BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN

CERITA TERKINI KAMI

Sunday, July 26, 2009

TATABAHASA UPSR (KATA ARAH)

KATA ARAH

Kata arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan arah, hala atau jurusan. Dari segi penggunaan, kata arah biasanya didahului oleh kata sendi di, dari, dan ke. Yang berikut ialah contoh kata arah yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu.

antara, hujung, sebalik, sisi,
atas, kanan, sebelah, sudut,
barat, kiri, seberang, tengah,
belakang, luar, segi, tepi,
dalam , pangkal, sekeliling, timur,
hadapan, samping, selatan, utara


Perhatikan penggunaan kata arah dalam ayat-ayat di bawah ini.

1. Ular sawa itu menyusur dari tepi tasik yang terbiar itu.
2. Ayah menyimpan guni-guni padi itu di belakang rumah.
3. Pak Abu mencampakkan sampah sarap itu ke dalam perigi buta itu.
4. Aida mengalihkan pasu bunganya itu ke sebelah almari perhiasan di ruang tamu.
5. Dari kanan jalan besar itu kami dapat melihat pekerja-pekerja telekom itu sedang memasang kabel.

6. Abang Razak membawa bangkai buaya itu ke tepi tebing sungai.
7. Sebutir bom lama ditemukan oleh pekerja binaan itu ketika dia sedang berehat di pangkal pokok
jambu itu.
8. Di hujung jalan sana, akan didirikan sebuah pondok tempat menunggu bas.
9. Ibu menyimpan ikan salai itu di atas para-para di dapur rumah.
10. Kereta api mel Senandung Malam itu bergerak menuju ke selatan Semenanjung Malaysia.

• Dari segi penggunaan dan dalam penulisan, kata arah mesti didahului kata sendi di, ke, dan dari.
Contoh:
1. Kereta yang terlibat dalam pelanggaran itu terjunam ke dalam gaung yang dalam itu.
2. Puan Mariah menyuruh orang gajinya mencampakkan tulang ikan dan tulang ayam itu ke
dalam longkang di belakang rumahnya itu.

0 ulasan:

KO KURIKULUM

SOCUT PERAK SCOUT MALAYSIA PUTERI ISLAM PBSM KRS

RENUNGAN

RENUNGAN

PUSAT SUMBER KELOMPOK PKG TELOK MEDAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA