Program Asean Komuniti Sk Parit Haji Taib
Baca seterusnya...
Majlis Tadarus Al-Quran pada tahun ini telah diadakan di SK Parit Haji Taib.Majlis ini telah selesai diadakan pada 24 Februari 2015.Sebagai tuan rumah, persiapan telah dibuat sebaiknya oleh SKPHT sebagai penganjur.
Alhamdulillah, majlis tersebut telah berjalan lancar dan berjaya seperti yang dirancang. Perasmian penutup telah dibuat oleh wakil PPD Kerian, Ustad Baharudin bin Sulaiman ( Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian )
KARANGAN : CATATAN PERKELAHAN
Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan. Tuliskan sebuah catatan tentang perkelahan tersebut.
Ahad , 25 Mac 2013.
7.00 pagi
Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini disebabkan adik-beradikku sibuk membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ayah dan ibu sibuk di dapur menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa.
8.15 pagi.
Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Toyota Avanza. Perjalanan ke Port Dickson mengambil masa selama satu jam setengah . Ketika kami sampai, orang ramai sudah membanjiri pantai Port Dickson.
9.45 pagi.
Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh di bawah sebatang pokok yang rendang. Aku, abang dan adikku pula membantu ibu mengangkat barang-barang lalu meletakkannya di bawah pohon itu. Ibu pula mula menyusun atur barang dan membuka bekalan yang dibawa.
10.00 pagi.
Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di kawasan gigi air
sahaja. Sementara itu ayah sentiasa memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai langkah berjaga-jaga. Selepas puas bermandi-manda, kami naik ke pantai dan membina istana pasir bersama-sama.
12.15 tengah hari.
Setelah lebih dua jam kami bermandi-manda dan membina istana pasir, kami dipanggil oleh ibu untuk menjamu selera dengan bekalan yang dibawa. Kami makan dengan amat berselera sekali, maklumlah masing-masing sudah kelaparan dan makanan yang ibu sediakan pula enak-enak belaka. Sambil itu, kami menikmati suasana nyaman pantai Port Dickson dan melihat gelagat orang ramai yang ada di situ.
3.00 petang.
Setelah berkemas-kemas, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira dan puas dapat berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa kami berkelah di pantai Port Dickson lagi pada cuti yang akan datang atau jika ada
kelapangan pada masa lain.
KARANGAN : FAEDAH MEMBACA
Faedah-faedah Amalan Membaca
Membaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak kelebihan dan manfaat.
Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita senantiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.
Amalan suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya kita boleh membaca buku-buku cerita, novel dan makalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.
Di samping itu, amalan suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita suka membaca buku-buku tentang sains dan sejarah yang boleh kita dapati di perpustakaan. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan juga sejarah boleh ditingkatkan dan sekaligus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.
Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.
Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, "Membaca Jambatan Ilmu".

Peribahasa
Anak kuda bulu kasap.
Takrif
Anak muda yang riang gembira.
bulu kasap = bulu yang tidak licin.
Sumber
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Program Mari Belajar Memasak merupakan salah satu program yang diadakan untuk murid-murid tahun 6 sekolah ini selepas mereka selesai menduduki peperiksaan UPSR.
Dalam program kali ini, murid-murid tahun 6 telah diajar cara memasak mi goreng oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu iaitu Tuan Haji Nasir bin Samsuri.
l
Tarikh : 18 dan 19 Oktober 2014
Tempat : SKPHT
Kem Komandan : Encik Khairudin bin Ibrahim
Hak Cipta Terpelihara © Jul 2008 PUSAT SUMBER SK PARIT HAJI TAIB, 34300, BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN
PENAFIAN:SKPHT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.