BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Friday, July 24, 2009

SELAMAT DATANG BLOGGER BARU

Pada 20 Julai hingga 23 Julai yang lalu pihak PKG Telok Medan telah mengadakan kursus membina blog untuk guru-guru media kelompok PKG Telok Medan.Kursus ini disertai oleh 21 orang guru media sekolah yang terlibat.Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru media tentang cara-cara membina sebuah blog.Disamping itu pihak PKG juga akan dapat menyalurkan maklumat kepada pihak sekolah melalui blog yang telah diwujudkan.

Blogger skphtpss blogspot dan blogger skphjtaib blogspot telah diberi penghormatan untuk mengendalikan kursus ini.Peluang yang diberi ini telah digunakan sebaik mungkin oleh kami berdua..Segala pengetahuan dan pengalaman telah kami curahkan untuk membantu guru-guru media yang terlibat.Adalah diharapkan selepas ini guru-guru media yang terlibat akan menggunakan ilmu yang telah diterima untuk meningkatkan lagi mutu blog masing-masing.



Namun begitu, kepada peserta yang mungkin tertinggal diharapkan dapat mencuba sendiri di rumah masing-masing.

Kepada semua yang yang menyertai kursus tersebut…SELAMAT DATANG KE DUNIA BLOG








0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA