BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Wednesday, April 23, 2014

MASALAH POTONGAN ANGKASA BULAN APRIL 2014



Rakan-rakan guru yang mengalami masalah yang sedemikian bolehlah membayar sendiri kepada pihak-pihak yang berkenaan.Jika tidak mahu bayar bolehlah guna dahulu untuk kegunaan peribadi tapi yang pasti jumlah bayaran tidak mungkin akan kurang daripada yang sepatutnya.



Baca seterusnya...

Thursday, April 17, 2014

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KWAMP

Majlis penyerahan bantuan KWAMP pada tahun ini telah diadakan pada 17 April 2014 di dewan sekolah. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh YDP PIBG , En. Abdul Razak bin Ishak AMN. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Tuan Guru Besar SKPHT En. Abu Bakar bin Saad dan Penolong Kanan Pentadbiran En. Jamaludin bin Yusof.














Baca seterusnya...

Tuesday, April 15, 2014

PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH 2014

Tarikh : 14 April 2014
Hari: Isnin 
Tempat: Dataran Perhimpunan    












Baca seterusnya...

Monday, April 14, 2014

Tema Hari Guru 2014

" Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi "



Baca seterusnya...

Thursday, April 10, 2014

KOLEKSI POSTER ANTI DADAH



SUMBER : FACEBOOK CIKGU ANIS

Baca seterusnya...

Monday, April 7, 2014

BUKU PILIHAN ( PANTUN UNTUK MAJLIS ACARA RASMI )





Judul : Pantun Untuk Majlis Acara Rasmi ( Koleksi 900 Pantun yang Indah )
Penerbit : PTS
Penulis : Datin Asima Abdul Latif,Ainon Mohd
Harga : RM 38.00


Tumbuh purun di tepi kali,
Menjadi tikar dikerat-kerat.
Khazanah pantun indah sekali,
Setiap kata berkias ibarat.

Pantun adalah satu keindahan seni bahasa berirama. Maksud yang ingin kita sampaikan mudah difahami sambil dinikmati keindahan bahasanya. Walaupun kandungannya kadang kala berupa kritikan tajam dan pedas, namun maksud yang ingin disampaikan dapat diterima dan menjadi lunak pada pendengaran kita.

Buku ini menghimpunkan 900 pantun yang indah bagi menghiasi majlis dan acara rasmi supaya lebih berseri-seri. Pantun dalam buku ini dapat disesuaikan untuk pelbagai majlis dan boleh diolah semula mengikut kesesuaian majlis. Pantun ini dicipta khusus untuk membolehkannya digunakan dalam majlis-majlis kontemporari. Dendangan pantun dalam satu-satu majlis memuliakan lagi majlis-majlis yang sudah sedia mulia.

Dahan lemuni terkulai layu,
Disusun-susun di tepi telaga.
Indah dan murni sastera Melayu,
Khazanah pantun mesti dijaga.


Baca seterusnya...

Friday, April 4, 2014

PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


 



Perkara-perkara Utama :

 1.      Semua data yang perlu dimasukkan melalui E-sistem dihentikan.

2.      Tidak perlu fail murid individu lagi. (Hentikan)

3.      Eviden dikurangkan berdasarkan Panduan Perkembangan Pembelajaran  
        Murid.(Buku panduan akan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia). 
        Semua eviden akan dikurangkan dan diringkaskan.

4.      Guru boleh menyediakan eviden bila-bila masa dan dimana sahaja contoh    
         simpan dalam Komputer atau dalam fail sendiri.

5.      Ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun diteruskan 
         seperti dulu.

6.      Tidak perlu disediakan senarai eviden seperti sekarang. Guru boleh mentaksir 
         murid mengikut kreativiti sendiri.

sumber : KPPK

Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA