BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Thursday, September 11, 2014

SOALAN PEPERIKSAAN UPSR BOCOR

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan mengumumkan kertas Sains 018, 028 dan 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di sini hari ini memberitahu, peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan ke 30 September ini.
Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).

Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

"Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," kata kenyataan itu.
Sebanyak 473,175 calon menduduki UPSR bermula semalam sehingga esok.

Berdasarkan jadual peperiksaan UPSR, kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik Kertas 2 dijalankan semalam manakala hari ini Matematik Kertas 1, Bahasa Tamil Pemahaman, Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan.

Esok, peperiksaan bagi subjek Sains sebelum penangguhan, sepatutnya dijalankan dari pukul 8.15 pagi hingga 9.30 pagi. Berjalan mengikut jadual esok ialah peperiksaan bagi kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 dan Bahasa Inggeris Kertas 2 serta Aptitud Tahun Enam.

0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA