BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Showing posts with label TOKOH NILAM. Show all posts
Showing posts with label TOKOH NILAM. Show all posts

Friday, June 20, 2014

Jadual Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Kerian 2014

Baca seterusnya...

Sunday, June 30, 2013

Keputusan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG Telok Medan 2013

Baca seterusnya...

Thursday, June 13, 2013

PEMILIHAN TOKOH NILAM KELOMPOK PKG TELOK MEDAN 2013

Pemilihan Tokoh Nilam pada tahun ini telah diadakan pada 12  Jun baru-baru ini. Pemilihan pada tahun ini telah menggunakan format baharu. Pada tahun ini terdapat dua kategori Tokoh Nilam iaitu Tokoh Nilam kategori Bahasa Inggeris dan Tokoh Nilam kategori Bahasa Melayu.



Baca seterusnya...

Thursday, June 25, 2009

TOKOH NILAM DAERAH KERIAN

Pemilihan tokoh Nilam peringkat daerah Kerian untuk tahun 2009 telah diadakan pada 25 Jun 2009.Pemilihan pada kali ini telah diadakan di PKG Bagan Serai.Pemilihan ini adalah untuk mencari tokoh Nilam dari daerah Kerian untuk mewakili Kerian ke peringkat negeri Perak.

Antara aspek yang dinilai ialah :
i- Penulisan
ii-Pemahaman
iii-Isu-isu semasa



Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bagan Serai En. Sofian sedang memberi taklimat


Guru pengiring bersama peserta


Tekun mendengar taklimat

Baca seterusnya...

Monday, November 3, 2008

TOKOH NILAM PERAK 2008


Nur Diana Syuhada Abdul Ghafar (kanan) bersama para penerima Anugerah Nilam 2008 (dari kiri) Maryam Jamilah Samsuddin, Arni Mazlina Arof, G.Vikhnapriya (kiri belakang) dan Nur Fitri Ramli (kanan belakang) bersama hadiah masing-masing pada Majlis Anugerah Nilam Negeri Perak 2008 di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.


IPOH 31 Okt. - Nur Diana Syuhada Abdul Ghafar 11, yang sudah membaca sebanyak 1,180 buah buku fiksyen dan novel dipilih sebagai Tokoh Nilam Negeri Perak 2008.

Pelajar tahun lima, Sekolah Kebangsaan Kampung Kedah, Parit Buntar itu bukan sahaja membaca banyak buku tetapi boleh menghafal beberapa surah al-Quran.

''Jumlah 1,180 buku itu saya baca dari tahun satu dan ia tidak termasuk bahan bacaan ringan seperti akhbar dan majalah serta bahan bacaan untuk kanak-kanak.

''Saya yakin dapat membaca buku ke 1,200 sebelum hujung tahun tahun ini,'' katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Nilam Negeri Perak 2008 di sini hari ini.

Katanya, dari jumlah buku yang dibaca itu, 450 buah buku adalah dalam bahasa Inggeris dan selebihnya dalam bahasa Malaysia.

Hadiah Tokoh Nilam disampaikan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran, Mohd. Adenan Deraman.

Kemenangannya itu membolehkan Nur Diana Syuhada membawa pulang wang tunai RM500 bersama trofi dan sijil serta baucar buku bernilai RM400 untuk dihadiahkan kepada sekolahnya.

Dia juga merupakan peminat setia novel 'Daerah Lazani' yang ditulis oleh A Samad Said.

''Saya berminat novel-novel tempatan terutama yang bercirikan kemanusiaan, alam sekitar dan kesihatan," katanya.

Dia berkata, hobinya yang suka membaca itu banyak didorong oleh ibunya yang merupakan seorang setiausaha di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia, Trans Kerian, Parit Buntar.

''Emak saya banyak memberi dorongan kepada saya supaya membaca buku dan setiap hari saya memperuntukkan masa selama dua jam untuk membaca apa-apa jua jenis buku sama ada di sekolah atau di rumah," katanya.

Katanya, dia mampu menghabiskan membaca buku setebal 100 muka surat dalam sehari tetapi bagi yang melebihi 500 muka surat ia mengambil tempoh tiga hari.

''Emak dan ayah saya memperuntukkan sebanyak RM50 sebulan untuk membeli buku-buku dan kesemua yang telah dibaca itu disimpan di sebuah perpustakaan di rumah sendiri," katanya.

Dia berkata, melalui pembacaan yang banyak dia boleh bertutur dan menulis dengan fasih dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

''Melalui pembacaan juga saya boleh mengingat dan menghafal dengan baik dan membuatkan diri kita berpengetahuan," katanya.

Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA