Terima Kasih PM
Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan memberi memberi bonus separuh bulan gaji kepada kakitangan kerajaan yang akan dibayar pada 9 Ogos ini.
Terima kasih PM...
KUALA LUMPUR 25 Julai - Datuk Seri Najib Tun
Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus
setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa
kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada
pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan
penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi
menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program
pembangunan negara.
Sementara itu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) hari ini menghargai usaha dan keprihatinan Perdana
Menteri yang telah mengumumkan bonus dan bayaran khas kepada penjawat
awam dan pesara kerajaan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pemberian berkenaan dapat
meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dalam menghadapi
musim perayaan akan datang.
"Saya amat berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di atas
pengumuman tersebut dan berharap setiap penerima menggunakan wang
berkenaan secara bijak.
"Pemberian bonus ini menjadi suntikan semangat kepada setiap penjawat
awam agar menjalankan tugas dengan lebih komited manakala bagi pesara
pula terus menyokong program pembangunan negara,'' katanya ketika
dihubungi di sini. - BERNAMA
0 ulasan:
Post a Comment