BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Tuesday, October 26, 2010

TAHNIAH...Selamat Memulakan Tugas Baru

Skphtpss blogspot mengucapkan tahniah kepada PK Pentadbiran SKPHT ,Cikgu Mohd Salji bin Hj Yunus diatas perlantikan beliau sebagai Guru Besar di SK Seri Pinang mulai 16 Oktober yang lalu.

Beliau memulakan tugas di SKPHT sejak Disember 1990.Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah berkhidmat sebagai Guru Kanan dan Penolong Kanan kepada sembilan orang guru besar.

Cikgu Mohd Salji merupakan seorang Penolong Kanan Pentadbiran yang berpengalaman luas serta mudah didampingi.Jasa , sumbangan dan rekod perkhidmatan beliau di SKPHT tidak dapat dilupakan oleh setiap pelajar, ibu bapa serta pihak sekolah.

Walaupun begitu berat untuk kami di SKPHT untuk melepaskan beliau pergi, namun itulah hakikat yang terpaksa kami terima.Doa kami, semoga Cikgu Mohd Salji akan menjadi guru besar yang cemerlang dan dihormati oleh semua guru dan masyarakat.

Yang Kurik Itu Kendi,
Yang Merah Itu Saga,
Yang Baik Itu Budi,
Yang Indah Itu Bahasa.

JASAMU TETAP KAMI KENANG

TAHNIAH...Selamat Maju Jaya










Baca seterusnya...

Sunday, October 3, 2010

Mesra Ria Aidil Fitri 2010

Tarikh : 1 Oktober 2010
Hari : Jumaat
Tempat : SKPHT









Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA