BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Friday, November 7, 2014

CONTOH KARANGAN CATATAN

KARANGAN : CATATAN PERKELAHAN

Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan. Tuliskan sebuah catatan tentang perkelahan tersebut.

 Ahad , 25 Mac 2013.

 7.00 pagi

Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini disebabkan adik-beradikku sibuk membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ayah dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa.

8.15 pagi.

Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota Avanza. Perjalanan ke Port Dickson mengambil masa selama satu jam setengah . Ketika kami sampai, orang ramai sudah membanjiri pantai Port Dickson.

 9.45 pagi.

Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh di bawah sebatang pokok yang rendang. Aku, abang dan adikku pula membantu ibu mengangkat barang-barang lalu meletakkannya di bawah pohon itu. Ibu pula mula menyusun atur barang dan membuka bekalan yang dibawa.

 10.00 pagi.

Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di kawasan gigi air sahaja. Sementara itu ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai langkah berjaga-jaga. Selepas puas bermandi-manda, kami naik ke pantai dan membina istana pasir bersama-sama.

12.15 tengah hari.

Setelah lebih dua jam kami bermandi-manda dan membina istana pasir, kami dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera dengan bekalan yang dibawa. Kami makan dengan amat berselera sekali, maklumlah masing-masing sudah kelaparan dan makanan yang ibu sediakan pula enak-enak belaka. Sambil itu, kami menikmati suasana nyaman pantai Port Dickson dan melihat gelagat orang ramai yang ada di situ.

 3.00 petang.

Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira dan puas dapat berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa kami berkelah di pantai Port Dickson lagi pada cuti yang akan datang atau jika ada kelapangan pada masa lain.

Baca seterusnya...

Thursday, November 6, 2014

Karangan Faedah-faedah Membaca

KARANGAN : FAEDAH MEMBACA
Faedah-faedah Amalan Membaca

Membaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak kelebihan dan manfaat.

 Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita senantiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.

 Amalan suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya kita boleh membaca buku-buku cerita, novel dan makalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.

 Di samping itu, amalan suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita suka membaca buku-buku tentang sains dan sejarah yang boleh kita dapati di perpustakaan. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan juga sejarah boleh ditingkatkan dan sekaligus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.

Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, "Membaca Jambatan Ilmu".

Baca seterusnya...

Thursday, October 30, 2014

PERIBAHASA MELAYU


 Peribahasa
Anak kuda bulu kasap.

 Takrif
 Anak muda yang riang gembira.
 bulu kasap = bulu yang tidak licin.

 Sumber Kamus Istimewa Peribahasa Melayu




Peribahasa
Bagai menghitung bulu kambing.

Takrif
Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membandarkan air ke bukit).

Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa
 Terlayang-layang bagai bulu sehelai.

Takrif
Hidup melarat tanpa tempat perlindungan.

 Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

 Peribahasa
Anak ayam kebasahan bulu.

Takrif
Gelisah resah; menjijikkan.

 Sumber
 Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Baca seterusnya...

Tuesday, October 28, 2014

PROGRAM SELEPAS UPSR

Program Mari Belajar Memasak merupakan salah satu program yang diadakan untuk murid-murid tahun 6 sekolah ini selepas mereka selesai menduduki peperiksaan UPSR.

Dalam program kali ini, murid-murid tahun 6 telah diajar cara memasak mi goreng oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu iaitu Tuan Haji Nasir bin Samsuri.

l








Baca seterusnya...

Sunday, October 19, 2014

KEM HARI KOKURIKULUM 2014


Tarikh : 18 dan 19 Oktober 2014
Tempat : SKPHT                            
Kem Komandan : Encik Khairudin bin Ibrahim



















Baca seterusnya...

Wednesday, September 24, 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PERAK 2014




Sila rujuk dalam makluman di bawah.



Baca seterusnya...

Peperiksaan Ulangan Matematik dan Bahasa Tamil bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)



PUTRAJAYA 22 Sept. - Kementerian Pendidikan hari ini mengesahkan kertas ujian Matematik dan Bahasa Tamil bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diambil pada 10 September lalu dibatalkan selepas disahkan berlaku kebocoran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, berikutan itu semua murid terbabit perlu menduduki semula kertas ujian Matematik dan Bahasa Tamil pada 9 Oktober depan.
Beliau berkata, langkah melaksanakan semula ujian tersebut terpaksa dilakukan bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR.

"Semalam Lembaga Peperiksaan mengesahkan kertas ujian Matematik 015/1 (Sekolah Kebangsaan), 025/1 (sekolah jenis kebangsaan Cina), 035/1 (sekolah jenis kebangsaan Tamil), Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR 2014 telah didapati bocor.

"Sehubungan itu, pihak Lembaga Peperiksaan telah memaklumkan bahawa semua kertas terbabit dibatalkan dan tarikh baharu ujian ditetapkan pada 9 Oktober ini setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik seperti percetakan dan pengedaran," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas mengenai pembatalan kertas mata pelajaran Matematik dan Bahasa Tamil UPSR 2014 di Bangunan Kementerian Pendidikan, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad.
Semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pegawai Lembaga Peperiksaan yang mendakwa kertas ujian Matematik dan Bahasa Tamil juga bocor selepas insiden sama berlaku terhadap kertas Bahasa Inggeris dan Sains.

Menurut Khair, sebagai langkah serta-merta pihaknya juga sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam.

Sementara itu, beliau turut memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak berikutan insiden kebocoran empat kertas UPSR tersebut.
Khair berkata, beliau amat memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua pihak terlibat.

Katanya, arahan juga telah dikeluarkan kepada semua guru besar dan guru untuk mengenal pasti serta memberi khidmat kaunseling kepada murid yang memerlukan.
"Selaku Ketua Pengarah Pelajaran, saya memohon maaf kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat ekoran insiden ini.

"Dengan ini saya telah pun mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September lalu," katanya.

Baca seterusnya...

Tuesday, September 23, 2014

JADUAL PEPERIKSAAN ULANGAN UPSR 2014





jadual-upsr-2014


Jadual UPSR 2014 Peperiksaan Ulangan 30 September 2014 (Selasa)
  • Sains: Kertas subjek Sains kod 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT)
  • Bahasa Inggeris: kod subjek 014/1 dan 014/2 Bagi Sekolah Kebangsaan sahaja. Sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tidak terlibat dalam peperiksaan ulangan subjek Bahasa Inggeris kerana soalan tidak bocor.
Jadual Lengkap UPSR 2014 Peperiksaan Ulangan 30 September 2014 (Selasa)
Jadual Waktu UPSR 2014 Ulangan BI Dan Sains

Muat turun jadual : KLIK SINI

Baca seterusnya...

Thursday, September 11, 2014

SOALAN PEPERIKSAAN UPSR BOCOR

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan mengumumkan kertas Sains 018, 028 dan 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di sini hari ini memberitahu, peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan ke 30 September ini.
Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).

Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

"Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," kata kenyataan itu.
Sebanyak 473,175 calon menduduki UPSR bermula semalam sehingga esok.

Berdasarkan jadual peperiksaan UPSR, kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik Kertas 2 dijalankan semalam manakala hari ini Matematik Kertas 1, Bahasa Tamil Pemahaman, Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan.

Esok, peperiksaan bagi subjek Sains sebelum penangguhan, sepatutnya dijalankan dari pukul 8.15 pagi hingga 9.30 pagi. Berjalan mengikut jadual esok ialah peperiksaan bagi kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 dan Bahasa Inggeris Kertas 2 serta Aptitud Tahun Enam.

Baca seterusnya...

Friday, August 22, 2014

Sambutan Aidil Fitri 2014






Sambutan  Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini telah diadakan pada hari Jumaat 15 Ogos yang lalu.Pada  hari tersebut juga semua guru bergotong -royong memasak untuk hidangan makanan murid-murid.  Antara  menu yang dimasak oleh guru ialah bihun sup dan ketupat.                     




Baca seterusnya...

Wednesday, August 20, 2014

Sumbangan Persekolahan PPB Group Berhad

Sumbangan persekolahan oleh syarikat PPB Group Berhad iaitu sepasang kasut sekolah kepada 61 orang murid sekolah ini telah diadakan pada 20 Ogos bertempat di dewan sekolah.
Tiga orang wakil syarikat tersebut telah datang untuk majlis tersebut. Turut serta ialah En. Zulkifli sebagai wakil PPD Kerian.
Terima kasih diucapkan kepada PPB Group Berhad.
















Baca seterusnya...

Friday, July 18, 2014

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Terhempas ditembak


 http://www.utusan.com.my/pix/2014/0718/Utusan_Malaysia/Kartun/sk_01.1.jpg

KIEV, Ukraine 17 Julai - Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas, dipercayai ditembak pelancar peluru berpandu di pekan Shakhtarsk di timur negara ini lewat petang ini.
Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko dalam akaun Facebooknya berkata, pesawat MAS itu terbang pada ketinggian 10,000 meter dan dipercayai ditembak dengan peluru berpandu yang dilancarkan daripada pelancar Buk.
Pelancar serupa pernah dilihat oleh wartawan Associated Press dekat bandar Snizhne di timur Ukraine awal hari ini.

Sementara itu, MAS dalam kenyataannya mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.
Menurut MAS, pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi esok waktu Malaysia.

MAS dalam Twitternya berkata, syarikat penerbangan itu 'gagal berhubung dengan pesawat MH17' ketika berada di ruang udara Ukraine.

Pesawat itu kali terakhir dikesan berada di ruang udara Ukraine, wilayah yang kini bergolak sejak beberapa bulan lalu akibat campur tangan Rusia dalam konflik politik di negara tersebut.
Malah dalam perkembangan terbaharu hari ini, Rusia didakwa menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Ukraine SU25 di timur negara itu bagaimanapun dinafikan Kementerian Pertahanan Rusia.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesej Twitternya berkata, beliau terkejut dengan laporan kejadian itu.
"Kita akan menyiasat dengan segera kejadian tersebut," katanya.
Ini adalah kejadian kedua yang menimpa pesawat MAS dalam tempoh 132 hari selepas insiden kehilangan pesawat MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Pesawat yang membawa 239 penumpang itu sehingga kini tidak diketahui nasibnya walaupun operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran membabitkan pelbagai negara dan aset canggih dilakukan.

Baca seterusnya...

Saturday, July 5, 2014

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 2014

Kadar bayaran zakat fitrah 2014


Baca seterusnya...

Thursday, July 3, 2014

Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2014

Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2014








Muat turun borang penyertaan di sini
Muat turun syarat penyertaan di sini



Baca seterusnya...

Saturday, June 21, 2014

Panduan Ibu Bapa Menyemak Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014



Ibu bapa boleh mengakses Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS, untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak masing-masing secara atas talian.

Klik di sini untuk masuk ke laman tersebut. 
Pada laman tersebut, ibu bapa akan melihat ruangan MENU yang disediakan. 
Ibu bapa perlu klik ikon SEMAKAN IBUBAPA
Ibu bapa akan dibawa ke laman Log In yang mana ibu bapa perlu memasukkan No KP/Sijil Lahir, klik Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan tahun 2014. Seterusnya, klik Semak Laporan
Untuk lebih mudah, klik saja pada pautan ini 

Baca seterusnya...

Friday, June 20, 2014

Jadual Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Kerian 2014

Baca seterusnya...

Thursday, June 19, 2014

Apa Itu Dropbox ?

https://www.pingone.com/lp/images/dropbox-logo_stacked_2.png


Apa itu Dropbox ?

Secara ringkasnya, Dropbox merupakan satu perisian atau software percuma (basic), yang bertindak macam "poket doraemon".. iaitu tempat untuk anda simpan barang.. kenapa saya cakap macam poket doraemon, sebab kalau anda install software ni di dalam komputer atau laptop atau smart phone, anda boleh view file yang anda simpan dalam tu.. contoh, saya masukkan folder gambar hari sukan  dalam Dropbox tu di komputer rumah.. dan saya balik kampung dengan sebuah laptop yang saya sudah ada Dropbox, saya boleh kongsikan gambar tersebut dengan keluarga di kampung, tanpa perlu membawa salinan bersama..

Dropbox juga boleh digunakan jika anda nak share folder dalam Dropbox anda dengan kawan-kawan anda.. sebab nak send file yang 64MB guna email, memang tak lepas.. nak sewa server.. server mahal pulak, semata-mata nak guna untuk share folder je..

Baca seterusnya...

Wednesday, June 18, 2014

Tatacara Memotong Kuku (mengikut sunnah Rasulullah)




Sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis, Jumaat

Baca seterusnya...

Monday, June 2, 2014

TATACARA PEMAKAIAN SEBAGAI MENGHORMATI KEMANGKATAN ALMARHUM DYMM SULTAN AZLAN SHAH


Baca seterusnya...

Thursday, May 29, 2014

SENARAI COKLAT DI LANGKAWI YANG MENGANDUNGI DNA KHINZIR



 Senarai jenama coklat di Langkawi yang ada DNA Khinzir (Porcine) tersebar. Menerusi laman sosial, kini tersebarnya beberapa produk coklat yang mudah didapati dari Langkawi mengandungi lemak khinzir disamping tiada logo halal JAKIM.


Seperti sedia maklum, Langkawi merupakan daerah bebas cukai dimana orang ramai atau pengunjung memborong coklat pada kadar harga yang rendah.


Antara coklat tersebut adalah Coklat Jenama Frey, Whittaker’s, Hershey’s, Mars.





















SUMBER : KLIK SINI










Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA