BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Wednesday, May 13, 2009

SELAMATKAN BUKIT LARUT

PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) memberi amaran bahawa Bukit Larut di Taiping kini sedang diceroboh dan berlaku kemusnahan berikutan aktiviti komersial.

Kajian Fomca antara Februari dan Mac di bukit berkeaan mendapati, sampah dibuang sewenang-wenangnya, di tambah dengan aktiviti pembalakan haram, pembinaan banglo dan hostel di lereng bukit, sehingga mengotori sungai dan menyebabkan berlaku tanah runtuh

Presiden Fomca, Datuk N. Marimuthu, berkata sekiranya kerajaan negeri tidak mengambil langkah segera menangani keadaan tersebut, bukit tersebut dalam jangka panjang akan pupus selama-lamanya dan tidak meninggalkan warisan kepada generasi akan datang."Apa yang membimbangkan saya ialah mengenai kawasan tadahan airnya yang menjadi sumber utama air mentah kepada penduduk Taiping dan kawasan sekitarnya, yang kini dicemari beg-beg plastik dan pelbagai jenis sampah-sarap," katanya.

Bukit Larut atau dahulunya dikenali sebagai Bukit Maxwell adalah kawasan rekreasi tanah tinggi di Perak.Ia adalah kawasan paling lembap di negara ini.
Marimuthu berkata hakisan pasir berlaku di sepanjang lereng bukit ekoran aktiviti pembalakan haram.

"Hakisan menyebabkan pasir memenuhi sungai, menyebabkan banjir kilat setiap kali hujan lebat turun," katanya.Marimuthu berkata Fomca turut bimbang dengan pembinaan hostel 40 bilik di lereng bukit."Struktur bangunan adalah dari konkrit yang terlalu berat untuk ditampung oleh tanah bukit," katanya.

Beliau turut bimbang dengan sikap penghuni hostel yang turut mencemari kawasan sekitar hasil pembungan sampah ke dalam sungai.

Fomca turut prihatin dengan rancangan untuk membina perkhidmatan kereta api sehingga ke atas bukit kerana ia boleh mendatangkan bahya kepada pengguna perkhidmatan berkenaan. - Bernama

0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA