BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Friday, November 7, 2014

CONTOH KARANGAN CATATAN

KARANGAN : CATATAN PERKELAHAN

Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan. Tuliskan sebuah catatan tentang perkelahan tersebut.

 Ahad , 25 Mac 2013.

 7.00 pagi

Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini disebabkan adik-beradikku sibuk membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ayah dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa.

8.15 pagi.

Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota Avanza. Perjalanan ke Port Dickson mengambil masa selama satu jam setengah . Ketika kami sampai, orang ramai sudah membanjiri pantai Port Dickson.

 9.45 pagi.

Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh di bawah sebatang pokok yang rendang. Aku, abang dan adikku pula membantu ibu mengangkat barang-barang lalu meletakkannya di bawah pohon itu. Ibu pula mula menyusun atur barang dan membuka bekalan yang dibawa.

 10.00 pagi.

Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di kawasan gigi air sahaja. Sementara itu ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai langkah berjaga-jaga. Selepas puas bermandi-manda, kami naik ke pantai dan membina istana pasir bersama-sama.

12.15 tengah hari.

Setelah lebih dua jam kami bermandi-manda dan membina istana pasir, kami dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera dengan bekalan yang dibawa. Kami makan dengan amat berselera sekali, maklumlah masing-masing sudah kelaparan dan makanan yang ibu sediakan pula enak-enak belaka. Sambil itu, kami menikmati suasana nyaman pantai Port Dickson dan melihat gelagat orang ramai yang ada di situ.

 3.00 petang.

Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira dan puas dapat berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa kami berkelah di pantai Port Dickson lagi pada cuti yang akan datang atau jika ada kelapangan pada masa lain.

Baca seterusnya...

Thursday, November 6, 2014

Karangan Faedah-faedah Membaca

KARANGAN : FAEDAH MEMBACA
Faedah-faedah Amalan Membaca

Membaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak kelebihan dan manfaat.

 Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita senantiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.

 Amalan suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya kita boleh membaca buku-buku cerita, novel dan makalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.

 Di samping itu, amalan suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita suka membaca buku-buku tentang sains dan sejarah yang boleh kita dapati di perpustakaan. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan juga sejarah boleh ditingkatkan dan sekaligus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.

Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, "Membaca Jambatan Ilmu".

Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA