BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Friday, October 30, 2009

Syed Othman bin Syed Omar ( Sasterawan Negara )



Syed Othman bin Syed Omar (13 November 1939 - 31 Julai 2008) atau lebih dikenali sebagai S Othman Kelantan serupakan salah seorang sasterawan negara Malaysia. S. Othman Kelantan telah dilahirkan pada 13 November 1939 di Kelantan Darul Naim. Beliau mula menulis sejak tahun 1953. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan. Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen. Antara novel beliau yang terkenal ialah Angin Timur Laut (1969), Juara (1976), Wajah Seorang Wanita (1990) dan Nagogho Astana (1997). Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia dan Cina. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995.
Dr. Syed Othman pernah menjadi guru (1952-1979). Tutor Bahasa Melayu USM pada tahun 1980-1983, pensyarah di UKM (1983-1996) dengan jawatan akhirnya sebagai Profesor Madya dan Karyawan/Pensyarah Tamu di Universiti Malaya (1997-1999). Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Kini beliau merupakan pensyarah di Institut Pujangga (Francais UUM) di Seri Kembangan, Selangor. Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahkan S.E.A Write Award pada tahun 1990.

Biodata
S OTHMAN KELANTAN atau nama sebenarnya Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.
Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Setelah lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ATMA.
Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute (Francais UUM).

S Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S Othman telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja.
Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian.

Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina.

Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan.

Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan.

Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa).

Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003). Ketika menerima anugerah sasterawan negara dari Yang di-Pertuan Agong, Arwah S Othman Kelantan juga telah mengkritik keras pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan pada ketika itu.

Beliau meninggal pada 11.45 malam 31 Julai 2008 di Hospital Serdang kerana kerumitan serangan sakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Serdang selama dua minggu akibatsakit jantung, paru-paru berair dan juga tekanan darah rendah. Jenazah beliau disimpan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, Selangor

Baca seterusnya...

Wednesday, October 28, 2009

FAIL KUASA / FAIL MEJA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM)


Untuk lain-lain koleksi download sila klik di sini

Baca seterusnya...

Rahsia di Sebalik Warna


Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.

Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.



Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Baca seterusnya...

Tuesday, October 27, 2009

CONTOH KARANGAN/ PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR

- KARANGAN BERITA
- Keracunan Makanan
- Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri
- Lemas di bawa arus

-KARANGAN LAPORAN
- Lawatan ke Melaka
- Aktiviti membersihkan rumah orang tua-tua
- Laporan hari keluarga

-KARABNGAN SYARAHAN
- Hidup Sepakat Membawa Berkat
- Perlunya Para pelajar Menghormati Guru
- Cara -cara Melaksanakan Amalan Berjimat Cermat

-KARANGAN CATATAN
- Lawatan Sambil Belajar
- Kem Motivasi

-KARANGAN PERBINCANGAN
- Kebaikan Psar Malam
- Kesan Penyalahgunaan Dadah

-KARANGAN UCAPAN
- Majlis Ramah Mesra
- Pentingnya Air

-KARANGAN FAKTA
- Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum
- Cara-cara Menghargai Jasa Ibu Bapa
- Kebaikan Bergotong-royong

-KARANGAN DIALOG

-SURAT KIRIMAN RASMI
- Masalah Air
- Kebenaran Menggunakan Dewan

-SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
- Cerita Suasana Hari Kantin
- Kebenaran Menyertai Ekspedidi
- Pengalaman Pindah Rumah

SILA KLIK PADA JENIS KARANGAN DALAM KOTAK DI BAWAH UNTUK DOWNLOAD


Baca seterusnya...

KOLEKSI LAGU KANAK-KANAK PRA SEKOLAH

Klik pada lagu dalam kotak untuk download

Untuk lain-lain koleksi lagu sila klik SINI



Baca seterusnya...

Monday, October 26, 2009

Senarai Pusat Sumber Malaysia di Luar Negara


UNIVERSITI OHIO

Pusat Sumber Malaysia di Perpustakaan Universiti Ohio ditubuhkan bagi meyokong Kerusi Tun Razak yang diwujudkan di Universiti berkenaan. Pusat Sumber bertujuan untuk menyediakan maklumat dan bahan rujukan bagi kegunaan penyelidik-penyelidik, penuntut-penuntut, syarikat-syarikat dan orang awam di Universiti berkenaan mahupun dari Amerika Syarikat yang ingin membuat kajian mengenai Malaysia.

Pendedahan pada maklumat mengenai Malaysia ini akan memberi kesempatan yang baik kepada masyarakat di Amerika Syarikat untuk mengenali Malaysia secara lebih dekat lagi. Ianya juga dapat membantu membetulkan segala pandangan berat sebelah dan anggapan salah mengenai Malaysia yang sering ditimbulkan dalam media massa asing.

Dalam pelaksanaan program ini Perpustakaan Negara Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan peruntukan bagi perolehan bahan perpustakaan khususnya bahan-bahan buku Pusat Sumber Malaysia di Ohio.


KITLV / PUSAT SUMBER MALAYSIA DI UNIVERSITI LEIDEN

Pusat Sumber Malaysia di Koninklijk Instituut voor de Taal-Lan-en Volkenkunde (KITLV) atau lebih dikenali sebagai Institut DiRaja Linguistik dan Antropologi Hindia Timur Belanda telah ditubuhkan dengan hasrat untuk mempromosikan Malaysia dan pendidikan Bahasa Melayu di Eropah. Ia juga bertujuan untuk menyokong aktiviti penyelidikan para siswa-siswa di Eropah dengan menyediakan maklumat-maklumat khusus, bahan bacaan dan pengetahuan serta lain-lain sumber rujukan am tentang Malaysia dan bahasa Melayu. Pusat ini juga ditubuhkan untuk menyokong pengajian Bahasa Melayu di Universiti Leiden.


UNIVERSITI VICTORIA

Pusat Sumber Malaysia di Wellington telah ditubuhkan di Universiti Victoria, Wellington, New Zealand pada tahun 1999. Pusat Sumber ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada fungsi Kerusi Pengajian Melayu di Universiti Victoria yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada Mac 1996. Perpustakaan Negara Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk membekalkan bahan rujukan bersesuaian yang diterbitkan di Malaysia untuk rujukan para penyelidik dan juga mereka yang berminat dalam membuat kajian mengenai Malaysia. Ini akan dapat membantu mereka mendapatkan ilmu dan maklumat dari sumber rujukan berdasarkan perspektif orang Malaysia dan tidak hanya bergantung kepada sumber rujukan yang disediakan oleh orang asing.

Baca seterusnya...

Saturday, October 24, 2009

GEMPA DI PADANG DAN SURAH AL-QURAN

Gempa Bumi : Nombor Surah & bilangan ayat dlm al-quran tentang bencana alam bertepatan dengan waktu dan masa gempa bumi di Indonesia.



Hanya Allah SWT yg saja Mengetahuinya Salam w.b.t Waktu2 gempa di indonesia : di Tasik jam 15:04 , (Surah Al Hijr,surah ke 15,ayat keempat) "Dan kami tidak membinasakan suatu negeri,melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya" di Padang(gempa pertama) 17:16 , (Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat ke 16) "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri,maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu(agar mentaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam negeri itu,maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan(hukuman kami) kemudian Kami binasakan sama sekali(negeri itu)" di Padang(gempa kedua) 17:58 ,(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat 58) "Dan tidak ada suatu negeri pun(yang derhaka penduduknya),melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa(penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab Luh Mahfuz" gempa di Jampi (ke esokkannya dr padang) 08:52... (Surah Al-Anfal,surah ke 8 ayat 52) "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka.Mereka mengingkari ayat-ayat Allah,maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sungguh Allah Maha Kuat lagi keras siksaNya" Wallahua'lam

Baca seterusnya...

Friday, October 23, 2009

BAJET / BELANJAWAN 2010


Peruntukan lebih RM30 bilion untuk pendidikan rendah dan menengah


BAJET 2010: Peruntukan lebih RM30 bilion untuk pendidikan rendah dan menengah, antaranya, untuk bantuan pelajar dan biasiswa, pembinaan 80 buah sekolah baru sekolah kebangsaan rendah dan menengah, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta sekolah mubaligh.

Peruntukan RM1.1 billion untuk mengubahsuai dan naik taraf sekolah di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak - Bernama

RM3.7bilion untuk tingkat tahap keamanan negara


Untuk memastikan suasana tenteram dan selamat, RM3.7 bilion disediakan untuk mempertingkatkan lagi kecekapan anggota keselamatan termasuk kelengkapan canggih, RM1 bilion untuk polis tahun depan termasuk untuk menyediakan balai polis bergerak di 50 “hot spots”, meningkatkan kecekapan 3,000 anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam dan melaksanakan program integrasi polis dalam komuniti.


Sejumlah RM1.9 bilion diperuntukkan bagi mengingkatkan kelengkapan anggota tentera serta membina dan menaik taraf pos kawalan manakala RM622 juta disediakan untuk Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia - Bajet 2010. - Bernama

Klinik 1Malaysia diperkenal


Klinik kesihatan komuniti 1Malaysia akan diperkenalkan di bandar tahun depan di kawasan perumahan dan dikendalikan oleh pembantu pegawai perubatan dan dibuka setiap hari untuk rawatan sakit biasa seperti demam, batuk dan selsema.

Sebagai permulaan, sebanyak 50 buah klink akan dibuka dengan peruntukan RM10 juta - Bajet 2010. - Bernama


Pelepasan cukai caruman KWSP, premium insurans hayat dinaikkan


Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan kepada RM7,000 bagi pelepasan ke atas premium anuiti yang mula dibayar pada 1 Jan. 2010 untuk tujuan persaraan yang ditawarkan syarikat insurans.

Kadar potongan caruman pekerja KWSP dinaik semula ke kadar 11 peratus secara sukarela dengan serta merta dan dikekalkan pada kadar itu mulai 1 Jan. 2011. - Bernama

Baca seterusnya...

Thursday, October 22, 2009

BLOGGER TERTUA DUNIA MENINGGAL

Pernahkah anda terfikir, siapakah blogger tertua di dunia ? Jika anda ingin berkenalan dengannya, anda sudah terlewat.Ini adalah kerana beliau telah meninggal dunia baru-baru ini.Siapakah pengganti beliau...mungkin juga anda...



Baca seterusnya...

Monday, October 19, 2009

Dajjal Negeri Samirah



DAJJAL Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan menjadi sebuah negara besar. Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani lsrail warisan Nabi Sulaiman.

Ini berdasarkan masa kelahiran Nabi Musa, kira-kira satu abad sebelumnya. Seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza, setelah 31 tahun berkahwin, lahirlah seorang anak yang paling membahayakan kedua orang tuanya, sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga.’ Keluarga Dajjal, ayah, ibu dan abang-abangnya adalah penyembah berhala. DuIu, mereka menyembah sebuah berhala berbentuk seperti lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan sekadar patung Iembu betina, ia adalah syaitan durjana yang menyerupai dirinya seperti patung lembu betina itu.

Mereka menyembelih binatang untuk dikorbankan kepada berhala. Yang sebenarnya dipersembahkan kepada syaitan, berserta minuman arak yang dihulurkan setiap hari. Disamping itu mereka juga suka melakukan penghambaan atau persembahan dan ketaatan. Setiap pagi mereka lihat sisa-sisa dan apa yang mereka korbankan di tempat itu. Sangka mereka, itu adalah sebagai tanda bahawa Tuhan mereka merestui apa yang mereka Iakukan.

Permintaan kedua-dua orang tua Dajjal ialah agar mereka diberi anak lelaki. Akhirnya Allah s.w.t. pun menjadikan kehamilan keatas seorang wanita yang yang dilahirkan dari perbuatan zina antara mahram dengan seorang suami yang juga dilahirkan dan hasil perzinaan antara mahram. Sementara itu syaitan pun turut ikut masuk ke saluran kencing lelaki penyembah berhala setiap kali dia menggauli isterinya. Jadi Syaitan pun turut mencampuri isteri penyembah berhala itu bersama-sama suaminya. Bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh kedengkian dari jin, sebagaimana yang ditakdirkan oleh Allah. (Dalam buku lhdzaru aI-Maslkh adDajjal menyatakan Dajjal lahir dari hasil hubungan ketika ibunya sedang menstruasi, lalu terjadilah kehamilan sebagai pengaruh perbuatan Syaitan)

Pada malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin, ribut salji dan hujan lebat, pasangan suami isteri itu mendengar suara dari patung lembu betina liar yang memberitahu bahawa dia telah meredhai kedua-duanya. Bahkan, katanya dia memerintahkan malaikat untuk mengurniakan kepada mereka seorang anak. Tetapi jika kedua-duanya tidak memperbanyakkan ketaatan dan penyembahan berhala serta tidak banyak menumpahkan darah korban, maka dia akan menggantikan anak lelaki itu dengan anak perempuan. Apalagi, kedua-duanya pun sujud dan bersimpuh depan patung itu dengan penuh setia sambil menyatakan mereka mahukan sangat anak Ielaki. Patung syaitan itu menyuruh mereka menyembelih seekor lembu betina gemuk dan besar. Kemudian menyuruh diletakkan sembelihan itu di hadapan patung, dan selepas itu mereka berdua dilarang untuk masuk ke tempat itu sepanjang malam. Apa yang berlaku sebenarnya syaitan telah mempermainkan mereka berdua untuk melakukan apa saja menurut kehendak dan kemahuan Syaitan. Syaitan dapat melihat apa yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa. Sebab jin boleh melihat apa yang ada dalam jasad manusia, sehinggakan dia dapat melihat kandungan perempuan itu sejak awal Iagi. Namun begitu syaitan tidak tahu apa yang akan terjadi, Syaitan tidak tahu apakah anak itu perempuan atau lelaki tetapi dia tahu betapa besar kemahuan pasangan itu dengan kelahiran anak lelaki. Perempuan itu pun melahirkan anak Ielaki tetapi anak yang baru lahir itu cacat kedua-dua belah matanya sejak lahir. Bayi itu suka tidur malam dan siang serta amat jarang bangun untuk menghisap air susu ibunya yang berbadan besar.

lmam Ahmad meriwayalkan dalam Musnad, iaitu sebagaimana sabda Rasulullah mengenai keluarga Dajjal. “Ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya fardhakhiyyah, iaitu banyak daging dan berbadan gemuk. Kedua tangannya panjang dan kedua teleknya pun besar. Oleh kerana anaknya tidak disusui oleh ibunya susu, Ia bahkan dapat mengakibatkan keracunan yang berakhir dengan kematian. Jadi anak Ielaki itu sejak awal memang telah mendatangkan sial kepada ibunya. Paling anehnya, anak lelaki itu bertahun-lahun duduk diam dan hanya bergerak beberapa kali, sehinggakan orang tuanya menyangka dia lumpuh atau pun Tuhan mereka sudah murka. Maka mereka pun menyajikan berbagai jenis sajian sebagai tanda taat tetapi anak lelaki itu tetap seperti itu juga, tidak ada sebarang perubahan. Selama empat tahun sebelumnya dia belum pernah berjalan. Padahal orang tuanya telah memberikan air susu kambing serta berusaha untuk menggerak-gerakkan kedudukan anaknya. Anaknya itu hanya minum seteguk dua sahaja, kemudian terus tidur. Melihatkan anaknya dalam keadaan seperti itu, orangnya tidak pernah merasa tenang. Hatinya sentiasa tertanya-tanya apakah anaknya masih hidup. Mereka sering melelakkan tangan atau melekapkan telinga pada dada anaknya itu. Di dapati anaknya masih hidup.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.. “Kedua matanya tidur, tetapi hati tetap terjaga.” Pada satu malam tiba-tiba anaknya itu bergerak bangun, sementara orang tuanya sedang tidur. Dia cuba merangkak kemudian berdiri untuk berjalan dengan kedua kakinya. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan tanpa diketahui oleh kedua orang tuanya, seakan-akan ada roh lain yang menyusup ke dalam rohnya sambil memberitahu dan membantunya untuk berdiri dan berjalan. Sudah tentulah roh lain itu ialah Jin Syaitan (Jinni Mutasyaithan). Kedua-dua mata anak Ielaki itu cacat dan dia telah dirasuk oleh syaitan yang bersemayam dalam patung lembu. Syaitan itu memimpin kanak-kanak itu menghala ke patung Iembu betina. Kemudian dia ditinggalkan tidur di sisi patung tersebut. Apabila ayahnya bangun dia terus mendapatkan anaknya yang tertidur dipangkuan tuhan-tuhan patung lembu betina itu. Ayahnya cuba mencari apakah makna peristiwa yang terjadi itu tetapi tidak berjaya menafsirkannya. Lalu ayahnya itu tadi pun memanggil jiran-jiran tetapi jiran tidak mempercayai dengan peristwia itu, mereka menuduh ayahnya sendiri yang membawa anaknya itu dan meletakkannya dipangkuan tuhan-tuhan tersebut. Jiran-jiran itu tahu anaknya itu lumpuh dan hanya boleh duduk sahaja.

Walaubagaimana pun berita mengenai hal itu tetap tersebar. Bagi sesetengah orang yang mempercayainya datang berduyun-duyun ke rumahnya untuk melihat dari dekat akan kejadian aneh yang terjadi kepada budak lelaki itu. Dalam masa yang sama ada yang cuba mencari berkat dari budak itu. Namun, hakim-hakim yang ada di kawasan itu berasa tidak senang hati untuk menerima kebenaran kejadian itu dengan begitu saja. LaIu mereka pun membawa ayah anak itu ke hadapan hakim besar di kota yang kemudian memaksa ayahnya memberitahu apakah sebenarnya yang terjadi. Ayah menceritakan perkara sebenar tetapi hakim-hakim tidak mahu menerima kenyataannya, lalu ayahnya itu diperintah masuk penjara dan didera. Ketika di dalam penjara dia dipaksa membuat kenyataan bahawa tidak ada sesiapa yang harus dipatuhi kecuali hakim agung yang menguasai negeri tersebut. Setelah puas kena seksa maka dia pun terpaksa mengaku dan membuat pengumunan di hadapan hakim dan penduduk negeri bahawa tiada tuhan selain hakim dan bahawa tidak ada yang dapat memberi pertolongan atau mendatangkan bencana selain hakim.

