BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Saturday, July 4, 2009

CONTOH SOALAN UPSR (PEMAHAMAN)

Yang Bahagia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengawai Pendidikan Daerah, Tuan Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan yang saya hormati. Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.

Lebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih saya untuk mewakili murid-murid bagi menyampaikan ucapan di majlis ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis ini diadakan khas untuk meraikan saudara Mohd. Asraf bin Hamzah, murid Tahun 6 Sekolah Jalan 4, Bangi yang telah dipilih sebagai olahragawan daerah ini. Saya mengucapkan syabas kepada saudara Asraf.

Kejayaan saudara Asraf tidak seharusnya berakhir begitu saja. Sebaliknya kejayaan itu hendaklah dianggap sebagai tapak permulaan untuk ke mercu kejayaan. Pemilihan saudara Asraf sebagai Olahragawan Daerah amat tepat kerana selain mewakili daerah dalam sukan bola sepak, beliau juga merupakan jaguh pecut peringkat negeri. Beliau telah berjaya mengharumkan nama sekolah, daerah, dan negeri kerana berjaya memecahkan rekod yang bertahan selama sepuluh tahun. Masa yang dicatatkan oleh beliau ialah 13.46 saat.

Bagi murid-murid lain pula, kejayaan yang dicapai oleh saudara Asraf patut dijadikan perangsang atau cita-cita untuk sama-sama memperoleh kejayaan. Saya pasti, kalau murid-murid terus berusaha bersungguh-sungguh tentu kejayaan yang sama akan dapat dicapai. Kegigihan dan ketekunan sauadara Asraf yang setiap hari berulang-alik dari rumah ke kompleks sukan untuk berlatih hendaklah dijadikan teladan. Walaupun beliau daripada keluarga yang miskin, tetapi berkat ketabahannya beliau berjaya menyumbangkan jasa yang tidak terhingga nilainya.

Sebagai mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan syabas kepada saudara Asraf. Kepada pihak yang telah mengadakan majlis ini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.


1 Majlis tersebut dibuat di peringkat
A sekolah. C negeri.
B daerah. D kebangsaan.

2 Siapakah yang mungkin sekali menyampaikan ucapan tersebut?
A Ketua Murid
B Guru Sukan
C Penolong Kanan Kokurikulum
D Guru Besar

3 Apakah tujuan majlis itu diadakan?
A Untuk menghargai jasa Asraf
B Untuk meraikan kejayaan Asraf
C Untuk merangsang murid
D Untuk mengucapkan terima kasih

4 Apakah sikap Asraf yang dapat
dicontoh?
A Jujur C Gigih
B Sabar D Rajin

5 Maksud tidak terhingga nilainya
dalam petikan tersebut ialah
A tidak berharga.
B bermaruah mulia.
C sangat berharga
D tidak boleh dikira.

0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA