BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN

CERITA TERKINI KAMI

Saturday, June 15, 2013

TAHNIAH...CIKGU KHAIRUDIN

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Khairudin bin Ibrahim yang telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah ) baru-baru ini.

Cikgu Khairudin telah menghadiri majlis konvokesyen beliau pada 7 Jun 2013 yang lalu di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya.

Beliau yang mengambil pengkhususan Sains mula menyambung pelajaran pada 2009 dan tamat pada 2013.

Dengan semangat yang kental dan kesabaran selama 4 tahun mengikuti kursus tersebut, akhirnya beliau berjaya menamatkan pengajian dan memperolehi segulung ijazah yang diimpikan selama ini.

Semoga dengan kejayaan ini, beliau akan terus berkhidmat dengan cemerlang demi para pelajar di sekolah ini.

TAHNIAH !











0 ulasan:

KO KURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

RENUNGAN

RENUNGAN

PUSAT SUMBER KELOMPOK PKG TELOK MEDAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA