BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Thursday, August 26, 2010

DUIT RAYA RM500

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan menerima khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan akan memberi bantuan khas kewangan RM500 seorang sebelum 1 Syawal ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, bantuan khas kewangan itu akan dibayar kepada pesara dan kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54.

Menurutnya, ia melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta untuk kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

‘‘Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara kerajaan.

‘‘Ia bagi meringankan bebas kos persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini,’’ katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian itu dibuat di bawah skim Bayaran Bantuan Khas Kewangan kelolaan Jabatan Perdana Menteri.

Pada 13 Ogos lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian duit raya kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara membabitkan jumlah RM37.14 juta yang juga akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Rakyat Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 September ini.

Baca seterusnya...

Wednesday, August 25, 2010

HARI KANTIN SKPHT 2010


Membeli Sambil Menderma

Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib akan mengadakan Hari Kantin buat julung kali pada 25 September 2010 ini.Hari Kantin yang dianjurkan oleh pihak sekolah bersama PIBG tersebut adalah bertujuan untuk mengumpul dana PIBG SKPHT.Sehubungan dengan itu semua ibu bapa,penjaga murid,bekas pelajar serta masyarakat setempat serta luar dijemput hadir untuk memeriahkan Hari Kantin tersebut.

Pelbagai gerai jualan akan dibuka untuk semua pengunjung.Selain itu, bilik-bilik pameran juga akan disediakan untuk dilawati oleh pengunjung pada hari tersebut.Harga kupon ialah RM 5.00 untuk satu set.Kupon-kupon untuk Hari Kantin boleh didapati di sekolah.

Bekas pelajar SKPHT atau pengunjung yang ingin menderma untuk Hari Kantin bolehlah membeli kupon secara online dengan cara mengisi borang di bawah.Kupon yang dibeli akan dihantar melalui pos.

Pembayaran hendaklah dibuat seperti maklumat di bawah:

Nama penerima : Nordin bin Jaafar
Bank : Bank Islam
No. akaun : 08-022-02-023139-9

Borang pembelian kupon secara online :
*Pastikan pembayaran telah dibuat sebelum mengisi borang .
*Bayaran pos sebanyak RM1.00 dikenakan untuk setiap pembelian.
*Pembelian hendaklah dibuat sebelum atau pada 17 September 2010.
*Sebarang pertanyaan bolehlah emailkan kepada skphtpss@gmail.com
*Kupon akan dipos terus kepada pembeli.

Baca seterusnya...

Monday, August 23, 2010

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR 2010

Setelah puas mencari soalan-soalan percubaan UPSR untuk tahun 2010, akhirnya saya berjaya juga mengumpul soalan tersebut dari beberapa buah negeri.

Antaranya adalah :

Bahasa Melayu

Soalan Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman 2010 - Sabah ~download
Soalan Percubaan UPSR Bahasa Melayu Penulisan 2010 - Sabah ~download
Soalan Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman 2010 - Terengganu ~download
Soalan Percubaan UPSR Bahasa Melayu Penulisan 2010 - Terengganu ~download
Soalan Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman 2010 - Selangor ~download
Soalan Percubaan UPSR Bahasa Melayu Penulisan 2010 - Selangor ~download
Soalan Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman 2010 - Pulau Pinang ~download
Soalan Percubaan UPSR Bahasa Melayu Penulisan 2010 - Pulau Pinang ~download


Bahasa Inggeris

Soalan percubaan UPSR Bahasa Inggeris Kertas 1 2010 - Sabah ~ download
Soalan percubaan UPSR Bahasa Inggeris Kertas 2 2010- Sabah ~ download
Soalan percubaan UPSR Bahasa Inggeris Kertas 1 2010- Terengganu~ download
Soalan percubaan UPSR Bahasa Inggeris Kertas 2 2010- Terengganu ~ download
Soalan percubaan UPSR Bahasa Inggeris Kertas 1 2010- Selangor~ download
Soalan percubaan UPSR Bahasa Inggeris Kertas 2 2010- Selangor ~ download


Matematik

Soalan Percubaan UPSR Matematik Kertas 1 2010 - Sabah ~ download
Soalan Percubaan UPSR Matematik Kertas 2 2010 - Sabah ~ download
Soalan Percubaan UPSR Matematik Kertas 1 2010 - Terengganu ~ download
Soalan Percubaan UPSR Matematik Kertas 2 2010 - Terengganu ~ download
Soalan Percubaan UPSR Matematik Kertas 1 2010 - Selangor ~ download
Soalan Percubaan UPSR Matematik Kertas 2 2010 - Selangor ~ download


Sains

Soalan Percubaan UPSR Matematik Bahagian A 2010 - Sabah ~ download
Soalan Percubaan UPSR Matematik Bahagian B 2010 - Sabah ~ download
Soalan Percubaan UPSR Matematik Bahagian A 2010 - Pahang ~ download
Soalan Percubaan UPSR Matematik Bahagian B 2010 - Pahang ~ download
Soalan Percubaan UPSR Matematik 2010 - Selangor ~ download
Soalan Percubaan UPSR Matematik 2010 - Pulau Pinang ~ download



sumber :khskpt

Baca seterusnya...

Soalan Matematik JPN Sabah

Pengunjung yang ingin mendapatkan soalan Matematik Kertas 1 JPN Sabah bolehlah download menggunakan link di bawah.Soalan ini adalah sumbangan Cikgu Zul.Terima kasih Cikgu Zul.


download klik sini

Baca seterusnya...

Friday, August 20, 2010

SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH

SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH
disaring dari kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H)


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.

Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” [ Ahmad dan at-Tarmiziy].

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : ‘Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang’.

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.

Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei].

Sumber : Mufti Terengganu

Baca seterusnya...

Tuesday, August 17, 2010

HADIS PALSU TENTANG KELEBIHAN TARAWIH

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.


Baca seterusnya dari sumber...klik di sini

Baca seterusnya...

Thursday, August 12, 2010

Lawatan Sambil Belajar Ke Lumut Perak

Pada 7 Ogos lalu Warga SKPHT telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Lumut, Perak.
Lawatan kali ini diketuai oleh Cikgu Tarmizi bin Mohd Arif iaitu PK Kokurikulum SKPHT.
Dua buah bas sekolah disewa khas untuk membawa peserta rombongan.Selain itu, lapan buah kereta yang dipandu oleh guru turut serta dalam rombongan tersebut.

Pada lawatan kali ini, peserta rombongan berpeluang melawat ladang jambu milik Sime Darby di
Ayer Tawar, Lumut.Selain itu,peserta rombongan juga dibawa melawat ke Pangkalan TLDM.
Di sana, peserta rombongan diiringi pegawai TLDM melawat Galeri TLDM dan makan di kafeteria yang terdapat di situ.Paling menarik peserta lawatan dibawa melawat kapal perang
KD Kelantan iaitu salah sebuah kapal perang generasi baru milik negara.

Melawat kapal perang KD Kelantan merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh peserta lawatan.Selain daripada berasa bangga dengan kapal buatan anak tempatan tersebut, sebenarnya tidak semua pelawat yang berpeluang untuk melawat kapal milik TLDM.

Tahniah Cikgu Tarmizi...lepas ni ke mana pula kite ?









Baca seterusnya...

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA