BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Wednesday, July 21, 2010

KEMBARA TEKNOPEN 2010

Pada 19 Julai yang lalu SKPHT telah dikunjungi oleh rombongan Kembara Teknopen dari Ipoh, Perak.Rombongan Kembara Teknopen ini diketuai oleh Ketua Timbalan Pengarah BTP Perak iaitu Tuan Haji Mohamad Razali bin Haji Bakar sendiri.Selain itu rombongan ini juga disertai oleh Tuan Haji Razak bin Hassan (Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan),En. Zainori bin Abdul Rahman ( Penolong Pengarah Unit Media),pegawai-pegawai BTP,Pegawai Teknonogi Pendidikan seluruh Kerian serta kru PKG yang lain.

Rombongan Kembara Teknopen serami 27 orang tiba di SKPHT kira-kira pukul 10.00 pagi.Taklimat ringkas diberikan oleh Tuan Haji Razak di dalam makmal komputer sebelum kumpulan Kembara Teknopen ini dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama berada di makmal komputer, manakala kumpulan kedua pula mengunjungi pusat sumber sekolah.Kumpulan pusat sumber sekolah diketuai oleh Tuan Haji Daud.

Rombongan Kembara Teknopen telah menyumbangkan WIFI kepada pihak sekolah yang dipasang oleh kru PKG Kerian.Selain itu,pusat sumber pula menerima sumbangan buku selain daripada bekas brosur yang dibuat sendiri oleh Tuan Haji Daud.

Terima kasih kepada rombongan Kembara Teknopen.Kalau sudi lain kali datanglah lagi....








0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA