IKLAN
Monday, June 21, 2010
Wednesday, June 16, 2010
Cara Update Peta GPS Garmin XT
GPS pada telefon bimbit bukanlah asing pada masa sekarang.
Namun begitu kadang kala pengguna tidak dapat mencari lokasi yang dikehendaki kerana lokasi tersebut tidak terdapat pada peta GPS.Untuk mengatasi masalah tersebut kita hendaklah sentiasa update peta GPS supaya lokasi-lokasi yang terkini dapat dicari menggunakan GPS.
Bagi pengguna GPS Garmin, untuk update peta GPS anda,langkah pertama adalah anda mesti download MAP terlebih dahulu...kemudian klik pada file yang telah didownload tersebut.
Seterusnya ikutilah langkah-langkah seperti dalam video di bawah.
Selamat mencuba...
Tuesday, June 1, 2010
TEKNIK MENJAWAB PENULISAN BAHAGIAN A , BAHAGIAN B, BAHAGIAN C UPSR
PENULISAN Bahagian A:
* Elakkan penggunaan NAMA WATAK, tahun lalu penggunaan nama masih dimaafkan, tetapi mulai tahun ini penggunaan nama watak dalam gambar AKAN DIPOTONG MARKAH.
* Sebaik-baiknya gunakan ayat majmuk dalam bahagian ini. Ayat majmuk lebih gramatis.
PENULISAN Bahagian B:
* Jika karangan berbentuk cerita atau menyambung cerita elakkan karangan yang tidak logik
seperti:
1. Cerita berkaitan hantu
2. Murid/calon menyelamatkan seseorang yang dalam keadaan kecemasan atau dalam apa-apa keadaan dengan menggunakan helikopter, jet atau sebagainya. Situasi mestilah LOGIK
3. Jika karangan itu memerlukan 'Apakah tindakan kamu' , maka calon itu mestilah menjadikan dirinya sebagai hero/heroin dalam cerita yang disampaikan itu. Sebagai contoh, jika hendak menyelamatkan orang yang lemas di sungai, calon itulah sendiri yang terjun ke sungai dan menyelamatkan orang itu, bukan menyuruh orang lain atau polis dan sebagainya.
PENULISAN Bahagian C:
Mulai tahun lepas, terdapat arahan tambahan dalam bahagian C iaitu JELMAKAN nilai murni.
Maksudnya di sini ialah, kita tidak harus menulis nilai yang telah tercatat dalam petikan. Sebagai contoh.
Ayat: Ahmad mengucapkan terima kasih kepada guru kelasnya.
Rumusan: Kita seharusnya berterima kasih kepada guru kita. (ini jawapan yang tidak tepat)
Sepatutnya: Kita seharusnya menghargai ...........(jelmakan satu nilai yang hampir sama maknanya dengan nilai yang terdapat dalam petikan)
Untuk koleksi soalan latihan UPSR dan bahan download sila klik di sini
sumber :panitiabmskseripasir