Dengan pengakuan yang dia buat itu maka dia pun dikeluarkan dari penjara tetapi anaknya itu terpaksa dijaga di dalam istana dengan penuh perhatian dan tidak dibenarkan keluar dari istana hakim. Berita tentang keajaiban anak lelaki itu semakin tersebar luas sehinggakan heboh dan peristiwa itu disebut sebagai A’jubah as Samirah yang bermakna (Keajaiban Samirah) Hakim amat marah dengan peristiwa itu, dia tidak mahu menerima kenyataannya. Menurut hakim lagi, anak lelaki yang ajaib itu sebenarnya telah dirasuk syaitan. Berita itu pun disebar luas ke seluruh pelusuk dunia. Hakim tidak berdiam diri, dia pergi mencari dukun untuk mengeluarkan syaitan dari badan budak itu. Hampir semua tempat ke pelusuk negeri dan benua dicarinya bomoh, dukun serta tukang sihir untuk mengeluarkan rasukan syaitan dari anak lelaki itu. Kerana menurut hakim, syaitan itu akan menggoncangkan singgahsana atau ‘Arsy Tuhan. Apabila berita itu tersebar, suasana masyarakat pun menjadi kacau bilau dan kelam kabut. Tiba-tiba ada seorang yang berpura-pura sebagai ahli falsafah dari Samirah pun membuat pengumuman. Anak itu memang betul-betul keturunan Samiri. Dua huruf ra dan ha’ (dua huruf terakhir dari kata Samirah) Dulu ia membawa makna satu negeri iaitu negeri Syam kerana Sam bin Nuh as., adalah pendiri gerakan Samirah setelah terjadinya banjir besar. Ketika Sam masih kecil, dia tidak banyak bergerak sehingga datang malaikat yang kemudian mengajarnya bagaimana cara menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Syam.” Tetapi tidak ada seorang pun yang mahu percaya dengan kata-kata ahli falsafah itu. Sebaliknya dia pula dituduh orang gila. Hakim pula telah memberi arahan supaya kenyataan ahli falsafah itu tidak diperbualkan lagi oleh sesiapa pun. Barangsiapa yang cuba hendak bercakap tentang hal itu akan dihukum. Hakim pun membuat pengumunan anak itu diberi gelaran as-Samiri kerana berdasarkan negeri kelahirannya dan bukannya sebab-sebab lain. Ayah budak lelaki (Dajjal) itu pula kemudiannya mati kerana terlalu menderita, kematiannya itu dipanggil adz-dzabhah ash-shadriyyal aImutakarrarah yang bermakna (tekanan batin berlanjutan).

Ayahnya mati kerana watak anaknya itu sangat ganjil. Anak ajaib itu pun ditinggalkan dalam penjagaan dan pemeliharaan hakim diistananya. Setahun kemudian, iaiitu kelika berumur Iima tahun, anak itu pun mula berupaya bangun dan tidurnya, setelah bangun dia cuba berbual-bual dengan orang orang di sekeliling istana itu, tetapi perbualannya tengagap-gagap dan terputus-putus. Orang-orang istana pun cuba hendak mengubati penyakit buta di matanya tetapi doktor-doktor istana membuat kesimpulan bahawa penyakit atau cacat itu tidak akan dapat disembuhkan secara perubatan biasa kerana cacat itu nampaknya diciptakan oleh Yang Maha Kuasa.

Sebulan kemudian, ketika penduduk negeri itu sedang nyenyak tidur, tiba-tiba datang peringatan dari Tuhan. Peringatan dari Tuhan itu datang kerana penduduk negeri itu melakukan zina dan homoseksual, sebagai orang-orang Sadum dan Amurah. Siksaan yang Tuhan turunkan itu secara tiba-tiba tanpa diduga sama sekali. Allah telah memerintahkan malaikat Jibril untuk memasukkan penduduk negeri itu ke dalam bumi, sama seperti yang dilakukan kepada penduduk Sadum dan Amurah. Yang terselamat tinggal hanyalah seorang anak kecil (Dajjal) yang berada di istana itu. Jibril telah ditugaskan membawa anak itu ke suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang disebut Laut Yaman. Laut ini mempunyai peranan penting di masa akan datang. (Dari Laut Yaman inilah nanti terbentang jalan yang akan dilalui seorang saleh yang mempunyai peranan penting dalam memerangi Dajjal). Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi makan dan minum oleh malaikat itu tadi. Anak itu kembali seperti biasa, iaitu banyak tidur dan sedikit bergerak. Sementara itu Jibril kembali menghancurkan negeri yang penuh dengan kemaksiatan itu dan menebalikkan negeri itu sehinggakan bahagian atas negeri itu menjadi bawah. Maka selesailah seksaan Allah ke atas orang-orang kafir itu. Kemudian Jibril kembali membawa makanan untuk anak itu dari rezeki Allah dan demi menjalankan perintah Allah tanpa sebarang persoalan. Allah menyayangi anak itu dan berfirman kepada Jibril, ”Hai Jibril, anak itu adalah hambaKu. Tetapi di akhir zaman dia mengaku sebagai tuhan yang disembah di muka bumi. Aku akan mengutus orang yang akan menyiksanya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu masa tertentu yang tidak akan diingkari oleh hambaKu. Orang tersebut adalah seorang nabi yang diutus pada suatu masa dan dia menjadi wali, tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman. (Riwayat ini didapati dari seorang alim di negeri Yaman. Dia dikenali dengan nama Haidar bin Anif Billah Abdullah bin Salem bin Syari. Dia mempunyai banyak manuskrip mengerikan yang menurut katanya telah berusia ratusan tahun. Bahkan ada skripnya yang mempunyai asal-usul sejak 700 tahun sebelum Masehi. 0rang alim ini masih hidup dan berusia 110 tahun. Dia sendiri tidak mahu hidup di kota moden. Segenap hidupnya dihabiskan di khemah-khemah di padang pasir sahara bersame-sama empat orang isterinya. Isteri-isterinya jauh lebih muda dari dia, iaitu sekitar dua puluh hingga tiga puluh tahun. Dia masih kelihatan gagah. Ketika ditanya kepadanya tentang rahsia kegagahannya, dia menjawab bahawa dia tidak pernah meninggalkan sembahyang malam, tidak pernah meninggalkan sembahyang dan waktu yang ditentukan dan jarang memakan daging dan garam. Makanan yang paling banyak dimakannya ialah madu, kurma, susu dan air putih.)

Pulau yang didiami oleh anak itu dikenali dengan nama jazirah atstsu ‘ban ar-rahib we ad-dabbah al-halba yang bermakna pulau ular yang mengerikan dan haiwan berbulu tebal. Sebab menurut cerita tentang pulau itu, setiap orang yang hampir dan singgah di pulau itu pasti akan mati disengat oleh ular yang panjangnya beratus-ratus meter. Sementara haiwan berbulu tebal itu mempunyai lidah yang dapat bercakap-cakap dengan berbagai-bagai bahasa di muka bumi ini dan ia menguasai pulau itu. Ular itu adalah penjaganya dan buta matanya. Haiwan itulah yang mengarahkannya. Pulau itu sebenarnya kecil seperti sekumpulan batu yang membentuk satu petak bumi yang penuh dengan berbagai mata air yang segar airnya serta dikelilingi pokok pokok rendang yang saling berjalin. Pulau itu juga dipenuhi dengan sumber-sumber yang berfaedah seperli berbagai-bagai jenis bunga, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok epal berwarna kuning berbentuk aneh seperti kepala jin yang nampak indah dan tersusun rapi bukan seperti kepala syaitan yang hodoh. lklim pulau itu memang selamanya sejuk dan selalu turun hujan. Pulau itu terletak di Lautan Hindi dekat dengan negeri Yaman. Pulau yang didiami oleh anak ajaib itu nampak jauh dan terpisah dari pulau-pulau yang jumlahnya banyak. Bahkan dari jauh pulau itu nampak seperti sebuah bintang yang terlepas dari gugusan bintang lain, atau bagai sebuah bulan yang terlepas dari edarannya yang penuh dengan planet-planet lain. Ia menjadi sesuatu yang asing dan ganjil kenana ia telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Walaupun anak itu dikunjungi dan diawasi oleh Jibril siang dan malam, namun anak itu tidak tahu. Kerana sebagai manusia biasa dia tidak dapat melihat malaikat Jibril itu, kecualilah dengan perkenan Allah s.w.t. Disamping itu anak itu pula asyik tidur seperti penghuni gua.

Pada satu hari ketika umur anak itu telah mencapai lapan tahun, kedua-dua matanya mula terbuka diiringi dengan kesedaran hatinya. Sesudah itu, dia tidak lagi banyak tidur. Dia hanya tidur sekejap sahaja. Pada mulanya, setiap kali terjaga dari tidur dia akan mendapatkan makanan dan minuman segar yang berada di sisinya, sehingga habis makanan dan minuman itu, dia kembali tidur semula. Diwaktu ini, dia sudah mampu berdiri, bergerak, dan berfikir. Malah dia mampu menangkap ikan dalam air dengan petunjuk bisikan suara yang terdengar dengan jelas di telinganya dan dia boleh faham maksud seruan itu dengan jelas. “Buatlah seperti begini supaya kami menjadi begini,” kala bisikan malaikat Jibril kepada anak itu. Anak kecil itu pun berjalan jalan mengelilingi sekilar pulau yang dia tinggal itu, dia rasa kagum dan terasing serta sentiasa berwaspada. Dia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh hati-hati. Pulau itu dipenuhi dengan berbagai jenis burung dan binatang. Tidak ada satu binatang buas dan ganas di pulau itu selain dari beberapa ekor ular yang merayap dari Iautan yang menuju ke sana.

Satu hari ketika sedang merayau-rayau itu dia dikejutkan oleh seekor binatang yang sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai dua mata yang menonjol seperti mata lembu. Tiba-tiba binatang itu bercakap dengan bahasa yang dia boleh faham. Binatang itu berkata, "Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah dilanda malapetaka. Engkau dibawa oleh malaikat Jibril ke sini. Malaikat itulah yang menjaga makan dan minum engkau. Oleh itu janganlah engkau mengkhianati janji mu dengan Allah. Sebab pada hati setiap anak Adam telah tertanam ketaatan kepada Allah dan beriman kepada Nya selama mereka masih berada dalam fitrah kesuciannya. Kerananya engkau menjadi Muslim dan Mukim yang yakin dan taat kepada Tuhan Pencipta alam ini. Dialah Tuhan yang Maha Esa.” Kemudian binatang besar itu pun memberi isyarat kepadanya supaya mengikutnya ke arah sebuah batu. Di batu itu tertera tulisan dalam bahasa Arab. Binatang itu mengajarnya huruf demi huruf dan dia pun mengikutnya. Kemudian binatang itu pun memberi isyarat kepadanya untuk mengikutnya kepada berbagai permukaan batu lagi. Di batu-batu itu tertulis kata-kata: Batu pertama: La ilaha illallah (Tiada luhan selain Allah) Batu kedua: “Allahu Wahid La Syarika lahu (Allah Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya) Batu ketiga: “Engkau dijaga dan diurus oleh Jibril. OIeh itu janganlah kamu mengkhianati janjimu dengan Allah.” Batu keempat: “Hanya engkau saja di pulau ini.” Batu kelima: “Makanlah den nikmatilah makanan dari rezeki Allah ini yang sesuai dengan keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesukamu. Sembahlah Allah dalam berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keesaan kepada Nya, yakni solat yang diwajibkan kepadamu. Allahlah raja, Allahlah Maha Esa. Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allah lah Tuhan yang Maha Besar. Allah lah yang Maha Agung.” Batu Keenam: “Jadilah engkau anak masa kini, wahai anak kecil. Janganlah engkau menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun.” Batu Ketujuh: “Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang dibawa kepadamu oleh seorang Nabi terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. yang datang menjelang akhir zaman. Jika engkau beriman kepadanya maka engkau adalah manusia masa depan yang beriman dan mempunyai keyakinan kepada Allah. Tetapi jika engkau engkar kepadaNya maka engkau adalah manusia depan yang dijanjikan akan mendapat seksaan Allah. Sesungguhnya engkau berada di antara dua nabi yang berserah diri kepada Allah dan sebenarnya semua nabi berserah kepada Allah. Jika engkau beriman dan yakin kepada apa yang kami imani dan yakini, maka Allah akan memudahkan kamu untuk mengimani penutup para nabi yang terdahulu dan pengganti nabi yang telah wafat. Dia bernama Muhammad Al Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul di tengeh-tengah kaum yang buta huruf. Dia berhijrah ke tempat yang banyak ditumbuhi pokok kurma dan yang banyak mata air dan perigi dengan tanah yang subur. Jika engkau mendustakan nabi yang mendahului Muhammad maka Alla! h akan menutup hatimu dengan tabir kain yang hitam. Hatimu menjadi hitam terkena sedikit warna putih dan condong kepada keburukan bagaikan kendi yang penuh dengan lumpur di atas cermin terang. Akibatnya, hatimu tidak dapat melihat cahaya dan akalmu hanya melihat dirimu sendiri saja seperti lblis. Semoga laknat Allah ditimpakan atasnya, yang mendiami Segitiga Bermuda yang lama itu dan engkau pun menjadi teman karibnya. Betapa buruk seseorang yang ditemani makhluk terkutuk dan dijauhkan dari rahmat Allah s.w.t. yang dibiarkan saja sampai suatu masa di suatu negeri, iaitu di suatu lautan yang penuh hembusan angin kelak ketika Allah tidak lagi menyayangi orang-orang yang terusir dari rahmat Nya. Jadilah engkau, wahai anak istimewa yang dijagai dan dibimbing malaikat agung sebagai Mukmin yang mempercayai kewujudan Allah dan malaikatNya, serta RasulNya. Jika tidak, engkau berada di dalam bahaya dan dimasukkan kedalam penjara seribu tahun lamanya. Yang memperingatkan mu dan menggembirakanmu di dalam penjara adalah seorang Arab Mekah yang mendustakan Nabi yang jujur itu. Tempat hijrahnya adalah tanahtanah subur yang banyak ditumbuhi pokok kurma. Engkau akan berjasa pada hari ketika tiba musimnya memetik kurma di negeri tempat diisra’ dan dimi’rajkan Nabi dari bangsa Arab itu. Ada banyak air melimpah yang mengalir dan meresap ke dalam tanah di dataran tinggi dan di tanah Thabaniyyah. Haram atas dirimu memasuki kota Mekah yang dimuliakan Allah, Tuhan semesta alam. Engkau tidak boleh memasuki tanah mana pun yang subur kecuali tanah Uhud. Uhud adalah gunung yang mencintai Allah dan Allah pun mencintainya. Engkau juga tidak boleh masuk negeri Quds tempat isra’ dan mi’raj, Nabi yang paling akhir. Ini adalah ilmu Allah untukmu yang ditulis oleh Jibril, pembawa wahyu (amin al wahi) dan dia meninggalkan tulisan ini untukmu, disamping batu beser berupa cincin dari Jibril utusan Allah Tuhan semesta alam!’ Anak itu kemudian melihat di tepi batu besar ketujuh yang paling besar di antara batu-batu besar lainnya yang menjadi batu tulis. Di situ, dia terjumpa sepotong batu yang indah warnanya. Tanah berwarna seperti dakwah emas berkilat yang digunakan Jibril untuk menulis. Pada potongan batu itu tendapat peringatan Allah s.w.t. yang berbunyi. “Dan tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami mengutus seorang rasul (Al Isra 17:15) lni adalah sebuah tanda dan isyarat bahawa tanah tersebut bukan berasal dari pulau itu bahkan tanah itu bukan dari bumi manapun. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Dakwat itu berbaki kira-kira sebanyak sebelah tapak tangan anak itu. Meskipun begitu ukurannya tidak sama walau dengan tiga tapak tangan lelaki biasa kita.

Haiwan besar itu mula menerangkan makna tulisan itu dan diberitahu juga bahawa anak itu diberi kebebasan untuk memiIih haluan masa depannya. Apakah di masa akan datang dia mahu menjadi orang baik atau orang jahat. Jika dia menjadi orang baik, maka dia akan menjadi seorang lelaki biasa dan raja yang beruntung. Tetapi jika dia memilih menjadi orang jahat, maka dia akan menjadi seorang yang mengaku AKU SEBAGAI TUHAN yang berkuasa dengan kerajaan atau kekuasaan atas alam jin kafir dan syaitan dan mereka adalah makhluk ciptaan Allah. Dia akan menjadi raja yang menguasai alam manusia, sedang engkau termasuk salah satu di antara mereka. Dia akan memerintah tetapi hanya menjadi raja dalam waktu yang singkat sahaja. Apa akan terjadi kesudahannya hanya Allah saja yang tahu sebab segala sesuatu itu ditentukan olehnya. Dan tidak ada yang mengetahui kesudahan segala sesuatu kecuali Allah s.w.t. Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu. “Kalau begitu siapakah engkau sebenarnya? Apakah motif yang mendorongmu datang ke sini? Dan siapakah yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan sehingga engkau mampu bercakap seperti manusia?” Binatang itu menjawab.”Aku memang seekor binatang yang diciptakan dan diperintahkan untuk berbuat demikian dan sentiasa berada di sini bersamamu. Jibril, malaikat itu akan membawamu dari hutan di penghujung dunia nanti. Hanya engkau saja satu-satunya orang hidup dari suatu keturunan subur yang telah hancur. Aku juga bertugas menjaga dan memeliharamu ketika Jibril tidak ada. Aku diperintahkan untuk tinggal di pulau ini bersamamu sehingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini bersama dengan keluarnya engkau menuju pilihanmu.” Binatang itu memberitahu bahawa ia diperintah untuk bercakap memberitahunya. Kemudian setelah itu ia akan diam membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana lazimnya. Dia tidak akan bercakap untuk kali kedua kecuali jika masa keluarnya anak itu dari pulau tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat. Mungkin pada masa di antara itu, hanya terpulang kepada Allah untuk menentukannya. Mungkin aku mampu bercakap denganmu lagi. Sesuatu yang ghaib tidak dapat diketahui oleh semua makhlukh. Ketahuilah bahawa apa yang dikatakan sekarang ini adalah wasiat-wasiat dari malaikata Jibril itu. Selepas itu lidah binatang itu pun terdiam dan kembali seperti binatang semula. Ia bernama Jassasah yang bererti terus menerus memerhati untuk mencari maklumat dan memberitahukannya kepada anak itu.

Baca seterusnya...

Tuesday, October 13, 2009

PELUANG PENDAPATAN SAMPINGAN / TAMBAHAN UNTUK PARA BLOGGER



Adakah anda seorang blogger ? jika anda seorang blogger, mahukah anda jika saya berikan anda peluang untuk menjana pendapatan tambahan / sampingan ?
jika mahu sila baca sehingga selesai...

Program ini bukanlah program MLM atau jualan langsung dan bukan juga Skim CEPAT Kaya...juga bukan berbentuk piramid yang hanya menguntungkan mereka yang berada di atas.Skim ini berkonsep saling membantu dan untuk menambahkan pendapatan sampingan dan bukan untuk jadi kaya...bukan untuk jadi kaya..

Program ini merupakan :

SISTEM KUASARM YANG MUDAH DAN SENANG
MODAL YANG RENDAH RM 20
100% KEUNTUNGAN MILIK ANDA
TIDAK BANK IN KEPADA ADMIN
TIADA CAS PENGELUARAN
HANYA DENGAN KONSEP PROMOSI LINK ANDA

Untuk menjadi ahli, modal RM20 diperlukan, dan setelah menjadi ahli anda akan mendapat 17 ebook percuma seperti dibawah.

1. Cara Buat Ebook
2. Panduan Biz Internet
3. Software pencari email
4. Software bulk email sender
5. Senarai Email List
6. Cara Format Komputer
7. Panduan Membina Laman web
8. Panduan Buat Ebook Cover
9. Skrip Web Matrix
10. Skrip Level
11. Bukti Kebenaran Al-Quran
12. 1001 Kisah Teladan
13. Kisah Para Nabi dan Tokoh Islam
14. Himpunan Risalah Islam
15. Koleksi Hadith 40
16. Nabi Muhammad S.A.W
17. Kitab Riadhussolihin

Banyak bukan, tapi percayalah ianya semua diberikan percuma hanya dengan RM20 sahaja, Cuba bayangkan berapakah harga jika ebook tersebut dibeli daripada laman web lain? Dan keistimewaannya anda berpeluang menjana wang sampingan.

SISTEM SEMUDAH ABC
1. DAFTAR
2. BUAT BAYARAN RM20 KEPADA PENAJA ANDA
3. PROMOSI LINK PENAJAAN ANDA
4. TERIMA BAYARAN DARI AHLI BARU


Untuk maklumat seterusnya sila klik sini atau pada iklan di bawah


Baca seterusnya...

Sunday, October 11, 2009

PERISIAN/SOFTWARE PERCUMA - USB DISK EJEKTOR


A program that allows you to quickly remove USB devices in Windows. It was originally designed to remove only USB pen drives but will now eject any USB device. It can be run as a non-visual command line program or a normal gui program. Its very useful if you have a USB flash/pen drive, especially if you use a menu such as PStart or the Portable Apps launcher.



Baca seterusnya...

Saturday, October 10, 2009

TAKWIM BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009




1.1/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Negeri Melaka
Mydin MITC, Ayer Keroh
Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Ketua Menteri Melaka

2.1/10/2009
Gema Patriotisme
Mydin MITC, Ayer Keroh
Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Ketua Menteri Melaka

3.3/10/2009
Majlis Perasmian Ekspo BBK
Auditorium Blok J,
Kompleks Pelancongan Sarawak,
Kuching
Datuk Amar Abdul Rahman Zohari Tun Haji Openg,
Menteri Perumahan Sarawak

4.3-4/10/2009
Pementasan Monodrama Rebab Berbisik
Panggung Seni,
Taman Budaya Melaka,
Ayer Keroh
Exco dan Speaker DUN Melaka

5.3-4/10/2009
Pementasan Drama 10 Minit Bidan Ketujuh
Panggung Seni,
Taman Budaya Melaka,
Ayer Keroh
Exco dan Speaker DUN Melaka

6. 3-6/10/2009
Ekspo BBK
Kompleks Pelancongan Sarawak, Kuching

7.4-8/10/2009
Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan
Kukup Golf Resort, Pontian

8.5/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Negeri Johor
Plaza Angsana, Johor Bahru
Dato’ Abdul Ghani Othman
Menteri Besar Johor

9.5/10/2009
Perhimpunan BBK 2009
Setiap sekolah rendah/menengah seluruh Sabah
Pengetua/Guru Besar

10.6/10/2009
Majlis Pelancaran BBK 2009
Stadium Perpaduan, Kuching
Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin,
Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Pelajaran

11.6/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Negeri Kelantan
Kelantan Trade Centre, Kota Bharu
Dato’ Nik Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan

12.7/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Negeri Sabah
Dewan Masyarakat, Ranau
Datuk Seri Musa Aman,Ketua Menteri Sabah

13.7/10/2009
Malam Puisi Bambu
Dewan Masyarakat, Ranau
Datuk Seri Musa Aman,Ketua Menteri Sabah

14.7/10/2009
Pertandingan Berbalas Pantun IPG “Sirih Berlipat Pinang Berkacip” 2009 IPGM
Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching
Tan Sri Abdul Taib Mahmud,Ketua Menteri Sarawak

15.10/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur
Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin,Menteri Wilayah Persekutuan

16.12/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Negeri Pahang
Auditorium RTM Pahang, Kuantan
Dato’ Sri Adnan Yaakob,Menteri Besar Pahang

17.12/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Negeri Terengganu
Universiti Darul Iman,Kuala Terengganu
Dato’ Ahmad Said,Menteri Besar Terengganu

18.12/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Daerah Alor Gajah
Bukit Baru
Ahli DUN/Parlimen Alor Gajah

19.12/10/2009
Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri Melaka
Bukit Baru
Ahli DUN/Parlimen Alor Gajah

20.13/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Negeri Pulau Pinang
Dewan Budaya, USM
Tun Abdul Rahman Abbas,Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

21.13-14/10/09
Pementasan Teater Perdana Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Tawau
Datuk Seri Musa Aman,Ketua Menteri Sabah

22.14/10/2009
Seminar Sehari “Membaca Semula Novel Sepanjang Jalan”
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM

23.15/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Daerah Kota Tinggi
Sekolah Menengah Tun Habab, Kota Tinggi
Asiah Md. Ariff,Exco Kerajaan Johor

24.15/10/2009
Majlis Pelancaran Buku Meranduk Ranjau
Sekolah Menengah Tun Habab, Kota Tinggi
Asiah Md. Ariff,Exco Kerajaan Johor

25.15/10/2009
Pertandingan Pidato Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Wilayah Utara
Dewan Sekolah,Daerah Sanglang

26.17/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Daerah Mersing
Dewan Pertubuhan Peladang Mersing Utara, Endau
Dato’ Zainal Abidin Osman, Exco Kerajaan Johor

27.18/10/2009
Kenduri Bahasa dan Budaya
Dewan Masyarakat, Daerah Pendang
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Asmah Omar

28.19/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Negeri Kedah
Dewan IPGM, Kampus Darulaman
Dato’ Seri Azizan Abdul Razak,Menteri Besar Kedah

29.19/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Negeri Sembilan
Dewan Majlis Perbandaran Seremban, Seremban
Dato’ Seri Mohamad Hassan,Menteri Besar Negeri Sembilan

30.20/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Daerah Nusajaya
Perpustakaan Desa, Nusajaya
Datuk Abd. Aziz Sapian,ADUN Nusajaya

31.20/10/2009
Majlis Pelancaran Novel Berlabuh di Hujung Senja Perpustakaan Desa, Nusajaya
Datuk Abd. Aziz Sapian,ADUN Nusajaya

32.21/10/2009
Pertandingan Mari Bercerita
Sandakan
Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah

33.22/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Negeri Perlis Dewan Indera Kayangan,
IPGM Kampus Perlis
Dato’ Dr. Md. Isa Sabu,Menteri Besar Perlis

34.22/10/2009
Syarahan Tun Ahmadshah
Auditorium Kompleks Pejabat Persekutuan, Kota Kinabalu
Tun Ahmadshah Abdullah,Yang di-Pertua Negeri Sabah

35.23/10/2009
Majlis Syarahan Raja Ali Haji 2009
Dewan Seminar , Tingkat 2, Menara DBP
Prof. Diraja Ungku Aziz bin Ungku Abdul Hamid

36.23-24/10/ 2009
Pementasan Teater Negeri Johor Srikandi Tanah Jauhar
Auditorium RTM Johor, Johor Bahru
Exco Kerajaan Johor

37.27/10/2009
Majlis Pelancaran BBK Peringkat Negeri Perak
Dewan Bankuet,
Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Ipoh Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir,,Menteri Besar Perak

38.29/10/2009
Pertandingan Pidato Pencegahan Rasuah Prauniversiti Peringkat Kebangsaan
Hotel Vistana, Kuantan, Pahang
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz,Menteri di Jabatan Perdana Menteri

39.30/10/09-1/11/ 2009
Khemah Bahasa Pelbagai Kaum
Trolak Country Resort

40.31/10/2009
Sayembara Lagu Puisi Berkumpulan
Tenom
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah

41.31/10/2009
Hadiah Bahasa Pihak Berkuasa Tempatan
Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur
Dato’ Termuzi Abdul Aziz,Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka

42.31/10/2009
Hadiah Bahasa Institusi Perbankan
Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur
Dato’ Termuzi Abdul Aziz,Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

43.31/10/2009
Majlis Penangguhan BBK 2009
Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur
Dato’ Termuzi Abdul Aziz,Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21482008, 03-21484645, 03-21482960 dan 03-21481700.

Baca seterusnya...

Thursday, October 8, 2009

USMAN AWANG ( SASTERAWAN NEGARA )


Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.

Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.


Kehidupan awal dan kerjaya

Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.

Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.

Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.

Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.

Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.

Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001

Sumbangan

Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik. Bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam Benua”.

Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang.

Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang. Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat.

Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, China dan Rusia, sebagai salah seorang penyair terkenal dari Malaysia. Beberapa buah karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, China, Jepun, Korea, Peranchis, Thai, Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan lain-lain. Beliau di anggap sebagai seorang yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu memperkayakan budaya negara.

Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976. Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadi setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah air.

Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada 11 Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor. Antara karya-karya terkenal beliau adalah :-

Novel : Tulang2 Berserakan

Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan lain-lain.

Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.

Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popi dan lain-lain.

Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Bukan saja hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yang berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965). Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti lain. Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain.

Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama, amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau luar negara. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera melayu. Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan situasi.

Penulisan


Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama. Antara judul sajak yang sinonim dengan Usman Awang ialah:

  • Bunga Popi
  • Gadis Kecil
  • Ke Makam Bonda
  • Kekasih
  • Kurang Ajar
  • Pak Utih
  • Suara Dari Pusara

Dramanya yang terkenal ialah:

  • Matinya Seorang Pahlawan
  • Tamu Bukit Kenny
  • Serunai Malam
  • Malam Kemerdekaan

Drama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". Hanya ada satu novel karya Usman Awang iaitu "Tulang-tulang Berserakan" (terjemahan ke dalam bahasa Rusia dengan judul "Tam Gde Ikh Nastigka Pulya" - Di sana mereka kena peluru - Moscow, 1984)

Dato' Dr. Usman Awang juga pernah menggunakan nama pena Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., dan Zaini.

Pada tahun 1983, beliau dianugerahkan gelaran "Sasterawan Negara", SEA Write Award 1982 dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Malaya 1983 serta Zamalah Sastera 1985. Pada tahun 1991 dianugerahi Darjah Kebesaran Dato' Paduka oleh Baginda Sultan Perak yang membawa gelaran Dato'.

Sifat

Dato' Usman merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam hal-hal besar yang menimpa negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah berani menyatakan sikap. Kalau tak berani tak payah jadi penulis.

Antara lain, Dato Usman pernah berkata “Saya menentang prejudis terhadap bahasa Melayu ini. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada kemampuan bahasa kebangsaan.”

Dato' Usman Awang, penyair yang berjiwa rakyat meninggal pada 29 November 2001 pada bulan Ramadan. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur di mana bersemadinya dua Sasterawan Negara, Keris Mas dan kini Tongkat Warrant. Penulis-penulis yang mengenali beliau turut hadir, antara lain Dr Anwar Ridhwan, Sutung Umar RS, Dato A. Samad Said, Dato Baha Zain, Dato Shanmugalinggam dan Profesor Muhammad Haji Salleh.

Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA