BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Wednesday, February 13, 2013

SOALAN RAMALAN UPSR 2013






Ketika semakin hampir dengan peperiksaan biasanya ramailah pelajar yang mencari soalan-soalan ramalan secara atas talian.Ada pelajar yang mencari soalan ramalan Bahasa Melayu, soalan ramalan Bahasa Inggeris, soalan ramalan Matematik dan tidak kurang juga yang mencari soalan ramalan Sains.
Mengambil jalan mudah atau jalan singkat seperti ini dengan merujuk kepada soalan-soalan ramalan sahaja bukanlah cara yang terbaik untuk berjaya.

      Kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini, admin menasihatkan supaya tidak bergantung kepada soalan-soalan ramalan semata-mata sebaliknya berusahalah dengan cara banyak membaca dan membuat ulang kaji.Satu lagi cara yang terbaik adalah dengan menjawab soalan-soalan percubaan pada tahun yang lepas-lepas.Insyaallah admin akan memuat naik soalan-soalan percubaan UPSR 2013 di blog ini selepas memperolehinya kelak.

      Sekiranya pelajar ingin membuat ulangkaji, para pelajar bolehlah memuat turun bahan-bahan yang disediakan di blog ini secara percuma.Semoga dengan cara ini pelajar akan mendapat keputusan UPSR yang cemerlang.

2 ulasan:

Unknown April 29, 2013 at 8:17 PM  

Blog SK Parit Hj Taib cemerlang.

Unknown April 29, 2013 at 8:17 PM  

Soalan-soalan yg diletakkan di blog ini amat berguna..Terima kasih

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA