BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Thursday, December 31, 2009

Sekolah diminta terus laksana pencegahan H1N1

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengingatkan pelajar sekolah supaya mengamalkan langkah pencegahan Influenza A (H1N1) apabila sesi baru persekolahan dibuka semula, tahun depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, dalam satu kenyataannya berkata guru dan ibubapa pelajar sekolah harus memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa dalam keadaan sihat dari masa ke semasa.

Beliau berkata, ibubapa dan guru perlu memantau tahap kesihatan pelajar baik di rumah atau sekolah dan segera mendapatkan rawatan sekiranya pelajar didapati mengalami tanda gejala serupa influenza (ILI) atau H1N1.

"Antara langkah pencegahan H1N1 yang boleh diambil ialah merujuk pelajar mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya pelajar mengalami demam, batuk dan sakit tekak dan elakkan pergaulan rapat di kalangan pelajar yang menghidap H1N1 dan ILI," katanya.

Pelajar sekolah dinasihati membasuh tangan dengan kerap dengan air dan sanitizer terutamanya selepas batuk dan bersin, pakai penutup hidung dan mulut sekiranya demam selesema, batuk dan sakit tekak dan disarankan agar tidak mengunjungi tempat awam untuk mencegah penyebaran virus berkenaan kepada orang lain.

Langkah pencegahan lain yang perlu diamalkan pelajar ialah menggunakan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin dan buang tisu yang telah digunakan ke tong sampah dan tidak berkongsi sapu tangan.

Beliau juga menyarankan penuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) turut mengamalkan langkah pencegahan itu untuk mengelak daripada penularan wabak itu di IPT.

Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata dalam tempoh seminggu dari 20 Disember hingga 26 Disember lepas seramai 348 pesakit baru dikesan dengan simptom ILI telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

"Bagi kes ILI, sebanyak 277 kes dilaporkan di 48 buah hospital kerajaan termasuk enam hospital swasta dan daripada jumlah tersebut hanya 14 pesakit atau 5.2 peratus disahkan menghidap H1N1 menerusi ujian makmal," katanya.

Katanya, setakat ini terdapat dua kes H1N1 yang kini masih mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), kedua-dua kes berkenaan membabitkan kanak-kanak berusia di bawah lima tahun.

Beliau berkata, sehingga kini tiada kes kematian akibat H1N1 dan jumlah kes kekal dengan 77 kes bagi tahun 2009. - Bernama

0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA