BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Wednesday, May 13, 2009

Awas ejen insurans guna nama NUTP

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)
mengingatkan 150,000 ahlinya supaya berhati-hati apabila membeli skim perlindungan
insurans berikutan ada kes ejen insurans tertentu sengaja menggunakan nama kesatuan itu
semata-mata mahu menjual produk masing-masing.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata ahli NUTP seharusnya mengelakkan diri daripada
terpedaya dengan pujukan 'ejen terdesak' yang mahu menjual produk skim perlindungan
insurans.

Katanya, pihaknya mengenal pasti tiga negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor
sebagai kawasan yang menjadi sasaran ejen insurans tidak bertanggungjawab
menggunakan NUTP sebagai pelaris produk.

"Sebelum membeli sebarang skim insurans, guru (ahli NUTP) perlu memastikan produk
yang mahu diberi itu adalah skim di bawah NUTP dan ejennya berdaftar dengan syarikat
berkenaan.

"Kita berharap ahli membeli skim insurans yang dilantik NUTP kerana premium yang
rendah dan pulangannya pula lumayan," katanya ketika dihubungi Berita Harian,
semalam.

Hashim meminta ahli NUTP memeriksa terlebih dulu latar belakang ejen insurans yang
mendakwa mereka mewakili syarikat insurans dilantik kesatuan itu sebelum mengambil
sebarang polisi bagi mengelakkan daripada tertipu.

"Mungkin ada segelintir ejen insurans yang 'terdesak' menjual produk mereka sehingga
menggunakan pelbagai strategi, termasuk mengeksploitasi nama NUTP untuk
mendapatkan pelanggan.

"Malah, ada ejen yang sebelum ini bekerja di syarikat insurans pilihan NUTP
kemudiannya berhenti kerja dan menjual produk syarikat sendiri. Keadaan ini pastinya
mengelirukan apabila guru yang ingin membeli insurans masih menganggapnya sebagai
ejen di bawah NUTP," katanya.

Selain itu, Hashim menasihatkan ahli yang berasa tertipu dengan ejen insurans tertentu
segera membuat laporan kepada NUTP bagi membolehkan siasatan dilakukan.
Katanya, adalah lebih baik guru yang berasakan dirinya tertipu dengan skim perlindungan
insurans bukan di bawah NUTP menamatkan polisi berkenaan dan segera beralih kepada
skim pilihan kesatuan berkenaan berikutan faedah diterima lebih baik.

0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA