Imbuhan Pinjaman
Imbuhan pinjaman atau imbuhan
asing ialah imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan
imbuhan Inggeris. Imbuhan ini diguna dan diterima pakai dalam bahasa Melayu baku.
Yang berikut ialah imbuhan
pinjaman yang digunakan dalam bahasa Melayu baku:-
Bentuk
|
Imbuhan Sanskrit
|
Imbuhan Inggeris
|
Imbuhan Arab
|
Awalan
|
dasa-
dwi-
eka-
juru-
maha-
panca-
pra-
tata-
tri-
|
anti-
auto-
mano-
poli-
pro-
sub-
|
bi-
|
Akhiran
|
-ita
-man
-wan
-wati
|
|
-ah
-at
-iah
-in
-wi/-i
|
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Imbuhan
Inggeris
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
anti-
|
menentang/benci
|
antisosial, antikerajaan, antidadah, antisorok,
antirokok, antibodi, antirasuah, antikomunis, antiperang, antipenjajah,
antikeganasan
|
auto-
|
dengan sendirinya
|
automobil, autogear, automatik, autograf, autonomi
|
poli-
|
banyak
|
poligami, poligon,
poliklinik, politeknik, poligram, poliglot
|
pro-
|
menyokong/menyebelahi
|
prokomunis, prokerajaan, prososialis, proaktif,
prodemokratik
|
sub-
|
sebahagian/bahagian-bahagian yang kecil atau di
bawah
|
subtajuk, subbidang, subkelas, substandard,
subsistem, subgolongan, subtopik
|
Contoh penggunaan dalam
ayat:
Kempen antidadah itu dirasmikan oleh
Menteri Kesihatan.
Negara itu mengamalkan dasar antikomunis.
Tibet mendapat kuasa autonomi daripada negara China.
Proses pemasangan kereta dilakukan secara automatik oleh robot.
Dasar poligami itu ditentang oleh kaum wanita.
Perarakan itu dianjurkan oleh pihak yang prokerajaan.
Jambatan yang runtuh itu didapati menggunakan bahan yang substandard.
Dalam bab kelima, terdapat lapan subtopik yang
berlainan.
Imbuhan
Sanskrit
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
dasa-
|
sepuluh
|
dasawarsa, dasalumba
|
dwi-
|
dua
|
dwibahasa, dwihala, dwibulanan, dwicembung,
dwijantina, dwicekung, dwitahunan, dwisuku, dwiwarna, dwikata, dwimusim
|
eka-
|
satu
|
ekahala, ekabahasa,
ekawarna, ekafungsi, ekasuku, ekatujuan, ekapaksi
|
juru-
|
orang yang mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan
|
jurubahasa, juruhebah, jururawat, jurucakap,
jurumudi, juruulas, jurujual, jurusolek, juruterbang, jurutera, juruteknik,
juruselam
|
maha-
|
agung/besar
|
mahasiswa, mahasiswi,
maharaja, maharani, mahaguru, maharesi, maha Esa, maha mulia
|
panca-
|
lima
|
pancaragam, pancasila,
panca delima, pancaroda, pancalogam, pancawarna, pancapersada, pancaindera,
pancalumba
|
pra-
|
sebelum
|
prakata, prasangka, prasejarah, prasekolah,
praujian, prauniversiti, prasarana
|
tata-
|
sesudah/peraturan
|
tatabahasa, tatacara,
tatatertib, tatanegara, tatarakyat, tatausaha, tatasusila
|
tri-
|
tiga
|
tricabang, triwarna, tricara, trisuku, triwulan,
tribahasa, trijudul, tripenggal, trimakna, trihala
|
-ita
|
wanita/perempuan
|
biduanita, posnita,
pranita
|
-man
|
orang yang memilik sifat/orang yang mahir dalam
sesuatu bidang
|
seniman, budiman
|
-wan
|
Pemilik sesuatu benda
Pemilik sesuatu sifat
Orang yang mahir dalam
sesuatu bidang
Orang yang
melakukan
sesuatu perbuatan
|
karyawan, jutawan,
wartawan, negarawan, sasterawan, sukarelawan, olahragawan, biarawan,
cendekiawan, dermawan, bangsawan, angkasawan
|
-wati
|
Perempuan yang mahir/pakar
dalam sesuatu bidang
|
seniwati, peragawati, olahragawati, sukarelawati
|
Contoh
penggunaan dalam ayat:
Jalan dwihala itu akan ditukar menjadi jalan ekahala sahaja.
Tatatertib di jalan raya mestilah dipatuhi agar kemalangan dapat dielakkan.
Sudah hampir triwulan ibunya menghidapi penyakit barah perut itu.
Anak jutawan itu telah diculik pada awal pagi kelmarin.
Peragawati itu sedang memperagakan pakaian fesyen baru keluaran Butik Faizal.
Seniman terkenal Jins Shamsuddin dilahirkan di Perak.
Jurujual itu pandai memperdayakan pelanggannya.
Prakata buku sejarah itu ditulis oleh pengarangnya sendiri.
Imbuhan
Arab
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
bi-
|
tidak
|
biadab, bilazim
|
-ah
|
wanita/perempuan
|
qariah, ustazah
|
-at
|
orang perempuan/wanita
|
hadirat, muslimat
|
-iah
|
perkara/hal yang
berkaitan
dengan sifat
|
jahiliah, hurufiah,
ilmiah, jasmaniah, rohaniah, alamiah, batiniah
|
-in
|
orang lelaki
|
hadirin, muslimin, musyrikin
|
Contoh
penggunaan dalam ayat:
Murid yang biadab itu
telah diberi kaunseling.
Ustazah Zubaidah mengajar kami cara-cara melakukan ibadah
solat.
Pada zaman jahiliah,
kaum wanita sering ditindas oleh kaum lelaki.
Hadirin berdiri sewaktu tetamu kehormat itu masuk ke dalam
dewan.
Kaum muslimat
diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat.
INFO BAHASA
Dalam penulisan atau binaan
ayat, imbuhan asing maha- mesti
ditulis serangkai dengan kata dasar sekiranya kata dasar tersebut terdiri
daripada kata nama.
Contoh:
1. maha + guru =
mahaguru
2. maha + siswa =
mahasiswa
3. maha + rani = maharani
Dalam penulisan atau binaan
ayat, imbuhan asing maha-
mestilah ditjarakkan daripada kata dasar sekiranya kata dasar tersebut terdiri
daripada kata adjektif.
Contoh:
1. Maha + Esa
= Maha Esa
2. Maha + Mulia =
Maha Mulia
3. Maha + Besar = Maha Besar
Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing anti- dan pro-
yang diikuti oleh kata nama khas mestilah dijarakkan daripada kata itu dan
diletakkan tanda sempang (-) di antaranya.
Contoh:
anti + Amerika = anti-Amerika
2. anti + Jepun =
anti-Jepun
pro + Malaysia = pro-Ma
Sumber : internet
Baca seterusnya...