets, tarikh mansuh 19/05/2010 Keluaran Taiwan, Negara China.
Kaiser dressing Pretzel(Strawberry & Choco Flavours)
Four Seas Cake (Strawberry Flavours), tarikh mansuh 10/05/2009 keluaran Negara China.
Four Seas Cake ( Chocolate Flavours, tarikh mansuh 02/04/2009 keluaran Negara China.
Sherwood Brands Pirate's Fold Milk Chocolate.
Bairong Taro Biscuits.
Cadbury Chocolairs Coffee Flavours.
Cadbury Chocolairs Blueberry Flavours.
Frozen Chocolate Croissants (58g) Keluaran Negara China.
Frozen Croissants Rolled with red bean (58g) Keluaran Negara China.
Frozen Plain aux raisins (50g) Keluaran Negara China.
Frozen Chocolate Croissants (55g) Keluaran Negara China.
White Rabbit Creamy Candies (Strawberry) Keluaran Negara China.
Lotte Koala biscuits (chocolate) tarikh mansuh 22/08/2009 Keluaran Negara China.
Lotte Koala biscuits (chocolate filled) tarikh mansuh 09/01/2010 Keluaran Negara China.
Frozen Takoyaki, tarikh mansuh Julai 2009, Disember 2009 dan Januari 2010 Keluaran Negara China.
Yili Yoghurt Drink (Strawberry Flavour)250ml, tarikh mansuh 28/02/2009 Keluaran Negara China.
Mengnlu Breakfast Milk (Walnut Flavor) tarikh mansuh 16/11/2008 keluaran Negara China.
Mengnlu Pure Milk, 250ml keluaran Negara China.

SUMBER : http://www.pelitabrunei.gov.bn

Baca seterusnya...

SEJARAH SEKOLAH SK. PARIT HAJI TAIB

Sebelum tahun 1955, belum ada lagi sekolah di Kampung Parit haji Taib.Pada masa itu kanak-kanak di kampung ini mendapat pendidikan di sekolah-sekolah berdekatan yang purata jauhnya lima kilometer dari kampung ini. Mereka terpaksa bersekolah di Bagan Serai, Alor Pongsu dan Teluk Medan.

Oleh kerana kesukaran perhubungan, ramai kanak-kanak di kampung ini tidak bersekolah. Memandangkan kesedaran ini, maka pada tahun 1954 penduduk kampung ini telah melantik Tuan Haji Masjuni Bin Haji Ahmad sebagai wakil mereka bagi menemui pihak RISDA untuk memohon agar didirikan sebuah sekolah di kampung Parit Haji Taib. Usaha tersebut telah gagal kerana pihak Rida tidak berkemampuan untuk mendirikan sekolah di kampung ini.

Pada tahun 1955,penduduk kampung ini sekali lagi menghantar seorang wakil iaitu Tuan Haji Tariff Bin Epot untuk menemui Tuan Pengelola Sekolah-Sekolah Perak Utara di Taiping bagi tujuan yang sama iaitu memohon bangunan sekolah tetapi ianya juga menemui kegagalan. Dengan azam yang kuat, penduduk kampung ini telah mengambil keputusan untuk membangunkan sebuah sekolah rakyat tanpa bantuan pihak kerajaan pada masa itu. Akhirnya sebuah bangunan sekolah berbumbungkan atap rumbia berjaya didirikan. Lebih kurang 100 orang murid telah diajar dan dibimbing oleh 3 orang tenaga pelajar dari kalangan anak tempatan iaitu Tuan Haji Tariff Bin Epot, Encik Saidin Bin Osman dan Haji Mustafa Bin Haji Azhari.

Bilangan murid yang belajar di sekolah pada masa itu telah bertamba dan meningkat dari tahun ke tahun. Dengan kemajuan yang ditunjukkan, pada tahun 1961, pihak kerajaan telah bersetuju mendirikan bangunan sekolah di kampung ini. Pihak kerajaan telah membeli tanah tapak sekolah rakyat hakmilik Tuan Haji Tarif. Dua blok bangunan sekolah yang terdiri daripada bagunan kayu dan dan berdinding simen. Ianya memuat enam bilik darjah serta sebuah rumah guru juga didirikan. Pada awal bulan Januari 1962 atas keputusan Jawantankuasa Sekolah yang diketuai oleh tuan Haji Tarif Bin Epot dengan persetujuan Pengelola Sekolah-sekolah Perak Utara, maka sekolah tersebut dirasmikan atas nama SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI TAIB.

Guru Besar pertama yang berkhidmat di sekolah ini iaitu En Manaf Bin Mahat dan enam orang tenaga pengajar Jumlah murid pada waktu itu ialah 130 orang. Kelas yang dibuka hanya setakat tahun lima sahaja. Murid-murid yang hendak melanjutkan pelajaran ke tahun enam, terpaksalah menyambung pelajaran ke sekolah lain yang berhampiran seperti di Sek Keb. Bagan Serai, Sek Keb. Alor Pongsu dan Sek. Keb Teluk Medan. Setelah tahun 1978 barulah kelas untuk tahun enam diadakan. Pada masa itu pentadbiran kewangan telah diuruskan oleh Sek. Keb. Bagan Serai.

Pada tahun 1963 Tuan Haji Shafiei Bin Osman telah menggantikan En. Manaf Bin Mahat sebagai Guru Besar di sekolah ini. Pada tahun 1979 hingga 1981 jumlah murid di sekolah ini telah meningkat sehingga ke tahap 220 orang murid. Oleh kerana bilangan murid yang semakin meningkat, kerajaan telah mendirikan bangunan baru dua tingkat pada tahun 1982. Bangunan baru itu mengandungi enam buah bilik darjah, satu ruangan perpustakaan, bilik radio/tv, bilik guru, pejabat, bilik guru besar, dua buah tandas murid, dua buah tandas guru/kakitangan dan sebuah kantin. Di samping itu, sebuah padan juga turut diadakan. Hasil kemudahan yang diwujudkan menjadikan sekolah ini bertambah maju lagi.Bangunan baru ini mula digunakan pada awal tahun1984. Walau bagaimanapun, bangunan lama tidak dirobohkan dan ia digunakan sebagai bilik seni lukis, kelas pemulihan, kelas agama, surau dan tadika.

Pada tahun 1985, jumlah murid sekolah ini telah merosot. Kemerosotan ini adalah disebabkan perpindahan penduduk kampung ke Tanah Rancangan Persekutuan (FELDA). Sehingga tahun 1994, bilangan murid sekolah ini berjumlah 163 orang.
Dari sudut kejayaan, sekolah ini telah pernah menjadi johan keputusan Penilaian Darjah Lima Terbaik bagi kumpulan Bagan Serai selama tiga kali berturut-turut dan dapat mengekalkan piala pusingan. Sekitar tahun 1992 dan tahun1994 sekolah ini telah mencapai peratusan terbaik bagi seluruh Daerah Kerian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) UPSR

Baca seterusnya...

Saturday, October 11, 2008

MAJLIS MESRA RAYA AIDIL FITRI
TARIKH : 10 OKTOBER 2008



Unit Ko Kurikulum SK.Parit Haji Taib ( SKPHT ) telah menganjurkan Majlis Mesra Raya Aidil Fitri pada 10 Oktober 2008. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKPHT.Majlis ini telah dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu raya dan sketsa oleh murid-murid SKPHT.Pada penghujung majlis murid-murid dan guru-guru menjamu selera dengan makanan dan biskut raya yang telah disediakan.



Ucapan perasmian oleh Guru Besar SKPHT Pn. Hjh Hayati bt Samsudin


khusyuk mendengar ucapan Guru Besar


sebahagian guru bersama Guru Besar SKPHT

Persembahan anak dara SKPHT

Cikgu Shahrim menggayakan baju batik raya..

Barisan orang kuat SKPHT ( depan dari kiri ) GPK HEM,GPK Pentadbiran,GPK Koku,Guru Disiplin, dan Blogger Skphjtaib.

Persembahan murid Tahun 2

Persembahan murid Pra sekolah

(dari kanan) Blogger skphjtaib,blogger skphtpss,blogger meyskpht

Guru Disiplin yang sentiasa bergaya

Persembahan murid-murid Tahun 6

Masa untuk makan...

Makan jangan tak makan

Murid-murid sedang menjamu selera

Makan... jangan malu-malu..

Guru Besar ( kanan ) sedang menjamu selera

Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA