TARIKH :21 FEBRUARI 2014
HARI: JUMAAT
MASA : 3.00 PETANG
PENCERAMAH : CIKGU MOHD ZAID B ABU OTHMAN ( PAK SU )
( GURU CEMERLANG BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK CLIFFORD KUALA KANGSAR )
Program motivasi pelajar Tahun 6 kali pertama pada tahun ini telah diadakan pada 10 Januari 2014.Motivasi bertajuk "Pengurusan Masa ke Arah Kecemerlangan UPSR " ini disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Nasir bin Samsuri iaitu Guru Cemerlang Bahasa Melayu SKPHT.Turut hadir ialah Tuan Guru Besar SKPHT En.Abu Bakar bin Saad.
otivasi ini diadakan di bilik makmal komputer sekolah.Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Guru Besar SKPHT En. Abu Bakar bin Saad.
Pada 8 , 9 dan 10 Jun yang lalu murid-murid yang akan mengambil UPSR pada tahun ini telah dibawa menyertai Kem Motivasi UPSR di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang,Kuala Sepetang.Selama 3 hari 2 malam pelbagai aktiviti telah dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar disamping bersantai sambil menghirup udara segar hutan simpan paya bakau yang terkenal di Malaysia tersebut. Kuala Sepetang bukan sahaja terkenal dengan hutan bakaunya tetapi juga popular dengan mi udang .Di sini pengunjung boleh makan mi udang di kedai Mak Teh,kedai Mak Jah,Pak Hasim dan lain-lain lagi.SEDAPkah ? …entahlah…blogger sendiri hanya berkesempatan makan mi udang KUBUR.Kalau nak harap mi udang Mak Teh mungkin kena tunggu dua jam baru boleh makan.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah teknik menjawab soalan,motivasi dan kembara.Adalah diharapkan dengan pendedahan yang telah dibuat, para calon UPSR tahun ini akan memperoleh keputusan yang membanggakan sekolah. Insyaallah… Terima kasih Jabatan Perhutanan Negeri Perak kerana telah memberi kebenaran kepada pihak sekolah untuk mengadakan kem motivasi ini di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang,Kuala Sepetang. Terima kasih juga kepada semua penceramah jemputan dan semua guru pengiring yang telah bekerja keras bagi memastikan kejayaan program motivasi ini.
Guru Cemerlang Bahasa Melayu SKPHT sedang memberi ceramah