BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Wednesday, October 28, 2015

LATIHAN TATABAHASA ANTONIM




   Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah ini.

  Soalan 1                         

1 Abang kawan saya  itu mempunyai otot-otot yang tegap.
     
      A   lemah               C lembut
      B    kendur             D      halus

2    Pilihlah kawan yang baik pekertinya.
      A   handai                 C    jiran
      B    teman                  D   musuh

3    Puan Siti menambah air pada santan yang pekat itu.
      A   kental                  C    pejal
      B    cair                     D   likat

4    Air sungai itu agak tohor.
      A   jernih                  C    dalam
      B    cetek                   D   deras

5    Pertandingan itu diyakini dapat menarik minat ribuan pendengar dan penggemar muzik tanah air.
      A   ditakuti                     C          diragui
      B    dibimbangi          D   dikehendaki

6    Janganlah meremeh-remehkan setiap dakwaan yang disampaikan oleh kakitangan bawahan kita.
      A   meleceh-lecehkan
      B    membesar-besarkan
      C    bermegah-megah
      D   bersuka-suka

7    Rumah abang saya terletak di suatu kawasan yang berbukit.
      A   berpaya                     C          berlekuk-lekak
      B    rata                     D   berteres

8    Pasukan tentera negara itu sukar dikalahkan kerana mereka dilengkapi senjata moden.
      A   kuno                   C    ketinggalan
      B    baru                    D   buruk

9    Setiap pemaju perumahan dikehendaki membina rumah kos rendah di kawasan yang dimajukan mereka.
      A   menegakkan       C    menjatuhkan
      B    mendirikan         D   meruntuhkan


Soalan 10 

                      

10  Harimau ialah  sejenis binatang liar yang digeruni.
      A   jinak                C buas          
      B    manja               D      ternakan

11  Majlis itu disudahi dengan bacaan doa oleh pengerusi majlis.
      A   diawali                C    dimulai
      B    dibuka                D   dirasmi

12  Puan Faridah mengejutkan semua anaknya pada pukul 6.00 pagi.
      A   melenakan          C    menjagakan
      B    menidurkan        D   mendodoikan

13  Latifah panik apabila bas yang dinaikinya terbabas.
      A   tenteram              C    tenang
      B    menggelabah       D   sabar

14  Mereka melakukan penyeludupan itu secara sembunyi-sembunyi.
      A   senyap-senyap    C    terang-terang
      B    jelas-jelas            D   hendap-hendap

15  Alina mengembangkan payungnya sebaik saja hujan turun.
      A   mengecilkan       C    mengibarkan
      B    mengucupkan     D   meniruskan



Baca seterusnya...

Monday, October 26, 2015

Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Didik hibur merupakan salah satu elemen penting yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia KSSR. Salah satu bahan yang dapat digunakan dalam didik hibur adalah tayangan video. Tayangan video merupakan salah satu bahan yang sentiasa menarik minat murid terutamanya murid sekolah rendah. Membuat video yang sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebenarnya bukanlah terlalu sukar.
Guru tidak perlu menggunakan software yang canggih untuk membuat sesebuah video. Sebaliknya, hanya software yang asas sahaja sudah cukup untuk membuat sesebuah video.

Di sini admin ingin berkongsi sebuah video lagu kanak-kanak yang bertajuk ' Bapaku Pulang dari Kota' yang dibuat sendiri oleh admin dengan menggunakan software dan pengetahuan yang asas tentang komputer.
Diharapkan lebih banyak lagi video sebegini yang dapat dihasilkan oleh guru-guru dan dapat dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Sila tonton video di bawah.
Tonton di Youtube klik di sini






Baca seterusnya...

Friday, October 23, 2015

Panduan mengisi borang permohonan kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM 2016




Permohonan kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 MRSM untuk tahun 2016 telah pun dibuka. Murid-murid atau ibu bapa yang berminat bolehlah melayari laman web berkenaan atau klik di sini.

Panduan mengisi borang kemasukan boleh dimuat turun di link di bawah.

Semoga anda berjaya dalam permohonan anda.

Panduan mengisi borang tingkatan 1
Panduan mengisi borang  tingkatan 4



Baca seterusnya...

Wednesday, October 21, 2015

SEKOLAH DITUTUP PADA 22 OKTOBER KERANA JEREBU




Keadaan jerebu semakin merimaskan.Mengikut maklumat terkini yang diperolehi,
Kementerian Pendidikan telah mengarahkan semua sekolah di beberapa negeri ditutup pada Khamis, 22 Oktober ekoran situasi jerebu yang kian merosot. Sekolah-sekolah terbabit adalah di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur; Perak; Pulau Pinang; Kedah; Perlis; daerah Bentong di negeri Pahang serta Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Betong di negeri Sarawak

Baca seterusnya...

JEREBU OH JEREBU




Jerebu yang melanda negara seperti tiada penghujungnya. Jerebu yang bertambah buruk di seluruh negara menyebabkan semakin banyak sekolah yang terpaksa ditutup.Namun begitu tidak ramai yang tahu tentang kesan terhadap kesihatan jika terdedah kepada
jerebu.

Kesan Jerebu

Dalam jangka pendek, jerebu boleh menyebabkan mata berair, hidung berair dan sakit tekak pada individu yang sihat. Jantung dan paru-paru terjejas terutamanya oleh partikel dalam jerebu dan sekaligus meningkatkan risiko untuk individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru. Ia mungkin mengambil masa antara satu hingga tiga hari untuk kesan atau tanda-tanda jerebu dirasai.

 Kesan buruk jangka pendek bagi pendedahan kepada jerebu:
 Sakit mata, mata berair atau konjunktivitis (radang selaput mata). Hidung berair, hidung tersumbat dan bersin Tekak kering, sakit tekak dan/atau batuk, kahak. Sakit kepala, pening, keletihan dan/atau tekanan. Fungsi paru-paru merosot, menyekat saluran pernafasan, sakit dada, sesak nafas dan radang paru-paru

Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA