BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Monday, April 7, 2014

BUKU PILIHAN ( PANTUN UNTUK MAJLIS ACARA RASMI )





Judul : Pantun Untuk Majlis Acara Rasmi ( Koleksi 900 Pantun yang Indah )
Penerbit : PTS
Penulis : Datin Asima Abdul Latif,Ainon Mohd
Harga : RM 38.00


Tumbuh purun di tepi kali,
Menjadi tikar dikerat-kerat.
Khazanah pantun indah sekali,
Setiap kata berkias ibarat.

Pantun adalah satu keindahan seni bahasa berirama. Maksud yang ingin kita sampaikan mudah difahami sambil dinikmati keindahan bahasanya. Walaupun kandungannya kadang kala berupa kritikan tajam dan pedas, namun maksud yang ingin disampaikan dapat diterima dan menjadi lunak pada pendengaran kita.

Buku ini menghimpunkan 900 pantun yang indah bagi menghiasi majlis dan acara rasmi supaya lebih berseri-seri. Pantun dalam buku ini dapat disesuaikan untuk pelbagai majlis dan boleh diolah semula mengikut kesesuaian majlis. Pantun ini dicipta khusus untuk membolehkannya digunakan dalam majlis-majlis kontemporari. Dendangan pantun dalam satu-satu majlis memuliakan lagi majlis-majlis yang sudah sedia mulia.

Dahan lemuni terkulai layu,
Disusun-susun di tepi telaga.
Indah dan murni sastera Melayu,
Khazanah pantun mesti dijaga.


0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA