BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Wednesday, February 5, 2014

Pelarasan Tarif Insurans Kenderaan













 



KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.
Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.
Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.
Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.
Difahamkan, BNM telah pun menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) minggu lalu.
Di dalam notis tersebut, PIAM perlu memastikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada lebih 30 pemain industri insurans mengikut kadar premium terbaharu itu bagi memastikan pengguna tidak keliru dengan pelarasan tersebut.
Pada 2011, BNM telah meluluskan pelarasan kadar premium insurans itu sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu.
Menurut bank pusat itu, pelarasan tersebut merupakan kali pertama sejak 30 tahun lalu dan membabitkan jumlah yang kecil serta dilakukan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun bermula 2012.
Institut Automotif Malaysia (MAI) sebelum ini meramalkan jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) kenderaan baharu tahun ini bakal mencapai 670,000 unit.
Perkembangan ini dilihat memberi manfaat kepada syarikat insurans am yang kini boleh meraih kutipan premium yang lebih tinggi.


Baca seterusnya...

Friday, January 17, 2014

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BAHARU

Admin mengucapkan selamat bertugas di sekolah baharu kepada Ustazah Noor Hasimah bt hj Aini yang telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu pada 16 Januari 2014.Beliau telah bertugas selama hampir 20 tahun di SKPHT iaitu mulai Disember 1994.

Jasa dan pengorbanan beliau selama berada di SKPHT pasti akan dikenang oleh seluruh warga SKPHT dan murid-murid sekolah ini.Doa daripada seluruh warga sekolah, semoga beliau akan terus berjaya di sekolah baharu dan akan terus berhubung dengan rakan-rakan di sini.










Baca seterusnya...

Sunday, January 12, 2014

PAKAIAN SERAGAM BAHARU PENGAWAS PUSAT SUMBER

Pada tahun 2014 ini ,pengawas pusat sumber SKPHT telah menggunakan pakaian seragam yang baharu. Pakaian seragam ini bagi menggantikan pakaian seragam lama yang agak kurang menarik.Pada tahun ini pengawas lelaki memakai baju berwarna kuning, seluar warna coklat , vest berwarna coklat serta tali leher berwarna coklat.



Manakala pengawas perempuan pula memakai kemeja dan tudung berwarna kuning, kain berwarna coklat,vest berwarna coklat dan tali leher berwarna coklat.

Baca seterusnya...

Friday, January 10, 2014

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6

Program motivasi pelajar Tahun 6 kali pertama pada tahun ini telah diadakan pada 10 Januari 2014.Motivasi bertajuk "Pengurusan Masa ke Arah Kecemerlangan UPSR " ini disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Nasir bin Samsuri iaitu Guru Cemerlang Bahasa Melayu SKPHT.Turut hadir ialah Tuan Guru Besar SKPHT En.Abu Bakar bin Saad.







otivasi ini diadakan di bilik makmal komputer sekolah.Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Guru Besar SKPHT En. Abu Bakar bin Saad.

Baca seterusnya...

Monday, December 30, 2013

PENDAFTARAN DAN SUAIKENAL MURID TAHUN 1 2014

Tarikh : 30 Disember 2013
Tempat : Kelas Tahun 1
Masa : 8.00 pagi














Baca seterusnya...

Saturday, December 28, 2013

PEKERJAAN PALING MENGGEMBIRAKAN PADA TAHUN 2013






https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrlhOIdsKAOTsAN3Wetitd382HTWcyiVQu48PbTzoX5COg_lT7K55hiAYxOiBOgpvedcfl6OVlNcQ48fOqZyKWkiMjK2Zv-AzW2h6oeZzVOlQv73qmPQYvpkq7noCwMoNYknrn-MYtc-U/s1600/questions+asked+in+ibps+clerks+online+exam+15+december+2012.gif


Menurut carercast.com, pekerjaan yang paling menggembirakan pada tahun 2013 ialah menjadi pegawai pemeriksaan kualiti (QA) perisian komputer.Menjadi guru pula mendapat kedudukan ke-14.Kira 'ok' jugalah tu Bagaimana ukurannya dibuat, entahlah...

Senarai yang lain pula adalah seperti berikut
 2.Chef eksekutif 3.Pengurus hartanah
 3.Juruwang bank,pegawai pinjaman dan akauntan
4.Pengurus gudang
5.Pembantu tadbir
6.Wakil khidmat pelanggan
7.Pengurus binaan
8.Pengurus Jabatan Sumber Manusia
9.Juruteknik lapangan luar
10.Jurutera perisian komputer
11.Operator mesin berat dan besar (semua jenis)
12.Pakar terapi fizikal
13.Penulis bebas
14.Guru dan guru pendidikan khas
15.Pelukis dan pengukir
16.Pakar psikologi

Baca seterusnya...

Friday, December 27, 2013

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) KSSR TAHUN 4 2014

Untuk kemudahan semua guru, di sini admin telah menyediakan beberapa RPT 2014 untuk kegunaan semua guru. Semoga RPT yang disediakan dapat menolong semua guru untuk memulakan pengajaran pada awal tahun.

Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Matematik KSSR Tahun 4
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) KSSR Sains Tahun 4
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) KSSR Bahasa Malaysia Tahun 4
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) KSSR Pendidikan Moral Tahun 4
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) KSSR Sejarah Tahun 4
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 4
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Bahasa Inggeris KSSR Tahun 4

Sila download dalam box di bawah :
Untuk download sila seret awan ke dalam ruangan box yang disediakan.

Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA