C CLEANER
KEGUNAAN :
-Menghapuskan fail-fail temporary dan sampah
-Menghapuskan cookies /cache
dan lain-lain lagi
DOWNLOAD DI BAWAH
KEGUNAAN :
-Menghapuskan fail-fail temporary dan sampah
-Menghapuskan cookies /cache
dan lain-lain lagi
DOWNLOAD DI BAWAH
SOALAN RAMALAN UPSR 2010 ?PERCUBAAN,LATIHAN -UPSR 2010 ?
Diantara tiga jenis soalan iaitu soalan ramalan,percubaan dan latihan,yang mana satukah yang anda cari ?
Jika anda memilih soalan percubaan dan latihan, anda telah melakukan perkara yang terbaik untuk diri anda.Sebaliknya, jika anda memilih soalan ramalan, anda telah melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya anda lakukan.
Jika anda bertanya kepada mereka yang telah berjaya, pasti latihan yang berterusanlah yang membawa kejayaan kepada mereka...bukannya soalan-soalan ramalan.
Jika anda memerlukan soalan-soalan percubaan atau latihan, kami sedia membantu anda.Kami menyediakan soalan-soalan Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi untuk semua pengunjung kami. Jika berminat sila klik di sini.
Selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan 2010.
SILA DOWNLOAD DALAM BOX DI BAWAH
SUMBER : SHSKPT
Pelbagai bahan & info berkaitan pusat sumber & Guru media boleh boleh didownload di sini.
Antara bahan yang boleh anda download ialah:
Nota NILAM:
-Kriteria pemilihan karya agung
-Merancang aktiviti membaca
-Nilai dokumen
-Pengurusan program NILAM
-Program NILAM
Pengkelasan :
-Rujukan Pengkelasan Perpuluhan Dewy
-Panduan Pengkelasan Dewy
Carta Organisasi:
-Carta Organisasi Induk PSS (SR/SM)
-Carta Organisasi Kerja PSS (SR/SM)
Fail Kuasa:
-Contoh Fail Kuasa Sekolah
-Fail Kuasa Ikut Bab
-Fail Kuasa Kandungan
-Fail Kuasa Lampiran A
-Fail Kuasa Lampiaran B
Senarai Tugas:
-Bidang tugas GPM
-Bidang tugas AJK Pengawas
-Senarai Tugas AJK Kerja PSS
-Senarai Tugas Setiausaha PSS
-Senarai Tugas Pengawas PSS
Lain-lain:
-Panduan PSS Cemerlang
-Badan Pengawas
-Contoh Fail Meja PSS
-Jenis-Jenis Fail PSS
-Jenis-jenis Rekod PSS
-Contoh Slip Kerja PSS
-Pekeliling Waktu Bertugas Guru Media
-Surat Permohonan Sebagai Guru Media
Sila download dalam box di bawah :
Sumber :pkgkk
Bahasa Inggeris Tahun 1
Bahasa Inggeris Tahun 3
Bahasa Inggeris Tahun 4
Kemahiran Hidup Tahun 4
Pendidikan Sivik Tahun 5
Sains Tahun 3
Pendidikan Moral
Sila download dalam box di bawah
*Semua bahan adalah sumbangan daripada PKG Petaling Jaya
Projek ini merupakan projek penajaan korporat syarikat Astro kepada sekolah dibawah Kementerian Pelajaran. Harapan daripada projek ini ialah pihak Astro percaya mereka bukan sahaja membekalkan perkhidmatan berbentuk hiburan malah mereka juga berpotensi meneroka segmen pendidikan melalui 12 saluran khas melalui projek ini.
Antara 12 saluran pendidikan yang akan disalurkan ke sekolah melalui projek Kampus Astro ialah
1. Astro TVIQ
2. NGC
3. Discovery
4. Discovery Science
5. Animal Planet
6. Astro Awani
7. Bernama TV
8. Disney
9. Ceria
10. RTM 1 & 2
11. History
12. Animal Planet
Melalui saluran ini pihak KPM-BTP berharap pihak sekolah dapat menggunakan dengan sepenuhnya program penajaan Astro ini. Dapatan kajian daripada projek ini akan dikaji untuk kebaikan semua pihak.
Malah dalam program penajaan koperat pihak Astro (Kampus Astro) mereka telah bersetuju membekalkan beberapa peralatan berikut untuk dipasang di sekolah bermula hujung Januari 2010. Antaranya
1. Satu set dekoder terbaru dengan fungsi rakaman (model astro Max terbaru .. belum masuk dalam pasaran dengan fungsi rakaman 80 jam)
2. ODU (1 unit)
3. TV LCD 32″ jenama Philip atau Sharp
4. Saluran Astro khas 13 channel (TV3 dan Media Prima tiada dalam penajaan ini)
5. Yuran (dibawah tanggungan Astro sehingga Disember 2011)
6. Aktiviti luaran (Pihak Astro akan meraikan anda di sekolah secara percuma)
Jumlah penajaan Astro adalah dalam RM 30 juta. Ada beberapa tindakan yang perlu guru GPM buat untuk projek Kampus Astro ini. Isi borang pemantauan untuk penggunaan peralatan Astro ini. Isi borang KEW.PA-2 dan pastikan salinan S.A.P disahkan oleh pihak Pengetua dan Guru Besar sahaja bukan tugas GPM sahkan borang tersebut.
Untuk tujuan ini satu bilik khas (bilik tayangan atau pusat sumber) adalah tempat yang disyorkan. Pastikan bilik tersebut mempunyai keselamatan yang tinggi memandangkan peralatan ini merupakan peralatan premium. Latihan penggunaan akan diberikan oleh pihak Astro melalui BTPN dan pihak PKG.
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
Hak Cipta Terpelihara © Jul 2008 PUSAT SUMBER SK PARIT HAJI TAIB, 34300, BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN
PENAFIAN:SKPHT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.