BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Sunday, April 18, 2010

KAMPUS ASTRO


Projek ini merupakan projek penajaan korporat syarikat Astro kepada sekolah dibawah Kementerian Pelajaran. Harapan daripada projek ini ialah pihak Astro percaya mereka bukan sahaja membekalkan perkhidmatan berbentuk hiburan malah mereka juga berpotensi meneroka segmen pendidikan melalui 12 saluran khas melalui projek ini.

Antara 12 saluran pendidikan yang akan disalurkan ke sekolah melalui projek Kampus Astro ialah

1. Astro TVIQ
2. NGC
3. Discovery
4. Discovery Science
5. Animal Planet
6. Astro Awani
7. Bernama TV
8. Disney
9. Ceria
10. RTM 1 & 2
11. History
12. Animal Planet

Melalui saluran ini pihak KPM-BTP berharap pihak sekolah dapat menggunakan dengan sepenuhnya program penajaan Astro ini. Dapatan kajian daripada projek ini akan dikaji untuk kebaikan semua pihak.

Malah dalam program penajaan koperat pihak Astro (Kampus Astro) mereka telah bersetuju membekalkan beberapa peralatan berikut untuk dipasang di sekolah bermula hujung Januari 2010. Antaranya

1. Satu set dekoder terbaru dengan fungsi rakaman (model astro Max terbaru .. belum masuk dalam pasaran dengan fungsi rakaman 80 jam)
2. ODU (1 unit)
3. TV LCD 32″ jenama Philip atau Sharp
4. Saluran Astro khas 13 channel (TV3 dan Media Prima tiada dalam penajaan ini)
5. Yuran (dibawah tanggungan Astro sehingga Disember 2011)
6. Aktiviti luaran (Pihak Astro akan meraikan anda di sekolah secara percuma)

Jumlah penajaan Astro adalah dalam RM 30 juta. Ada beberapa tindakan yang perlu guru GPM buat untuk projek Kampus Astro ini. Isi borang pemantauan untuk penggunaan peralatan Astro ini. Isi borang KEW.PA-2 dan pastikan salinan S.A.P disahkan oleh pihak Pengetua dan Guru Besar sahaja bukan tugas GPM sahkan borang tersebut.

Untuk tujuan ini satu bilik khas (bilik tayangan atau pusat sumber) adalah tempat yang disyorkan. Pastikan bilik tersebut mempunyai keselamatan yang tinggi memandangkan peralatan ini merupakan peralatan premium. Latihan penggunaan akan diberikan oleh pihak Astro melalui BTPN dan pihak PKG.

0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA