BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Friday, October 23, 2009

BAJET / BELANJAWAN 2010


Peruntukan lebih RM30 bilion untuk pendidikan rendah dan menengah


BAJET 2010: Peruntukan lebih RM30 bilion untuk pendidikan rendah dan menengah, antaranya, untuk bantuan pelajar dan biasiswa, pembinaan 80 buah sekolah baru sekolah kebangsaan rendah dan menengah, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta sekolah mubaligh.

Peruntukan RM1.1 billion untuk mengubahsuai dan naik taraf sekolah di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak - Bernama

RM3.7bilion untuk tingkat tahap keamanan negara


Untuk memastikan suasana tenteram dan selamat, RM3.7 bilion disediakan untuk mempertingkatkan lagi kecekapan anggota keselamatan termasuk kelengkapan canggih, RM1 bilion untuk polis tahun depan termasuk untuk menyediakan balai polis bergerak di 50 “hot spots”, meningkatkan kecekapan 3,000 anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam dan melaksanakan program integrasi polis dalam komuniti.


Sejumlah RM1.9 bilion diperuntukkan bagi mengingkatkan kelengkapan anggota tentera serta membina dan menaik taraf pos kawalan manakala RM622 juta disediakan untuk Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia - Bajet 2010. - Bernama

Klinik 1Malaysia diperkenal


Klinik kesihatan komuniti 1Malaysia akan diperkenalkan di bandar tahun depan di kawasan perumahan dan dikendalikan oleh pembantu pegawai perubatan dan dibuka setiap hari untuk rawatan sakit biasa seperti demam, batuk dan selsema.

Sebagai permulaan, sebanyak 50 buah klink akan dibuka dengan peruntukan RM10 juta - Bajet 2010. - Bernama


Pelepasan cukai caruman KWSP, premium insurans hayat dinaikkan


Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan kepada RM7,000 bagi pelepasan ke atas premium anuiti yang mula dibayar pada 1 Jan. 2010 untuk tujuan persaraan yang ditawarkan syarikat insurans.

Kadar potongan caruman pekerja KWSP dinaik semula ke kadar 11 peratus secara sukarela dengan serta merta dan dikekalkan pada kadar itu mulai 1 Jan. 2011. - Bernama

0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA