BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Thursday, October 20, 2011

Proses P&P Boleh Guna Dwibahasa Kecuali Tahun Satu



KUALA LUMPUR 20 Okt. — Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mata pelajaran Sains dan Matematik kecuali Tahun Satu boleh dilakukan dalam dwibahasa iaitu sama ada Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia di semua sekolah kebangsaan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Beliau berkata, proses itu bagaimanapun bergantung kepada kemampuan guru dan murid di sekolah berkenaan.

"Namun, dengan pendekatan ‘soft landing’ melalui dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), penggunaan dalam dwibahasa ini akan digerakkan secara beransur-ansur mengikut fasa MBMMBI sehingga penggunaan bahasa Malaysia dilaksanakan sepenuhnya,” katanya menjawab soalan Che Uda Che Nik (Pas-Sik) mengenai arahan tidak jelas proses P&P di peringkat sekolah di kawasan luar bandar di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd. Puad berkata, langkah itu bagi memastikan dasar baru dapat dilakukan secara terancang selain meminimumkan permasalahan P&P yang sedang dilaksanakan.

"Bagaimanapun, bagi P&P Sains dan Matematik bagi Tahun Satu, mulai kohort pada tahun ini, murid-murid tersebut telah menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),” katanya sambil menambah kerajaan sentiasa memantau pelaksanaan dasar itu bagi memastikan ia berjalan lancar dan teratur. — Bernama

Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA