BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Friday, October 2, 2009

MESRA RAYA AIDIL FITRI 2009

Program RIMUP Mesra Raya Aidil Fitri 2009 telah diadakan pada hari Khamis 1 Oktober yang lalu.Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,Pn Hajah Hayati binti Samsudin.Pada hari tersebut guru-guru serta murid bergaya dengan baju raya masing-masing.Program ini bermula pada pukul 10.30 pagi,namun begitu kemeriahan dan kehangatan majlis ini telah dirasai sejak dari awal pagi lagi.

Pelbagai juadah raya telah disediakan oleh pihak penganjur untuk memeriahkan lagi majlis ini.Ketupat,lemang,sate,lontong,mi,bihun dan pelbagai jenis kuih raya dibawa oleh guru serta murid-murid sendiri.Program istimewa ini bukan hanya sebagai menyambut Aidil Fitri tetapi juga sebagai satu program untuk mengeratkan lagi hubungan semua guru serta staff sekolah dan tidak ketinggalan murid-murid sekolah ini.Tahniah kepada PK HEM ,Cikgu Mohd Kamal selaku orang kuat majlis ini.












0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA