BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN

Thursday, January 17, 2013

MALAYSIA DESTINASI PALING MESRA






SINGAPURA 16 Jan. - Malaysia dipilih sebagai destinasi percutian paling mesra di dunia bagi penganut Islam, mengatasi Mesir, Turki, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura, menurut satu tinjauan.

      Tinjauan tersebut turut menyenaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand sebagai lapangan terbang yang mesra pelancong Islam.
Tinjauan oleh perunding percutian Crescentrating itu membuat pemilihan berdasarkan bagaimana sesebuah negara tersebut mampu menampung pertambahan pelancong Islam dalam memenuhi beberapa kriteria termasuk tahap keselamatan dalam negara, penyediaan makanan halal, kemudahan mengerjakan solat dan memenuhi keperluan yang berkaitan dengan pelancong Islam.
Malaysia mendapat 8.3 mata daripada 10 mata penuh, antara 50 buah negara yang disenaraikan.
Mesir berada di tempat kedua dengan 6.7 mata, diikuti UAE dan Turki yang berkongsi 6.6 mata, Arab Saudi 6.4 mata dan Singapura 6.3 mata.

      Indonesia, Maghribi dan Jordan turut berkongsi 6.1 mata untuk berada di tangga keenam, diikuti Brunei, Qatar, Tunisia dan Oman di tangga ketujuh dengan 6.0 mata.Ketua Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, Malaysia merupakan antara negara yang mudah bagi pelancong Islam menunaikan solat tidak kira di mana mereka berada, termasuk di kompleks membeli-belah dan juga di lapangan terbang.

     "Malaysia juga berbeza dengan Indonesia yang tidak memberi penekanan kepada penyediaan makanan halal, walaupun ia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penganut Islam di dunia," katanya.Daripada segi destinasi membeli-belah pula, Dubai mengatasi Kuala Lumpur sebagai destinasi tumpuan bagi penganut Islam, diikuti Istanbul, Jeddah, Kaherah, Abu Dhabi, New Delhi, London dan Doha. - AFP


0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA