BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Tuesday, June 2, 2009

SEKOLAH LEWAT SIAP

KUALA KRAI: Kira-kira 58,000 pelajar sekolah menengah di seluruh negara dijangka tidak dapat belajar dengan selesa tahun depan berikutan kegagalan pemaju yang diberi kontrak membina bangunan-bangunan sekolah berkenaan menyiapkannya mengikut jadual.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata daripada 128 sekolah menengah yang sedang dalam pembinaan di seluruh negara ketika ini, 58 didapati tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang dipersetujui oleh pemaju dan kerajaan sebelum ini.

"Kalau dikira 1,000 bagi setiap sekolah bermakna dengan 58 buah sekolah itu dianggarkan 58,000 orang pelajar tidak dapat mengikuti pengajian dengan selesa tahun depan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Permuafakatan Pendidikan PPD Kuala Krai di sini, hari ini.

Kira-kira 200 orang guru, guru besar dan pengetua hadir pada majlis itu yang juga perjumpaan sulung beliau sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dengan warga pendidik.

Puad juga mendedahkan bagaimana sebuah syarikat pembinaan yang mendapat kontrak membabitkan 26 sekolah yang bernilai kira-kira RM300 juta, tidak dapat menyiapkan projek mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

"Kami tidak akan berkompromi lagi, kami sudah beri masa yang cukup, kenapa sambung lagi kontrak mereka. Kami ada bukti cukup, yang kontraktor itu gagal menyiapkan dalam masa yang dijanjikan dengan memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah," katanya. - Bernama

0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA