IKLAN
Monday, April 14, 2014
Thursday, April 10, 2014
Monday, April 7, 2014
BUKU PILIHAN ( PANTUN UNTUK MAJLIS ACARA RASMI )
Judul : Pantun Untuk Majlis Acara Rasmi ( Koleksi 900 Pantun yang Indah )
Penerbit : PTS
Penulis : Datin Asima Abdul Latif,Ainon Mohd
Harga : RM 38.00
Menjadi tikar dikerat-kerat.
Khazanah pantun indah sekali,
Setiap kata berkias ibarat.
Pantun adalah satu keindahan seni bahasa berirama. Maksud yang ingin kita sampaikan mudah difahami sambil dinikmati keindahan bahasanya. Walaupun kandungannya kadang kala berupa kritikan tajam dan pedas, namun maksud yang ingin disampaikan dapat diterima dan menjadi lunak pada pendengaran kita.
Buku ini menghimpunkan 900 pantun yang indah bagi menghiasi majlis dan acara rasmi supaya lebih berseri-seri. Pantun dalam buku ini dapat disesuaikan untuk pelbagai majlis dan boleh diolah semula mengikut kesesuaian majlis. Pantun ini dicipta khusus untuk membolehkannya digunakan dalam majlis-majlis kontemporari. Dendangan pantun dalam satu-satu majlis memuliakan lagi majlis-majlis yang sudah sedia mulia.
Dahan lemuni terkulai layu,
Disusun-susun di tepi telaga.
Indah dan murni sastera Melayu,
Khazanah pantun mesti dijaga.
Baca seterusnya...
Label:
BUKU
Friday, April 4, 2014
PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Perkara-perkara Utama :
1. Semua data yang perlu dimasukkan melalui E-sistem dihentikan.
2. Tidak perlu fail murid individu lagi. (Hentikan)
3. Eviden dikurangkan berdasarkan Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid.(Buku panduan akan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia).
Semua eviden akan dikurangkan dan diringkaskan.
4. Guru boleh menyediakan eviden bila-bila masa dan dimana sahaja contoh
simpan dalam Komputer atau dalam fail sendiri.
5. Ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun diteruskan
seperti dulu.
6. Tidak perlu disediakan senarai eviden seperti sekarang. Guru boleh mentaksir
murid mengikut kreativiti sendiri.
sumber : KPPK
Label:
berita sekolah
Monday, March 17, 2014
PROGRAM KORBAN PERDANA AIDIL ADHA 2014
Ibu bapa dan penjaga murid dijemput untuk menyertai Program Korban Perdana 2014 yang akan diadakan pada tahun ini.
Bayaran untuk satu bahagian adalah RM 400.00.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Khairul Kamal.
Baca seterusnya...
Tuesday, March 11, 2014
Sunday, March 9, 2014
MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MAS MH370
Kehilangan pesawat MAS MH 370 masih menjadi misteri kepada orang ramai.Pesawat yang berlepas dari KLIA itu dijangka tiba di Beijing pada 6.30 pagi namun hilang dari radar pada pukul 2.40 pagi.Pesawat tersebut membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Baca seterusnya...
Label:
BERITA
Subscribe to:
Posts (Atom)




