BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Wednesday, March 10, 2010

Kami Akan Bangkit...

Berakhir sudah Kejohanan Sepak Takraw kelompok 2 tahun 2010.Sebagai tuan rumah pertandingan ini, SKPHT telah bekerja keras untuk menjayakannya.Namun begitu,keputusan tahun ini tidak menyebelahi SKPHT.

Tahun 2009 SKPHT berjaya menjadi johan dan naib johan.Kali ini pasukan SKPHT sekadar menjadi naib johan sahaja.Kejohanan kali ini diadakan di SM Teknik Kerian dan disertai oleh
enam buah sekolah.

Pada pengamatan skphtpss blogspot terdua faktor yang menjadi punca kekalahan SKPHT kali ini.Punca utama adalah kerana ketiadaan jurulatih berpengalaman iaitu Cikgu Khairudin yang telah dua bulan bercuti kerana masalah kesihatan.Punca kedua adalah kerana pada kali ini pertandingan diadakan di luar SKPHT.Oleh yang demikian pasukan SKPHT telah kehilangan penyokongnya.

Walau bagaimanapun pujian patut diberikan kepada Cikgu Shahrim selaku jurulatih dan juga kepada semua pemain yang telah berjuang habis-habisan.Insyaallah pada tahun hadapan, dengan kembalinya Cikgu Khairudin bergandingan dengan Cikgu Shahrim sebagai jurulatih,
SKPHT akan kembali merampas gelaran JUARA...



1 ulasan:

pak long March 13, 2010 at 9:12 AM  

salam...
ok la tu..pada tak dak langsung..buat pengerusi Tekniknya..gua ucap selamat bertugas tuk tahun 2010...keja jangan tak keja

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA