BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN

CERITA TERKINI KAMI

Friday, October 17, 2008

SEJARAH SEKOLAH SK. PARIT HAJI TAIB

Sebelum tahun 1955, belum ada lagi sekolah di Kampung Parit haji Taib.Pada masa itu kanak-kanak di kampung ini mendapat pendidikan di sekolah-sekolah berdekatan yang purata jauhnya lima kilometer dari kampung ini. Mereka terpaksa bersekolah di Bagan Serai, Alor Pongsu dan Teluk Medan.

Oleh kerana kesukaran perhubungan, ramai kanak-kanak di kampung ini tidak bersekolah. Memandangkan kesedaran ini, maka pada tahun 1954 penduduk kampung ini telah melantik Tuan Haji Masjuni Bin Haji Ahmad sebagai wakil mereka bagi menemui pihak RISDA untuk memohon agar didirikan sebuah sekolah di kampung Parit Haji Taib. Usaha tersebut telah gagal kerana pihak Rida tidak berkemampuan untuk mendirikan sekolah di kampung ini.

Pada tahun 1955,penduduk kampung ini sekali lagi menghantar seorang wakil iaitu Tuan Haji Tariff Bin Epot untuk menemui Tuan Pengelola Sekolah-Sekolah Perak Utara di Taiping bagi tujuan yang sama iaitu memohon bangunan sekolah tetapi ianya juga menemui kegagalan. Dengan azam yang kuat, penduduk kampung ini telah mengambil keputusan untuk membangunkan sebuah sekolah rakyat tanpa bantuan pihak kerajaan pada masa itu. Akhirnya sebuah bangunan sekolah berbumbungkan atap rumbia berjaya didirikan. Lebih kurang 100 orang murid telah diajar dan dibimbing oleh 3 orang tenaga pelajar dari kalangan anak tempatan iaitu Tuan Haji Tariff Bin Epot, Encik Saidin Bin Osman dan Haji Mustafa Bin Haji Azhari.

Bilangan murid yang belajar di sekolah pada masa itu telah bertamba dan meningkat dari tahun ke tahun. Dengan kemajuan yang ditunjukkan, pada tahun 1961, pihak kerajaan telah bersetuju mendirikan bangunan sekolah di kampung ini. Pihak kerajaan telah membeli tanah tapak sekolah rakyat hakmilik Tuan Haji Tarif. Dua blok bangunan sekolah yang terdiri daripada bagunan kayu dan dan berdinding simen. Ianya memuat enam bilik darjah serta sebuah rumah guru juga didirikan. Pada awal bulan Januari 1962 atas keputusan Jawantankuasa Sekolah yang diketuai oleh tuan Haji Tarif Bin Epot dengan persetujuan Pengelola Sekolah-sekolah Perak Utara, maka sekolah tersebut dirasmikan atas nama SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI TAIB.

Guru Besar pertama yang berkhidmat di sekolah ini iaitu En Manaf Bin Mahat dan enam orang tenaga pengajar Jumlah murid pada waktu itu ialah 130 orang. Kelas yang dibuka hanya setakat tahun lima sahaja. Murid-murid yang hendak melanjutkan pelajaran ke tahun enam, terpaksalah menyambung pelajaran ke sekolah lain yang berhampiran seperti di Sek Keb. Bagan Serai, Sek Keb. Alor Pongsu dan Sek. Keb Teluk Medan. Setelah tahun 1978 barulah kelas untuk tahun enam diadakan. Pada masa itu pentadbiran kewangan telah diuruskan oleh Sek. Keb. Bagan Serai.

Pada tahun 1963 Tuan Haji Shafiei Bin Osman telah menggantikan En. Manaf Bin Mahat sebagai Guru Besar di sekolah ini. Pada tahun 1979 hingga 1981 jumlah murid di sekolah ini telah meningkat sehingga ke tahap 220 orang murid. Oleh kerana bilangan murid yang semakin meningkat, kerajaan telah mendirikan bangunan baru dua tingkat pada tahun 1982. Bangunan baru itu mengandungi enam buah bilik darjah, satu ruangan perpustakaan, bilik radio/tv, bilik guru, pejabat, bilik guru besar, dua buah tandas murid, dua buah tandas guru/kakitangan dan sebuah kantin. Di samping itu, sebuah padan juga turut diadakan. Hasil kemudahan yang diwujudkan menjadikan sekolah ini bertambah maju lagi.Bangunan baru ini mula digunakan pada awal tahun1984. Walau bagaimanapun, bangunan lama tidak dirobohkan dan ia digunakan sebagai bilik seni lukis, kelas pemulihan, kelas agama, surau dan tadika.

Pada tahun 1985, jumlah murid sekolah ini telah merosot. Kemerosotan ini adalah disebabkan perpindahan penduduk kampung ke Tanah Rancangan Persekutuan (FELDA). Sehingga tahun 1994, bilangan murid sekolah ini berjumlah 163 orang.
Dari sudut kejayaan, sekolah ini telah pernah menjadi johan keputusan Penilaian Darjah Lima Terbaik bagi kumpulan Bagan Serai selama tiga kali berturut-turut dan dapat mengekalkan piala pusingan. Sekitar tahun 1992 dan tahun1994 sekolah ini telah mencapai peratusan terbaik bagi seluruh Daerah Kerian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) UPSR

0 ulasan:

KO KURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

RENUNGAN

RENUNGAN

PUSAT SUMBER KELOMPOK PKG TELOK MEDAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA