BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Thursday, December 27, 2012

Tahniah...Cikgu Asmah

Teman dan rakan-rakan staff mengucapkan tahniah kepada Cikgu Asmah binti Lukman yang telah menamatkan pengajian jarak jauh beliau di OUM baru-baru ini.

Cikgu Asmah telah menghadiri majlis konvokesyen OUM kali ke-13 pada 15 Disember yang lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Beliau yang mengambil pengkhususan Pengajian Bahasa Melayu mula menyambung pelajaran pada 2008 dan tamat pada 2012.

Dengan semangat yang kental dan kesabaran selama 4 tahun mengikuti kursus tersebut, akhirnya beliau berjaya menamatkan pengajian dan memperolehi segulung ijazah yang diimpikan selama ini.

Semoga dengan kejayaan ini, beliau akan terus berkhidmat dengan cemerlang demi para pelajar di sekolah ini.

TAHNIAH !




1 ulasan:

sufi ishaq December 30, 2012 at 12:34 AM  

Tahniah Kak Asmah, Insya'allah selepas ni menyusul pula En. Khairuddin, En Mustafa Kamal, En Nordin (admin blog pusat sumber skpht)dan En. Farizal, sy doakan kejayaan tn/puan semua..

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA