BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Saturday, January 31, 2009

TAHNIAH PASUKAN TAKRAW SKPHT

Sudah agak lama blogger tidak menyiarkan berita-berita terkini tentang sekolah.Rasanya inilah kali pertama untuk tahun 2009 info tentang SKPHT disiarkan.Nampaknya SKPHT membuka tirai 2009 dengan kejayaan –kejayaan yang membanggakan.Tahniah diucapkan kepada pasukan sepak takraw yang telah menjadi johan sepak takraw kelompok 2 tahun 2009.SKPHT bukan sahaja menjadi johan tetapi juga naib johan kejohanan tersebut.

Kemenangan berganda ini memang dijangkakan sejak dari awal lagi.Inilah hasil latihan selama beberapa bulan pasukan SKPHT sejak dari tahun 2008 lagi.Latihan keras yang diamalkan oleh jurulatih pasukan Cikgu Shahrim dan Cikgu Khairudin terbukti berkesan .Kegusaran pasukan sekolah yang sentiasa ‘Aman’ yang berjiran dengan SKPHT sehingga tidak menghantar pasukan mereka pada kali ini memang bersebab…jika tidak pasukan jiran tersebut pasti akan pulang dengan penuh kehampaan.

Walaupun pasukan SKPHT menang pada kali ini,kehebatan pasukan lain yang bertanding memang tidak dapat dinafikan.Apapun, pasukan yang kalah pada tahun ini diharap tidak berputus asa dan akan mencuba lagi pada tahun hadapan.Tahniah pasukan takraw SKPHT …tahniah juga kepada jurulatih, Cikgu Shahrim dan Cikgu Khairudin yang banyak mengorbankan masa dan tenaga.( dah jenuh puji ,takkan tak dak apa-apa kot..KFC seketul jadi la…)

Oh ya ,lupa pulak nak kabo! Pasukan bola jaring SKPHT juga telah menjadi johan dalam pertandingan bola jaring kelompok 2 tahun ni.Tahniah pasukan bola jaring. SKPHT BOLEH…SKPHT BOLEH…


Boleh kami bantu...


Penyokong setia pasukan takraw SKPHT


Jurulatih berpengalaman sedang memberi arahan


Aksi perlawanan akhir


Lawan...jangan tak lawan


Add ImageGambar kenangan para pemenang


Pemenang menerima medal daripada PK Pentadbiran


Pemenang bergambar bersama jurulatih,pegawai dan penyokong


Blogger tumpang sekaki...(Belakang -enam dari kiri )

Baca seterusnya...

Friday, January 9, 2009

JOM BOIKOT BARANGAN ISRAEL


Jahanam Israel...Pergi mampus Yahudi...Jom Boikot Barangan Buatan Israel.


Baca seterusnya...

Saturday, January 3, 2009

SEJARAH PSS

Pusat sumber Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib telah diwujudkan sekitar tahun 1970an. Guru Besar pada ketika itu ialah Tuan Haji Shafie bin Othman. Pada awal kewujudannya, pusat sumber ini terletak di bangunan rumah guru yang sudah tidak digunakan ( sekarang surau ). Pada ketika itu pusat sumber dikelilingi sawah padi dan hanya terdapat laluan kecil menghubungkan pusat sumber dengan bangunan sekolah yang terdapat di bahagian hadapan.


Pusat sumber Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib telah diwujudkan sekitar tahun 1970an. Guru Besar pada ketika itu ialah Tuan Haji Shafie bin Othman. Pada awal kewujudannya, pusat sumber ini terletak di bangunan rumah guru yang sudah tidak digunakan ( sekarang surau ). Pada ketika itu pusat sumber dikelilingi sawah padi dan hanya terdapat laluan kecil menghubungkan pusat sumber dengan bangunan sekolah yang terdapat di bahagian hadapan.

Pada ketika awal tahun 1970an murid-murid sekolah ini menonton siaran televisyen menggunakan generator. Guru pusat sumber pada ketika itu ialah Allahyarham Tuan Haji Hamizan bin Din. Selepas itu, Cikgu Abdullah bin Mat Noor telah menggantikan beliau sebagai guru pusat sumber. Pada tahun 1982 sebuah bangunan dua tingkat yang baru telah didirikan. Pusat sumber telah dipindahkan dari bangunan lama ke tingkat atas bangunan baru sehingga sekarang. Pada penghujung tahun 1980an peranan guru pusat sumber telah diserahkan kepada Cikgu Mohd Kamal bin Sabri iaitu bekas murid Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib yang baru menamatkan pengajian beliau di Maktab Perguruan Ipoh, Perak.


Pada tahun 1996 jawatan guru pusat sumber telah berpindah tangan kepada Cikgu Nordin bin Jaafar. Guru Besar pada ketika itu ialah Encik Hussin bin Idon.Selepas itu jawatan guru pusat sumber diserahkan kepada Cikgu Yuhana binti Yaakob untuk beberapa tahun. Cikgu Nordin bin Jaafar kembali memegang jawatan guru pusat sumber setelah Cikgu Yuhana binti Yaakob berpindah sekolah. Jawatan itu disandang beliau sehingga sekarang ( 2008 )

Baca seterusnya...

ISRAEL KEMBALI MENGGANAS

Jet tempur Israel bedil masjid di Gaza





PENDUDUK Palestin meninjau kemusnahan di kediaman pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan (gambar kecil) yang maut bersama empat isteri dan 10 anaknya kerana serangan udara Israel.



GAZA: Pesawat tempur Israel terus menerus menyerang sasaran pejuang Palestin di Gaza termasuk memusnahkan sebuah masjid dalam serangan hari ke-7 semalam, ketika bantahan terhadap operasi itu semakin meluas di Dunia Islam, yang menyaksikan angka kematian meningkat kepada 422 orang.

Tentera Israel menyerang wilayah yang padat dengan penduduk itu bagi hari ketujuh, dengan melancarkan kira-kira 30 serangan semalaman, mengebom pusat pelancar roket dan bangunan Hamas.

Antara sasaran, sebuah masjid di bandar utara Jabaliya yang didakwa rejim Zionis sebagai pusat keganasan kerana digunakan sebagai tempat menyimpan senjata dan pusat operasi Hamas

Di bandar Ramallah, Tebing Barat, beribu-ribu warga Palestin membanjiri jalan raya dengan remaja yang melempar batu bertembung dengan polis Israel di Baitulmaqdis, berikutan gesaan Hamas agar mereka mengadakan perarakan selepas solat Jumaat.

"Kami akan mengorbankan jiwa dan darah kami demi Gaza," kata penunjuk perasaan berkali-kali, sambil melaungkan slogan pro Hamas dan menggesa anggota pergerakan Islam itu supaya 'menyerang Tel Aviv'.

Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA